Kategori entry-level telefon pintar pada masa kini masih lagi mempunyai sambutan yang agak baik daripada pengguna.
Kebiasaannya pengguna telefon pintar ketegori ini mahukan sebuah peranti yang ringkas dan dapat digunakan untuk melakukan tugasan ringkas dan penggunaan laman media sosial yang baik.
Dan salah satu faktor yang cukup penting bagi mereka ialah bateri yang mampu bertahan lama. Itulah yang ditawarkan oleh Huawei Y6p, telefon pintar entry level terbaharu dari Huawei.
Tampil dengan skrin sesentuh beresolusi 1600×720 bersaiz 6.3 inci, Huawei Y6p bakal diperkenalkan sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun muncul dengan tawaran spesifikasi yang sederhana, namun ia masih lengkap dengan tempoh ketahanan bateri yang lama.
BATERI HEBAT & TAHAN LAMA
Dengan bateri 5000mAh, ia boleh memberikan kemudahan kepada pengguna yang berjauhan daripada keluarga dan tidak dapat pulang berhari raya melakukan panggilan video yang lama tanpa perlu risau kehabisan bateri. Bahkan kemampuan bateri telefon pintar ini menjadi antara kekuatan utama yang ditawarkan oleh Huawei.
SELFIE TERBAIK!
Selain itu, Huawei Y6p turut dilengkapi dengan kamera belakang 13MP bersama lensa kamera wide-angle bagi pengalaman momen bergambar di musim perayaan. Manakala kamera hadapan 8MP pula boleh memberikan kualiti panggilan video dan foto selfie yang memuaskan.
Ads
Oleh itu, abadikan kenangan terindah Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang jauh berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini dengan pelbagai foto selfie menarik dan rakaman video momen indah keluarga secara digital.
STORAN YANG BESAR
Antara faktor lain yang amat penting untuk sesebuah telefon pintar kategori seperti ini ialah saiz storan dalaman. Huawei Y6p membenarkan pengguna menyimpan foto, video dan data dengan storan dalaman bersaiz 64GB.
Bahkan, Huawei juga menawarkan storan cloud secara percuma sebanyak 15GB untuk tempoh selama 12 bulan. Walaupun ia tergolong dalam kategori entry-level namun Huawei Y6p dikuasakan oleh chipset berkualiti MTK 6765 dengan memori 4GB RAM.
TAWARAN 3 WARNA MENARIK
Huawei Y6p juga menawarkan tiga personaliti warna berbeza iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black. Ketiga-tiga warna menarik ini semestinya mampu menonjolkan sisi personaliti unik anda menyambut Hari Lebaran.
Ads
DIPERKASAKAN HUAWEI APPGALLERY
Huawei kini telah mengembangkan AppGallery dengan cukup giat sekali. Malah, ia telah dibanjiri dengan pelbagai apps menarik dan asas dalam kegunaan harian pengguna. Huawei Y6p bergantung sepenuhnya kepada AppGallery.
Terdapat pelbagai apps yang boleh digunakan dan dimuat naik seperti Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, shopee, lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi.
Sekiranya anda pemilik Huawei Y6p, anda tidak perlu lagi risau jika tidak dapat menggunakan Google Play ya!
Selain itu, pengguna juga boleh memuat turun FindApps di AppGallery. Menariknya, ia merupakan hub eksklusif yang menghubungkan pengguna untuk mencari apps yang diperlukan ke sumber sedia ada seperti Grab, Telegram, Facebook Lite dan sebagainya.
TAWARAN HEBAT DI BULAN RAMADAN
Huawei Y6p telah mula dipasarkan di tempatan bermula 16 Mei 2020 yang lalu pada harga RM559 sahaja! Jom, dapatkan Huawei Y6p sekarang juga sini https://bit.ly/2TcxLAB
Selain model Huawei Y6p, Huawei juga memperkenalkan Y5p pada harga lebih murah iaitu RM359. Kedua-dua telefon pintar ini boleh dibeli di kesemua kedai Huawei, pengedar sah dan dalam talian.
Mungkin kita jarang dihidangkan dengan kehidupan Presiden ‘Termiskin’ di dunia ni. Beliau ini terkenal dengan gelaran ‘Presiden Termiskin Di Dunia’ kerana gaya hidup sederhana yang sangat jarang dilihat di kalangan pemimpin. Cara hidupnya yang seperti orang kebiasaan serta sifat pemurahnya menjadikan beliau lebih mudah didekati oleh rakyat. Di bawah merupakan beberapa fakta yang pasti membuat anda ‘tabik spring’ dengan sifat beliau semasa menjadi Presiden Uruguay.
Cara hidup mereka yang berjawatan korporat memang sinonim dengan kemewahan, begitu juga dengan seorang presiden atau Perdana Menteri. Semua keperluan terjaga dan sentiasa mendapat kawalan ketat sepanjang masa. Namun lain pula ceritanya dengan bekas Presiden ke-40 Uruguay, Jose Mujica yang memerintah pada tahun 2010 hingga 2015.
1. TOLAK TAWARAN TINGGAL DI RUMAH MEWAH
Siapa yang tak suka tinggal di dalam kediaman selesa dan serba mewah, kan? Bukankan Perdana Menteri atau Presiden saja, mereka yang bertaraf ‘menteri cabuk’ atau penjawat awam pun kalau boleh nak demand kuarters yang cantik dan selesa.
Namun, presiden ini menolak tawaran rumah mewah milik kerajaan Uruguay dan memilih untuk tinggal di rumah satu bilik dengan ladang bunga kekwa bersama isterinya di pinggir bandar Montevideo. Jose Mujica di hadapan rumah ladang yang diduduki oleh beliau walaupun setelah menjadi Presiden Uruguay.
2. MENDERMAKAN 90% GAJI KEPADA RAKYAT
Bayangkan, betapa murahnya hati Presiden Jose Mujica yang mendermakan 90% daripada jumlah gaji bulanannya secara konsisten iaitu USD12,000 ( RM47,382) khasnya kepada golongan miskin dan peniaga kecil-kecilan.
Gaji yang hanya berbaki USD 775 (RM3060) sebulan digunakan untuk kegunaan peribadi. Baki gajinya dilaporkan hampir sama dengan pendapatan rakyat Uruguay secara purata. Presiden Jose Mujica yang memandu sendiri kereta Volkswagen birunya yang merupakan satu-satunya aset beliau.
3. KERETA VOLKSWAGEN LAMA SATU-SATUNYA ASET
Jika selalunya kita dengar orang kenamaan pasti mempunyai kereta import mewah berjenama serta hartanah yang banyak. Dalam sebuah laporan El Mundo, beliau yang mengisytiharkan aset hanya memiliki sebuah kereta Volkswagen Beetle model lama (1987), manakala ladang yang diduduki adalah milik iserinya, Senator Lucia Topolansky yang juga mendermakan sebahagian daripada gajinya.
Difahamkan bahawa seorang jutawan dari negara Arab pernah menawarkan sebanyak 1 milion dolar untuk membeli kereta tersebut tetapi ia ditolak oleh beliau!
Jose Mujica bersama isteri, Senator Lucia Topolansky
4. IKUT SAMA BERATUR DI KLINIK
Presiden yang merendah ini juga mesra rakyat. Hasil tanaman bunga di ladangnya sering dijual kepada penduduk-penduduk sekeliling. Malah, kalau ke klinik atau pejabat-pejabat, beliau juga akan beratur seperti orang awam! Sebagai presiden, ia merupakan cara untuknya mengenali rakyat dengan lebih dekat tanpa jurang sosial. Beliau juga dapat menghayati gaya hidup rakyat serta menyelami kesukaran yang dialami saban hari.
Presiden Jose Mujica dilihat sedang beratur semasa mendapatkan rawatan di hospital awam
5. BERPAKAIAN SEPERTI ORANG KEBANYAKAN
Cara hidupnya yang sederhana bukan sahaja dapat dilihat dengan gaya hidup serta kemesraannya dengan penduduk sekeliling, malah beliau juga sering mendapat perhatian apabila hadir ke majilis-majlis rasmi para pemimpin. Diiringi dengan kereta model lama Volkswagennya, beliau sering didapati berpakaian kemeja biasa dengan sandal dan jarang mengenakan sepersalinan pakaian kot dan tali leher yang formal seperti pemimpin lain.
6. TIDAK DIKAWAL KETAT
Tidak seperti pemimpin kebiasaannya, presiden ini memilih untuk tidak dikawal ketat oleh pengawal. Rumahnya tiada tembok tinggi atau kamera litar tertutup di setiap penjuru. Hanya dua pengawal yang bertugas yang setia di luar rumahnya.
7. BERJAYA MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA
Semasa penggal pemerintahannya antara 2010 hingga 2015, beliau berjaya memulihkan ekonomi negara dengan mengurangkan kadar pengangguran warga Uruguay di samping purata kenaikan gaji yang tinggi. Kesan ini amat signifikan memandangkan negara jiran Argentina dan Brazil pada ketika itu mengalami kemerosotan ekonomi.
8. MEMPERJUANGKAN KEAMANAN SEJAK DULU LAGI
Sebelum melibatkan diri dalam dunia politik, beliau terkenal kerana menganggotai kumpulan pejuang gerila Tupamaros pada awal 1970an. Kumpulan ini terkenal dengan tindakan berani mereka merompak bank dan syarikat yang menyeleweng kemudian menyedekahkan hasil rompakan kepada rakyat. Kumpulan ini juga biasa dengan jolokan “The Robin Hood” kerana tindakan mereka. Akibat kegiatan kumpulan ini, beliau juga pernah dipenjarakan selama 14 tahun sehinggalah dibebaskan pada 1985 apabila Uruguay mencapai demokrasi.
KAYA DENGAN KESEDERHANAAN
Walaupun mendapat jolokan sebagai ‘Presiden Termiskin Di Dunia’, beliau percaya bahawa orang paling miskin di dunia sebenarnya ialah orang yang terlalu mengejar kebendaan dan sentiasa rasa tak cukup. Benarlah bak kata pepatah, orang yang paling banyak memberi sebenarnya adalah orang yang paling kaya! Cara hidupnya merupakan refleksi masa lalunya dan beliau amat bersyukur dengan apa yang dimiliki. Walaupun status beliau telah diangkat sebagai Presiden, ia langsung tidak menghalang beliau daripada melalui kehidupan seperti seorang rakyat biasa.
Wah, memang banyak yang kita boleh pelajari daripada Presiden Jose Mujica ini, kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Betul ke segelintir lelaki tak mahu menjaga penampilan disebabkan takut di gelar metroseksual?Namun beberapa habit ini lelaki tak boleh pandang ringan kerana ia mungkin boleh menyebabkan korang tua dari usia sebenar.
Berikut ini 8 perkara yang biasa dilakukan kaum Adam hingga mereka ‘cepat tua’:
1) Cuci muka menggunakan sabun mandi
Mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi memang lebih praktikal dan mudah dilakukan. Namun, tahukah anda, sabun mandi biasanya menyebabkan kulit anda menjadi kering dan kasar. Begitulah kesannya nanti kepada kulit wajah anda.
2) Bercukur tanpa menggunakan krim
Mencukur misai atau jambang tanpa menggunakan krim pencukur boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kasar. Anda seharusnya membeli krim pencukur yang baik untuk melindungi kulit anda.
3) Merokok
Hentikan merokok sekarang juga. Ini kerana ribuan racun dalam rokok itu boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejas sel tubuh anda.
4) Kurang makanan sihat
Salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri adalah dengan memakan makanan sihat. Memakan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin yang cukup boleh mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet muda.
5) Kurang minum air
Meminum air yang cukup itu penting untuk kesihatan kulit dan tubuh. Sebenarnya, inilah perkara utama yang harus dilakukan setiap hari untuk menjaga penampilan diri.
6) Tidak memakai pelembap kulit
Pelembap kulit sebenarnya bukan untuk wanita sahaja. Bagaimanapun kebanyakan lelaki memandang remeh peri pentingnya menggunakan pelembap kulit.
Ini lebih-lebih lagi kerana mereka tidak mahu disifatkan sebagai lelaki metroseksual atau terlalu pentingkan penampilan diri seperti kaum wanita. Padahal, pelembap penting untuk melindungi kulit dari pengaruh buruk cuaca dan pencemaran udara.
7) Tidak memakai pelindung cahaya matahari
Kebanyakan lelaki tiada masalah melakukan kegiatan seperti bersukan di bawah terik matahari. Tapi, kulit anda yang akan ‘merana’ nanti.
8) Kurang bersenam
Kurang bersenam menyebabkan metabolisme tubuh menjadi kurang lancar. Rutin bersenam dengan kerap dapat membantu sel -sel tumbuh semula dan memastikan anda kekal sihat.
Sumber: Siakapkeli.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
LELAKI ZAMAN DAHULU DAN LELAKI ZAMAN SEKARANG, RAMAI YANG MENYUARAKAN LELAKI ZAMAN DAHULU DAN SEKARANG BANYAK BERBEZA. LELAKI ZAMAN DAHULU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB BERBANDING LELAKI ZAMAN SEKARANG YANG KEBANYAKAN DILIHAT PEMALAS DAN ‘BAJET’ HENSEM SAHAJA.
Pemalas di sini difokuskan pada keadaan mereka menguruskan diri mereka sendiri. Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan katil tidur mereka sehingga tidak dapat membezakan pakaian kotor dan bersih. Mereka hanya anggap mengemas rumah hanya kerja wanita.
Seorang wanita menceritakan pengalaman berhadapan dengan lelaki yang jenis pemalas dan bajet hensem. Nak cari lelaki yang betul-betul budiman seperti ayah-ayah kita dahulu memang susah.
“Aku merupakan pelajar diploma tahun akhir di sebuah IPTA dan sepanjang 2 tahun aku di sini macam-macam jenis manusia yang aku jumpa di menara gading yang amat berbeza dengan semasa di zaman sekolah dahulu. Terutamanya lelaki. Tak dinafikan ramai lelaki-lelaki baik yang aku jumpa di sini tetapi ada juga yang perangai macam ‘harem’.
“LELAKI PEMALAS, ANTARA CIRI LELAKI ZAMAN SEKARANG YANG PALING NAMPAK TAK PAYAH TENGOK JAUH-JAUH, DEKAT SEKTOR PEKERJAAN PUN KAUM WANITA YANG MENDOMINASI. MANA LELAKI? PUPUS DAH KE? KALAU NAK LEBIH DEKAT SIKIT, DI UNIVERSITI PUN DAH NAMPAK DAN MEMANG MENYAMPAH KALAU JUMPA LELAKI YANG PEMALAS NI.
“Aku ada terbaca satu tweet tentang lelaki Kelantan kebanyakannya pemalas. Sebenarnya aku tak setuju dengan kenyataan tersebut sebab lelaki negeri lain pun aku tengok ada teruk pemalasnya. Pakcik aku pun orang Kelantan tetapi dia sangat rajin bekerja dan memang aku sangat respect dia. Sampailah aku masuk ke alam universiti barulah aku perasan kenyataan tu ada betulnya juga tetapi tak semua lah.
“Namun, ada jugalah terselit seorang mamat ni yang berasal dari Kelantan. Aku jumpa dia masa sama-sama masuk sebuah badan beruniform dan masa tu ada kem yang dianjurkan oleh universiti. Awal-awal sem perangai okay lagi, tapi bila dah hujung ni mulalah buat perangai. Bukan dia seorang, semua lelaki pun begitu.
“Nak dijadikan cerita dia merupakan ketua seksyen bagi kumpulan aku tapi tak pernah melibatkan diri langsung sepanjang kem tu. Padahal dia sebagai ketua seksyen kena sentiasa kemas kini tentang keanggotaan dalam pasukan tu. Akhirnya, orang yang tak ada kena mengena yang kena ganti jadi ketua seksyen.
“Rupa-rupanya dia sedap tidur dalam khemah, goyang kaki, melepak kat dengan budak memasak lepastu dok kacau orang dengan aku sekali kena kacau. Ikut hati nak aje aku ‘jack’ kepala dia, nasib baik dia tinggi jadi kaki aku tak sampai. Amboi, orang penat buat kerja tapi kau yang dapat nama. Banyak cantik muka kau. Unta dekat padang pasir pun tak malas macam kau tau.
“BAJET HANDSOME, INI PUN MERATA LAH YANG AKU JUMPA TAK KIRA DI DALAM ATAU DI LUAR KAMPUS. LAGI-LAGI YANG INSTAFAMOUS, BUDAK-BUDAK BARU NAK UP TU, HARAP MUKA HANDSOME JE TAPI APA PUN TAK BOLEH BUAT. CONTOHNYA MEMANG ADA DAH DEPAN MATA AKU, MUKA BOLEH TAHAN HANDSOME TAPI NAK BUAT KERJA-KERJA LELAKI PUN TAK BOLEH.
“MACAM MANA KAU NAK JADI PEMIMPIN/ KETUA KELUARGA KALAU APA PUN TAK BOLEH BUAT. TAHU MAIN INSTAGRAM, WECHAT, MENYANYI DEKAT SMULE KONON TUNJUK MUKA TAPI SUARA HAMPEH. ITULAH YANG AKU NAMPAK PERANGAI LELAKI SEKARANG. NAK CERITA AYAH AKU MASA MUDA DULU, MUKA TAK HANDSOME PUN BIASA JE HAHA TAPI SEBAB AYAH AKU KERJA KUAT KUMPUL DUIT, PIKAT KELUARGA IBU AKU UNTUK KAHWIN DENGANNYA. INGAT SENANG KE?
“Ada pulak yang aku jumpa muka tak adalah handsome sangat pun tapi dia punya perasan handsome adoi aku pula yang menyampah. Sejenis macam ni pun berlambak juga, kalau setakat bergurau tak kisah lah ini yang setiap kali jumpa ada je benda nak suruh dipuji. Ini memang spesis tak sedar diri lah kan. Lagi satu yang aku perasan lah tak tahu lah betul atau tidak, nak tunjuk dia laku ke tak dia akan usha lah seorang perempuan padahal tak suka pun saja je nak test. Then, bila dah dapat perempuan tu dia akan heboh lah lat member-member yang dia dah ada awek untuk tunjukkan yang dia laku dengan muka hancur.
“Start situ lah dia akan rasa bajet handsome sebab dia berjaya tackle seorang awek, konon bersweet-sweet dekat story Instagram. Ha tunjuklah kat semua orang, tak kahwin aku gelak,” katanya.
SIKAP PEMALAS SESETENGAH LELAKI INI KADANG-KADANG SEHINGGA SUDAH MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. ADA ANTARA SUAMI YANG MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK TIDAK BEKERJA DAN MENGHARAPKAN DUIT DARI ISTERI. SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN KELUARGA SIKAP SEPERTI ITU SEPATUTNYA TIDAK DI AMALKAN. SEORANG LELAKI PERLU BERTANGGUNGJAWAB DAN SIKAP PEMALAS ITU HARUS DIBUANG.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.