Cuba tanya diri sendiri. Berapa kerapkah anda cuci rambut dalam seminggu. Sebenarnyaia terpulang kepada diri masing-masing kerana setiap orang mempunyai jebis rambut dan kulit kepala berbeza-beza.
Namun ia bukan alas an untuk tidak menzahirkan rambut lebih bersinar dan sihat. Penjagaan rambut lelaki tidaklah sebegitu rumit dan cerewet seperti wanita.
Akan tetapi dalam masa yang sama anda harus melakukannya dengan betul agar rambut tidak rosak dan mudah gugur.
Terdapat beberapa factor dalam cucian rambut yang boleh membuatkan rambut anda lebih rapi serta menarik.
Membasuh cuci terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak.
Air seharusnya suam atau sejuk, jangan sekali-kali terlalu panas; haba berlebihan boleh menyebabkan rambut anda kering.
Amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.
Dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.
Tidak seperti syampu, perapi hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut anda selama 5 hingga 7 minit.
Amaun yang bersamaan dengan satu sudu kecil sudah cukup untuk rambut pendek. Untuk rambut yang sederhana panjang hingga panjang, setengah sudu besar sudah memadai.
Pastikan semua sisa dibersihkan. Bilas rambut anda sekali lagi dengan air sejuk; kejutan terma daripada perubahan suhu menjadikannya lebih berkilat!
Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk kandungan video-video menarik!