AIR KELAPA ENAK DIMINUM DAN DIGUNAKAN SECARA MELUAS UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN. KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM AIR KELAPA JUGA SANGAT BERMANFAAT UNTUK KECANTIKAN. AIR KELAPA DIKATAKAN DAPAT MEMBANTU MENGATASI PELBAGAI MASALAH KULIT DAN MENJADIKAN WAJAH LEBIH MULUS SERTA CERAH.
PUDARKAN PARUT
Bagi menghilangkan parut pada wajah, sapukan bahagian bermasalah dengan air kelapa. Biarkan sehingga kering. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini setiap hari unutk mendapatkan hasil memuaskan. Dari hari ke hari, parut beransur pudar dan akhirnya hilang.
MENGECUTKAN JERAWAT
Jika anda yang menghadapi maslaah jerawat, cuci wajah setiap hari dengan air kelapa. Khasiat yang terkandung dalam air kelapa membantu mengecutkan jerawat secara semula jadi tanapa menginggalkan parut. Ia juga dikatakan dapat membantu memudarkan pigmentasi.
MENGHALUSKAN & MELICINKAN KULIT
Air kelapa juga dapat membantu menghaluskan kulit yang kasar dan tona tidak sekata. Di samping itu, ia membantu kulit wajah licin dan halus. Pembersihan wajah secara konsisten dengan iar kelapa juga dikatakan dapat mengatasi masalah liang roma terbuka. Ia membantu mengecilkan pori-pori dan menjadikan kulit wajah lebih anjal.
SEIMBANGKAN KELEMBAPAN
Adakah anda tahu, air kelapa dapat membantu menyeimbangkan kelembapan pada kulit secara natural. Ia membuatkan kulit wajah tidak terlalu berminyak dan tidak pula kering. Caranya muda, campurkan kelapa parut bersama air kelapa. Kemudian, oles pada wajah sebagai masker. Biarkan sehingga 20 hingga 30 minit, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dua kali seminggu unutk memiliki kulit wajah yang lembap dan sihat.
MEMBERI KESEGARAN
Golongan yang mempunyai kulit wajah kusam dan lesu, air kepala adalah jawapan kepada masalah anda. Simpan air kelapa di dalam peti sejuk, apabila wajah terasa letih, basuh dengan air kepala. Jangan terus bila, biarkan sehingga air kepala kering. Kemudian bilas dengan air putih. Wajah akan tampak segar dan berseri.
ANTIPENUAAN
Agar tampak awet muda, amalkan membasuh wajah dengan air kelapa setiap pagi. Lakukan petua ini tanpa jemu, anda pasti gembira dengan hasilnya. Kulit wajah tampak mulus, berseri dan antipenuaan. Air kelapa bertindak secara semula jadi merawat pelbagai masalah kulit wajah.