Memandangkan ramai yang mencuci kereta sendiri, jadi sebaiknya praktikkan langkah berikut supaya cat kereta terjaga dan kereta berkilat macam baru.
1. Cuci kereta terutama lepas hujan!
Bila hujan mesti rasa malas nak cuci kereta. Ye lah sebab hujan kan. Nanti kotor semula bila kena air hujan.
Sebenarnya air hujan adalah berasid dan boleh menghakis clear coat dan juga cat atau chrome pada kereta. Bukanlah berlaku dengan pantas, tapi tak baik untuk jangka masa panjang. Jadi lepas hujan, elok kita tembak air paip pada kereta untuk bilas air hujan yang masih melekat.
Bila anda cuci kereta, lagi bagus guna syampu yang dikhaskan untuk kereta sahaja ya!. Jangan guna sabun cuci baju atau sabun cuci pinggan.
2. Wax kereta setiap beberapa bulan
Tak kisah guna wax yang mahal atau yang bajet. DIY beli wax kereta di hardware pun boleh. Janji wax kereta tu sebagai perlindungan. Perlindungan dari apa? Wax layer tujuan nya untuk melindungi cat antaranya dari hujan asid.
Ads
Kotoran pun tak mudah lekat pada cat kerana wax sudah melicinkan permukaan cat. Bila sentuh pun lembut saja.
Lebihkan wax pada permukaan rata. Biasanya permukaan rata menakung air. Bila dah licin mudah air nak jatuh dan tak bertakung. Jadi tiadalah ‘watermark’ bila air kering nanti.
3. Bersihkan rims dan tayar kereta
Tembak air pada rim dan tayar supaya bersih. Jangan biarkan bahagian ini penuh dengan debu, lumpur atau pasir. Rims, brake dan disc brake pun perlu dibersihkan selalu. 2 minggu sekali bersihkan minyak-minyak yang melekat pada rims, barulah nampak rims berkilat.
Ads
4. Lap kereta dengan kain khas untuk kereta
Gunakan kain microfiber yang lembut untuk lap kereta anda. Sebaiknya jangan guna kain buruk. Kain yang lama ini akan jadi keras dan akan perangkap habuk pasir. Bila lap pada kereta akan ada calar-calar halus.
Siapkan beberapa kain berasingan dan khaskan mengikut tujuan digunakan;
-Kain microfibre untuk body kereta.
-Kain/span untuk wax body kereta.
-Kain untuk rims atau untuk sapu bahan pengilat tayar.
-Kain bersih untuk bahagian dalam / interior kereta.
-Kain microfire untuk cermin kereta.
Moga tip dan perkongsian ini bermanfaat kepada semua.
Pertama sekali MASKULIN ingin tegaskan bahawa tidak semua dan tidak banyak bengkel di negara kita ini yang suka mengambil kesempatan ke atas pelanggan. Namun ada segelintir yang sedikit tamak sentiasa fikirannya ligat mencari akal untuk menipu dan mengenakan bayaran bukan-bukan kepada pelanggan.
Disebabkan itulah kita harus bijak memilih bengkel yang boleh dipercayai. Sebelum menghantar kereta ke bengkel ambillah tahu serba sedikit tentang komponen kereta anda. Sekurang-kurangnya tidaklah mudah anda tertipu.
Bengkel yang tidak jujur biasanya mempunyai modus operandi tertentu dalam usaha mereka memerangkap pengguna yang mungkin agak naif. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dilakukan oleh pakarradiator.com yang menyenaraikan beberapa jenis perkara biasa dilakukan mereka untuk menipu pelanggan.
Berikut antara beberapa perkara yang sering dilakukan oleh bengkel yang ingin mengambil kesempatan.
TIDAK TUNJUK KEROSAKAN
Ini antara alasan yang cukup banyak berlaku. Dikatakannya rosak di bahagian tertentu tetapi kerosakan tidak ditunjukkak malah terus tukar komponen baru. Bahkan sampai ke sudah pun tidak ditunjuk kepada kita part yang rosak. Jadi sebaiknya carilah bengkel yang dipercayai dan sentiasa minta tunjuk di manakah bahagian yang rosak. Serta minta mereka jelaskan secara ringkas kerosakan tersebut.
TUKAR KOMPONEN TAK ROSAK
Niat anda nak baiki satu bahagian atau komponen sahaja. Tapi akhirnya segala macam perkara kena tukar baru. Lebih teruk ia ditukar tanpa dibertahu kepada kita terlebih dahulu. Walhal sebelum ini elok sahaja kereta tu.
ALASAN KEROSAKAN RUMIT & SUKAR HENDAK DIJELASKAN
Sebagai pemilik kereta kita semestinya mahu tahu apakah jenis kerosakan yang berlaku. Namun jika ada bengkel yang berdalih dengan alasan kerosakan terlalu rumit dan sukar untuk dijelaskan kerana anggap kita tak faham maka berwaspadalah.
Anda membayar servis mereka maka anda ada hak untuk tahu setiap perincian kerosakan dan sebarang pembaikian dan pertukaran komponen atau spare part.
Salah satu lagi taktik ialah menyenaraikan komponen dalam caj tapi sebenarnya tidak ditukar pun! Jika pemilik kereta yang kurang arif berkenaan komponen dalaman memang ada potensi untuk jadi mangsa penipuan. Lebih malang bila selepas ambil kereta, kerosakan itu datang kembali sebab komponen yang dikatakan telah ditukar itu betul-betul rosak.
Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat buat anda. Ingat, jangan biarkan diri anda jadi mangsa penipuan! Tak salah pun kalau anda ingin lebih berhati-hati dan banyak tanya.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk saksikan video menarik seperti di bawah!
Honda CB1000R melakukan debutnya pada 2007 dan sejak itu tiada kemas kini major dilakukan pada model berkenaan. Khabarnya setelah sedekad berada di pasaran, Honda bakal mengeluarkan model CB1000R terbaru.
Versi 2017 itu dikatakan bakal dipertontonkan kepada umum buat kali pertama pada pameran motosikal EICMA yang akan berlangsung awal November depan.
Rombakan besar-besaran dilakukan pada model berkenaan yang mana difahamkan desain CB1000R lebih ke arah retro-moden. Pastinya kehadiran model naked bike itu akan membangkitkan ghairah Honda untuk bersaing dengan jenama lain.
Rekaan motosikal tersebut menggabungkan dua model konsep CB4 dan CB1100TR. Penampilan retro boleh dilihat menerusi penggunaan lampu depan bulat, lengan ayun tunggal dan hendal yang rata.
Versi kemas kini Honda CB1000R akan bersaing dengan Kawasaki Z1000, Suzuki GSX-S 1000 dan BMW S 1000R. Berdasarkan gambaran berkenaan, dapat dilihat Honda merancang untuk muncul dengan sebuah jentera super naked.
Untuk makluman, CB1000R sedia ada di pasaran dilengkapi enjin 998cc 4-silinder penyejukan cecair. Enjin sama yang digunakan pada CBR1000RR Fireblade. Enjin itu menghasilkan kuasa 123.3 bhp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 99Nm pada 7,750 rpm. Kuasa itu dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Manakala, bahagian rangka CB1000R menggunakan jenis diamond dengan material aluminium yang ringan dan digabungkan dengan lengan ayun juga dari bahan aluminium.
Spekulasi menyatakan versi kemas kini CB1000R itu akan menggunakan enjin dari CBR Fireblade generasi terkini. Tidak cukup di situ, sistem keselamatan membrek juga dilengkapkan dengan teknologi ABS. Bahkan, pakej elektronik juga dipertingkatkan sebagaimana milik CBR1000RR Fireblade versi terbaru antaranya mod tunggangan, kawalan traksi dan anti-wheelie.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rasanya di negara kita ini sudah semacam hukum wajib memasang filem cermin atau tinted disebabkan cuaca panas. Pemasangan tinted yang mengikut peraturan dikeluarkan oleh Jabatan Pengankutan Jalan boleh membantu anda mengurangkan haba panas dan bahang terperangkap dalam kereta.
Namun dalam memilih dan measang titned janganlah buat sembarangan. Pernahkah anda dengar masalah sesetengah orang alami selepas melakukan tinted?
Antara masalah yang sering berlaku ialah kereta ada bau kurang enak atau berbau sangat busuk selepas dipasang tinted. Mengapa perkara ini boleh berlaku?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pengguna TikTok yang cukup popular dengan perkongsian berkaitan automotif iaitu James Alatin (@James_Alatin).
Berdasarkan pengalamannya terdapat beberapa punca mengapa kereta ada bau busuk melampau selepas pemasangan tinted dilakukan. Berikut merupakan beberapa punca yang mungkin menjadi penyebabnya dan tip untuk memilih yang baik.
KUALITI TINTED
Masalah ini besar kemungkinan disebabkan pemilihan filem cermin atau tinted yang tidak berkualiti.
MENGANDUGI GAS
Filem tinted yang tidak berkualiti biasanya mengandungi gas formalin dan beberapa jenis gas yang mengeluarkan bau busuk.
FOTO: FLYING WINDOW TINTERS
MUDARATKAN KESIHATAN
Malah gas itu juga agak bahaya dan boleh mudaratkan kesihatan anda dalam jangka masa yang lama.
PILIH YANG ADA KUALITI
Disebabkan itulah demi kesihatan serta keselesaan pilihlah tinted yang ada kualiti dan tidak mengeluarkan bau. Usah terlalu berkira dan keluarkanlah kos lebih sedikit demi keselesaan jangka masa panjang.
RUJUK DENGAN PAKAR
Pastikan anda hanya rujuk dengan pakar tinted yang terkenal dan dipercayai.
Pemilihan filem yang betul untuk tinted cermin kereta harus dilakukan dan dipasang agar memperolehi perlindungan yang baik. Filem berkualiti tinggi sekurang-kurangnya didatangkan dengan ciri perlindungan UV dan penangkis haba. Kebanyakan filem kereta standard di pasaran sekarang mampu menangkis 99% sinaran UV.
Sama seperti produk lain pastinya ada yang berkualiti dan juga tidak berkualiti. Pasti anda sendiri pun pernah lihat kereta yang mempunyai tinted menggelembung atau terkoyak. Itu bermakna pemasasangan yang dilakukan mungkin tidak berapa baik dan juga kualiti filem yang rendah.
Jadi filem tidak berkualiti mungkin juga tak mapu memberi perlindungan sebaiknya dan melindungi anda dari UV berbahaya. Untuk keselesaan berpanjangan pasanglah filem yang baik dan berkualiti yang boleh didapati di pasaran pada harga yang tidaklah terlalu mahal. Jika terlalu murah, pasti ada yang tidak kenalah tu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.