Fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat negara dan negeri Sabah ketika ini suhunya ada masa mencecah 34 hingga 36 darjah Celcius.

Suhu boleh cecah 34 – 37 darjah Celcius

Kalau di bahagian utara seperti Perlis, Kedah dan di bahagian utara Perak pula, rekod menunjukkan suhu yang tercatat adalah sehingga 37 darjah Celcius.

Fenomena biasa

Walau bagaimanapun, Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut.

Apa yang perlu dilakukan?

Ads

Cuaca Panas Sehingga Penghujung Mac Ini, Amalkan 5 Tip Ini Untuk Elak Terhidrasi!

1. Banyakkan minum air

Anda digalakkan minum air dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan tubuh anda terhidrasi. Ini kerana jika kekurangan air, tubuh anda boleh menjadi lemah.

2. Banyakkan duduk dalam rumah

Ads

Kalau sebelum ini anda suka berjalan pada hujung minggu, apa kata buat masa ini rehat sahaja di rumah. Selain dapat mengelakkan diri daripada terkena sinaran matahari yang melampau di samping bahang panas  bumi, banyak risiko keselamatan diri dapat dijaga.

3. Buka tingkap untuk peredaran udara

Buka tingkap untuk udara mengalir masuk ke dalam bahagian rumah anda. Jika tidak, udara yang terperap dalam rumah menyebabkan suhu dalam rumah itu sendiri semakin bertambah dan anda akan berpeluh setiap masa.

Ads

4. Boleh gunakan penghawa dingin

Ketika dalam keadaan kritikal sebegini, tidak salah untuk menggunakan penghawa dingin kerana alat tersebut mampu menyejuk suhu dan menghilangkan rasa panas yang melampau.

5. Kerap mandi

Kerap basahkan badan anda dengan mandi. Mandi dapat sejukkan diri anda selain mengelakkan anda terkena migrain atau hidung berdarah secara tiba-tiba.

Semoga bermanfaat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI