Cristiano Ronaldo memang terkenal dengan kehebatannya dalam sukan bola sepak.
Personaliti dunia ini juga seorang dermawan dan baik hati. Anda mesti tahu bagaimana prihatinnya Ronaldo membantu individu malang, terutamanya kanak-kanak. Malah, dia juga sering membela nasib kanak-kanak Palestin yang dijadikan mangsa oleh individu tidak bertanggungjawab.
Bagi anda yang bukan peminat bola sepak, pasti tidak begitu mengenali insan hebat ini. Maka dengan itu, kami kongsikan beberapa sikap sebenar Cristiano Ronaldo yang mungkin masih belum diketahui umum.
Ronaldo dilaporkan turut membayar kos rawatan pembedahan untuk kanak-kanak yang sakit dan melawat mereka di hospital.
2. Suka cabaran
Selama pembabitan lelaki ini menerusi dunia bola sepak, Ronaldo telah pun bersama-sama dengan beberapa kelab bola sepak dunia, iaitu Manchester United, Real Madrid, Juventus dan kelab bola sepak Al-Nassr yang berpangkalan di Arab Saudi dan juga bermain untuk pasukan kebangsaan Portugal. Dia sering mencari cabaran baru untuk menambah baik prestasi permainannya. Sasarannya untuk menjadi yang terbaik dalam setiap liga yang disertainya.
Di saat ramai pemain bola yang mencacah tatoo di badan mereka, Ronaldo menolak kerana mempunyai sebabnya tersendiri. Dia menderma darah dua kali setahun, dan kerana itu pemain bola speak terkenal dunia ini tidak mahu mencacah tatoo di tubuhnya.
4. Janji kepada mendiang ayahnya
Pada tahun 2005, ayahnya meninggal dunia kerana penyakit kanser dan janjinya kepada mendiang, dia akan menjadi seorang pemain bola sepak terbaik dunia.
Setiap pemain mempunyai masa sukar mereka, walaupun sering dikritik hebat, namun Ronaldo bangkit untuk memperbaiki permainannya. Disebabkan itu dia menjadi antara pemain terbaik dunia.
6. Utamakan keluarga
Dia meninggalkan bekas teman wanitanya, Irina Shayk kerana tidak menghormati ibunya. Bagi Ronaldo, ibunya adalah keutamaan dan segala-galanya. Kini, dia telah menemui wanita yang memahami dan menyayangi keluarganya. Mereka dilihat sangat bahagia bersama.
Ads
7. Bantu dunia perangi COVID-19
Khabarnya, beberapa hotel milik Cristiano Ronaldo dilaporkan bakal dijadikan hospital sebagai pusat rawatan COVID-19. Media antarabangsa mendakwa kos rawatan mangsa yang dijangkiti COVID-19 dan elaun petugas perubatan yang menjaga pesakit juga akan ditanggung oleh bintang bola sepak terkenal itu.
Tidak salah sekiranya kita membantu individu yang susah jika berkemampuan kan? Jadi, disebabkann itulah Cristiano Ronaldo sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Sikap ini wajar dicontohi oleh semua penduduk dunia dan semoga ianya dijadikan teladan buat semua orang.
8. Jumlah pengikut antara paling tinggi
Cristiano Ronaldo juga menjadi individu yang mempunyai pengikut yang paling ramai di laman Instagram mengalahkan barisan selebriti terkenal dunia yang lain. Sehingga kini, Ronaldo mempunyai seramai 299 juta pengikut dari seluruh dunia.
Ads
Maka, tidak hairanlah sekiranya Cristiano Ronaldo menjadi antara individu yang berpengaruh di dunia kan?
Rasanya agak mustahil bagi seorang lelaki terutamanya tidak mengenali jenama denim, Levi’s. Mungkin anda sendiri tidak menyedari betapa besarnya impak jenama denim ini terhadap dunia budaya popular dan juga sub budaya yang mempunyai banyak cabangnya di seluruh dunia.
Tidak kiralah sama ada anda seorang pemuzik, rokcer, pemain papan selaju, pekerja buruh binaan hatta pekerja dalams sektor profesional sekalipun seluar merupakan antara pakaian yang wajib ada dalam almari.
TIMBUL IDEA
Jenama yang terkenal dengan denim biru ini diasaskan oleh seorang imigran dari Jerman yang berkenala ke Amerika Syarikat. Levi Strauss merupakan seorang imigran yang tiba di San Farancisco pada tahun 1850 di mana era kegemilangan lombong emas berada di puncak.
Pada mulanya Levi Strauss hanya bertindak menjadi pembekal kepada barangan kering untuk pelombong. Namun selepas mendegar keluhan pelombong yang berdepan masalah seluar yang tidak tahan lasak, timbul idea untuk dia melakukan sesuatu.
Pekerja berat memakai seluar denim untuk ketahanan semasa melakukan tugas seharian.
Levi kemudian mengupah seorang tukang jahit untuk menghasilkan pakaian daripada kanvas khemah. Selepas beberapa kali percubaan dia kemudian cuba menggunakan kain denim dengan riveting tembaga ditambah di bahagian poket untuk memberi sokongan lebih kuat.
PERKENALKAN JENAMA
Mendapati seluar itu kian popular bukan sahaja di kalangan pelombong tetapi juga bagi pekerja binaan landadsan, pembalak dan juga koboi. Levi kemudian bekerjasama dengan dua orang adik-beradinya iaitu Jonas dan Louis untuk membuka syarikat sendiri.
Dari situlah legasi jenama Levi’s mula terbina dan tersebar ke serata Amerika Syarikat dan juga dunia.
Seluar denim Levi’s mula menjadi popular di kalangan pelbagai sub budaya di antara tahun 1950-an hingga 1980-an. Dan antara iterasi seluar Levi’s yang paling popular ialah model 501. Ia boleh dilihat di majalah-majalah serta pelbagai program televisyen menampilkan selebriti berpengaruh menggayakan seluar ini.
Sehingga kini walaupun berdepan dengan pelbagai saingan dari segala macam jenama, Levi’s masih utuh terutamanya di kalangan penggemar denim. Malah, harga bagi denim vintage semakin hari semakin tinggi harganya dan mempunyai peminatnya yang tersenduri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara ilmu atau kebolehan yang berbaloi untuk dipelajari oleh kaum lelaki adalah seni mempertahankan diri.
Bagi bekas jaguh silat negara Al Jufferi Jamari, 32, ilmu mempertahankan diri mampu menjadi ‘senjata’ di saat senjata fizikal sudah tidak berguna lagi.
“Apabila pisau dah tiada, senjata dah tiada, semua dah tiada, tangan kosong dan akal fikiran kita ini lah yang kena ada menjadi senjata,” kata Al Jufferi ketika ditemui Maskulin.
“Tapi nak menjadikan ia senjata itu, macam mana? Pelajarilah seni mempertahankan diri”.
Ilmu itu juga merupakan persediaan yang penting sebelum seseorang ditimpa musibah, tambahnya.
Bukan Sekadar Ajar Bertempur, Ia Membentuk Adab Seseorang
Walaupun Al Jufferi seorang pengamal ilmu persilatan, namun baginya sebarang jenis ilmu membela diri juga membawa manfaat yang setara walaupun berbeza teknik.
Baginya, golongan lelaki khususnya wajib mempunyai ilmu mempertahankan diri.
“Kita kena pertahankan maruah keluarga kita, diri kita. Kalau yang mana dah berkahwin, mesti mempertahankan isteri dan anak-anak,” tambahnya.
Bukan sekadar mengajar cara bertempur, namun seni bela diri turut membentuk jati diri, disiplin, adab serta kesopanan seseorang, ulasnya lanjut.
Usia Muda Lebih Mudah Dilentur
Mula mempelajari ilmu persilatan seawal usia 12 tahun, Al Jufferi mengakui pentingnya untuk mempelajari seni bela diri seawal usia kerana golongan dewasa sedikit sukar untuk dilatih.
“Kalau untuk yang macam umur 18, 20an lah senang cerita, mereka agak lambat sikit,” jelasnya.
Namun dengan minat dan semangat yang tinggi, tidak mustahil untuk melenturkan mereka, tambahnya lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hari demi hari kita dapat menyaksikan bagaimana kesungguhan rakyat Malaysia berdepan cabaran mencari rezeki selepas terkesan dengan teruk akibat wabak COVID-19. Ramai yang diberhentikan kerja dan ditamatkan kontrak kerana situasi ekonomi tidak menentu. Terbaru, tular seorang pemuda mengenakan kostum ‘Iron Man’ untuk berniaga air jagung.
Memetik laporan BERNAMA, pemuda tersebut Muhammad Syukur Mohd Patthi yang berusia 26 tahun merupakan bekas kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi. Dia telah diberhentikan kerja ekoran penularan pandemik yang berlaku sekarang.
Namun dia tidak pernah mengeluh dan berikhtiar mencari rezeki yang jalal dengan memanfaatkan kreativiti dengan mengenakan kostum adiwira tersebut sambil berniaga air jagung.
Foto: BERNAMA
Jelasnya, “Sebagai anak muda kita jangan terlalu berharap pada bantuan dan pemberian orang. Selagi ada kudrat, lebih baik cari rezeki sendiri”.
Berniaga di tepi jalan di bawah cuaca yang panas sambil mengenakan kostum bukanlah satu perkara yang senang dilakukan. Usaha anak muda ini bersama dua rakannya, Yusri Md Saad dan Mohamad Zaidi Zainal Abidin telah berjaya mencuri perhatian orang ramai dan juga mula tular di laman media sosial.
Mereka bertiga menjalankan perniagaan berdekatan sebuah persimpangan jalan di Badar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
MINAT SUDAH LAMA
Tambahnya lagi, minatnya menjadi penghibur dengan berkostum adiwira bukanlah perkara yang baru dilakukannya.
Semasa bekerja dahulu dia turut melakukan aktiviti sebagai penghibur berkostum sebagai kerja sambilan bersama kumpulan yang dikenali sebagai Geng Superheri Penang (GSP). Mereka kerap menerima tempahan untuk melakukan kemunculan dan menghiburkan tetamu di pelbagai majlis.
Foto: BERNAMA
Akan tetapi selepas berlakunya penularan wabak COVID-19, segala tempahan daripada pelanggan dibuat sebelum ini terpaksa dibatalkan. Sehubungan dengan itu mereka mendapat idea untuk berniaga air jagung dengan kostum untuk menarik pelanggan.
“Walaupun kini kami terpaksa berhujan dan berpanas di tepi jalan, setiap kali orang ramai melambai atau bunyikan hon, rasa letih itu berbaloi. Kami faham sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang rindu suasana di luar. Jika dengan melihat kami ini mereka boleh terhibur, saya turut gembira,” kata lagi.
Foto: BERNAMA
Lumrah perniagaan kadangkala ada untung dan kadangkala ada rugi. Pada awal perniagaan mereka pernah alami kerugiaan senigga 90 peratus. Namun kini perniagaan mereka menjadi semakin baik dan stabil. Malah mereka turut menyumbang stok harian yang tidak habis dujual kepada petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya sekitar Pulau Pinang.
Semoga ‘Iron Man’ kental ini terus tabah dan kuat dalam mengarungi cabaran ini. Semoga usaha hebatnya memberikan inspirasi kepada mereka yang turut berdepan kesukaran di saat ini.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.