Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak Portugal yang kini bersama Al-Nassr, dijangka terus mengukuhkan statusnya sebagai pemain dengan gaji tertinggi di dunia.
Laporan terkini menyebut Ronaldo bakal menerima kontrak baharu bernilai lebih £167.9 juta (RM923 juta), melanjutkan perjanjiannya bersama kelab Liga Pro Saudi itu untuk tempoh setahun lagi.
Superstar berusia 39 tahun ini menyertai Al-Nassr pada Januari 2023 selepas meninggalkan Manchester United akibat konflik dalaman.
Foto : The New Yorker
Kehadiran Ronaldo di Arab Saudi bukan sahaja meningkatkan prestasi pasukan tetapi juga menyumbang kepada perkembangan bola sepak negara itu.
Pendapatan Mencecah RM1.17 Bilion Setahun
Ketika ini, Ronaldo menikmati pendapatan tahunan sekitar £164 juta (RM901 juta) hasil sumbangannya di atas padang.
Selain itu, beliau meraih tambahan £49 juta (RM269 juta) daripada aktiviti luar seperti promosi Hari Kebangsaan Arab Saudi dan kempen pelancongan tempatan.
Ads
Dengan kontrak baharu, gaji mingguannya dijangka sekitar £3.19 juta (RM17.5 juta), bersamaan £419,800 (RM2.3 juta) sehari atau £291 (RM1,600) seminit.
Angka ini menjadikan Ronaldo sebagai salah satu atlet terkaya dalam sejarah sukan.
Foto : Variety
Ganjaran Tambahan dan Kepentingan Dalam Kelab
Menurut laporan akhbar Sepanyol, Marca, Al-Nassr bersedia memberikan ganjaran tambahan kepada Ronaldo atas sumbangan besarnya kepada kelab.
Antara tawaran istimewa termasuk lima peratus kepentingan dalam pasukan, satu langkah yang menunjukkan penghargaan tinggi terhadap pengaruh Ronaldo.
Ads
Perjanjian baharu ini juga dijangka meningkatkan daya tarikan Liga Pro Saudi dalam menarik lebih banyak bintang bola sepak global ke negara itu.
Sejak menyertai Al-Nassr, Ronaldo telah mencetak 75 gol dalam 84 penampilan, satu rekod yang membuktikan beliau masih berada di tahap tertinggi meskipun usia mencecah 39 tahun.
Ads
Prestasi ini bukan sahaja membantu Al-Nassr meraih kejayaan tetapi turut memperkukuhkan kedudukan Ronaldo sebagai ikon global bola sepak.
Dengan lanjutan kontraknya, Ronaldo dijangka terus memahat namanya sebagai salah satu legenda sukan paling berpengaruh dalam sejarah.
Sumber : Buletin TV3
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmyRyan Bakery masih tetap disokong meskipun zamannya telah berlalu. Kalau ingat waktu PKP dulu, semua video dia memang lawak! Tak pernah tak mencuit hati. #maskulin #majalahmaskulin #fyp♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semakin lama kita berada di rumah sepanjang PKP atau lockdown mungkin semakin bosan dengan rutin senaman harian. Itulah sebenarnya di antara cabaran yang harus kita harungi kerana bersenam seorang diri.
Namun ada beberapa cara untuk kita elak rasa bosan. Salah satunya melakukan senaman yang memberikan fokus kepada bahagian tertentu pada badan. Bagi lelaki di antara baagian badan yang sering diberikan perhatian ialah otot pada bahagan dada atau upper body.
Lihat sajalah badan pelakon aksi terutamanya filem superhero. Hampir kesemuanya mempunyai dada yang cukup bidang dan bentuk yang cantik. Anda juga mampu dapatkan otot badan atau upper body seperti itu!
MASKULIN ingin kongsi sebanyak lima jenis senaman bahagian dada yang boleh anda lakukan sendiri sepanjang tempoh berada di rumah tatkala berdepan ‘lockdown’.
Jom sama-sama kita cuba!
BAND CHEST FLY
Bentuk senaman pemanas badan yang terbaik boleh anda lakukan khusus untuk bahagian dada. Pergerakan senaman ini juga mampu meregangkan tangan dan bahagian dada dengan kadar tenaga yang optimum.
Dapatkan dua tali senaman dan ikatkan di bahagian stabil. Pegang di kedua belah hujung dan lakukan gerakan ke depan. Bengkokkan badan sedikit ke depan dan cuba rapatkan kedua belah tangan yang memegang hujung tali.
BATWING FLY
Senaman ini pula merupakan jenis senaman yang memerlukan anda berbaring. Mulakan dengan beban yang ringan dan tingkatkannya sedikit demi sedikit.
Caranya mudah saja. Duduk atau baring di atas bangku senaman dengan kedua belah tangan memegang dumbbells. Luruskan kedua belah tangan dan angkat beban tersebut. Ini boleh merangsang otot bagaian dada untuk menjadi lebih fleksibel dan lebih pejal.
INCLINE DUMBBELL BENCH PRESS
Untuk melakukan senaman ini anda juga perlu menggunakan dua dumbbells dan juga kerusi senaman backrest. Pegang kedua-dua dumbbells di atas bahagian dada. Luruskan tangan ke atas dan perlahan-lahan bawa ia ke bawah paras dada. Ulang sebanyak 8 kali dan rehat.
CABLE FLY
Pasangkan tali senaman yang boleh regang di bahagian kiri dan kanan. Pastikan ia dipasang pada paras kepala. Pegang kedua hujung tali dan rapatkan tangan anda ke bawah.
Tangan dan lengan anda akan ‘dikerjakan’ dengan meregangkan bersama talit tersebut. Selepas ditarik ke bawah perlahan-lahan lepaskan regangan itu kembali ke tempat asal. Ulang sebanyak beberapa kali.
DECLINE DUMBBELL BENCH PRESS
Satu lagi bentuk senaman dada terbaik dengan menggunakan dumbbells. Baring di atas kerusi senaman. Letakkan kaki anda di bahagian penahan yang terdapat di kerusi tersebut. Pegang kedua-dua dumbells pada paras dada dengan tangan tang lurus.
Tangan anda harus menghadap ke bahagian kaki dan berat dumbbells berada di luar bahagian bahu. Rendahkan dubmbbelss secara perlahan ke bahagan dada, berhenti seketika dan angkat ke bahagian atas semula.
Semoga 5 jenis senaman ini dapat membantu anda mendapatkan dada yang mantap dan hebat.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video senaman menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita boleh hilang fokus bila sakit kepala atau migrain menyerang. Sampaikan tak boleh apa-apa kerja sebab sakit kepala atau migrain yang berdenyut-denyut.
Biasanya kalau sakit kepala atau migrain datang, kita akan ambil Panadol ataupun ubat tahan sakit. Selain Panadol atau ubat tahan sakit, sebenarnya ada cara alternatif yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan derita sakit kepala atau migrain yang anda alami.
Kini anda tak perlu lagi ambil Panadol. Menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Hanisah Nordin berkongsi petua hilangkan sakit kepala dan migrain menggunakan tiga bahan yang boleh anda amalkan.
Semoga perkongsian petua cara mudah ini dapat membantu mengatasi masalah sakit kepala dan migrain anda.
Saje saya nak share. Saya @ suami kalau sakit kepala / migrain ini la ubat kami. Suami saya kerap kena magrin kadang-kadang sampai Panadol pun x jalan. Tapi dengan 3 bahan nie berkesan dan suami dah lama x amik Panadol kalau sakit kepala. Senang citer dekat rumah kami x de stok Panadol @ ubat hospital. ?
* Cuka apple dan madu 1 sudu besar dicampur dalam air suam. Pastikan sudu plastik tau sebab sudu besi x sesuai untuk madu sebab boleh hilangkan zat madu 2.
* Baca selawat 3x terus minum. Nak bilas air masak untuk hilangkan rasa masam pun boleh.
* Lepas mnum terus tidur.
Insya Allah lepas bangun tidur sakit kepala 2 terus hilang. ? Boleh la sapa-sapa yang ade sakit kepala / migrain 2 try cara nie. Mana tau berkesan. ?
* Cuka apple nie memang masam tinggi asid tapi di dalam tubuh dia berubah jadi alkaline. Fungsi die macam lemon. Cuma pastikan minum masa perut kosong sebab yang jadi asid kalau kita minum masa dalam perut ada makanan yang boleh menyebabkan gastrik.? Banyak kebaikannya. Kalau ada yang waswas boleh refer pada doktor. Jazakallah.
Push up atau tekan tubi adalah senaman yang sejak dari dulu hingga sekarang merupakan disiplin wajib dilakukan penggemar senaman. Malah ia merupakan bentuk senaman wajib dilakukan dan dipraktikkan di mana-mana organisasi badan beruniform.
Malah sejak di bangku sekolah kita diajar oleh guru pendidikan jasmani untuk melakukan senaman tekan tubi bagi menguatkan otot tangan dan perut. Tapi tahukah anda sehingga sekarang masih ramai yang menggunakan teknik salah ketika tekan tubi?
Lebih mengharukan lagi apabila teknik salah yang dilakukan itu boleh menjadi penyumbang kepada kecederaan.
Jadi apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan push up?
Jarak tangan terlalu lebar
Ini antara teknik yang salah! Banyak sumber mengatakan jarak kedudukan tangan semasa melakukan push up boleh mempengaruhi kesannya. Jarak tangan yang sempit (narrow grip push up/diamond push up) akan lebih menekankan kontraksi otot tricep dan jarak tangan yang lebar pula lebih menekankan kontraksi otot dada.
Akan tetapi jika jarak tangan yang terlalu lebar ia akan membahayakan anda karena terasa sangat berat lalu boleh sebabkan kecederaan.
Siku dibuka terlalu lebar
Semasa melakukan push up anda tak perlu membuka siku terlalu lebar. Senaman push up yang baik boleh diamati dari atas maka dan badan anda akan terlihat seperti anak panah. Dengan kata lain siku akan membentuk sudut 30 darjah terhadap tubuh.
Tidak melakukan secara penuh
Corak gerakan push up yang sebetulnya ialah dilakukan secara penuh atau one full repetition. One full repetition bermula dari bawah pada saat siku menekuk dan dada hampir menyentuh tanah.
Seterusnya angkat badan anda ke siku lurus. Ramai yang lakukan dengan hanya mengangkat tubuh sehingga siku tidak sampai lurus. Dan bila menurunkan tubuh pun banyak yang tak sampai ke bawah.
Kedudukan badan salah
Ketika melakukan push up tubuh anda harus lurus dan tidak boleh menekuk. Kebanyakan orang melakukan push up dengan badan mereka tidak ikut turun mengikuti kepala mereka sehingga yang terlihat naik turun hanya kepala saja dan terlihat seperti push up lumba-lumba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.