Kita kita memasuki minggu terkahir fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk menjayakan PKP menjadi lebih berkesan seperti orang awam dibenarkan keluar untuk hal penting seperti membeli barangan keperluan sahaja, hanya ketua atau wakil keluarga seorang sahaja dibenarkan keluar dan penutupan premis pasa raya pada jam 8 malam.
Selain itu perkhidmaran perbankan juga dibenarkan beroperasi. Terbaru, Majlis Keselematan Negara (MKN) memutuskan masa dibenarkan untuk orang ramai melakukan pengeluaran wang di mesin ATM adalah dari jam 8 pagi hingga 8 malam.
Menggunakan mesin ATM juga perlu mengikuti langkah-langkah yang selamat agar wabak ini tidak menular. Terbaru timbul masalah yang dihadapai oleh juruteknik mesin ATM kerana sikap orang ramai yang suka menyembur hand sanitizer di bahagian skrin dan juga papan kekunci.
Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda boleh menggunakan mesin ATM dengan selamat tanpa merosakkan mesin tersebut.
1)
Apabila keluar rumah bawalah sedikit cecair hand sanitizer atau tisu basah beralkohol.
2)
Semasa beratur untuk mengeluarkan wang usah menyentuh wajah, mulut, mata dan hidung. Sentiasa ingat dan tidak leka hingga menyentuh bahagian tersebut.
3)
Bila berada di bank elakkan daripada menyentuh apa-apa yang tidak patut. Kurangkan kontak anda dengan permukaan seperti tingkap atau apa sahaja objek.
4)
Pastikan anda terus memastikan diri anda dia bahagian depan dan belakang berada pada jarak 1 meter dengan orang lain.
5)
Seeloknya pakailah topeng muka semasa berada di premis perbankan.
6)
Selepas mengeluarkan wang dari mesin ATM, cuci tangan dengan menggunakan hand sanitizer atau tisu basah beralkohol. Tidak perlu anda mencuci mesin ATM tersebut.
7)
Sebelum pulang memasuki kereta cuci tangan sekali lagi.
8)
Jika anda mempunyai perbankan online, maksimakan penggunaannya dan kurangkan kontak jual beli dengan wang tunai.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI