Pada penghujung tahun lalu kebanyakan negara Barat memandang sinis dan tidak acuh dengan apa yang berlaku di Wuhan, China. Rata-rata rakyat mereka menganggap bahawa wabak COVID-19 adalah penyakit yang mungkin tersebar di persekitaran wilayah atau negara berdekatan China.
Namun kini ternyata tanggapan tersebut salah sama sekali. COVID-19 kini menjadi krisis global terbesar yang berlaku di dunia sekarang sehingga melumpuhkan sistem penerbangan dan ekonomi secara amnya.
Keseriusan krisis ini turut dilaungkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres yang mengatakan bahawa inilah krisis terbesar global dihadapi sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Ads
“Seluruh dunia kini menghadapi krisis kesihatan global yang tidak pernah berlaku sejak 75 tahun penubuhan PBB,” jelasnya di ibu pejabat PBB di New York.
Umum mengetahui bahawa PBB telah ditubuhkan pada Oktober 1945 setelah tamatnya Perang Dunia Kedua bagi menggantikan Liga Bangsa-Bangsa dalam menjaga keamanan dunia.
Ads
Ads
Beliau turut menggesa masyarakat dunia dunia untuk bertindak segera secara bersepadu bagi menghentikan wabak tersebut. Tindakan tersebut hanya akan menjadi kenyataan jika semua orang bersatu tanpa mengira politik dan faham manusia berada dalam bahaya.
Dalam pada itu beliau turut menyuarakan ramalan yang dinyatakan oleh International Monetary Fund (IMF) yang menjangkakan kemelesetan ekonomi yang teruk seperti pernah berlaku pada tahun 2009 atau mungkin lebih teruk.
Beliau melhirkan kebimbangan kerana penularan wabak dan impak ekonomi boleh menyebabkan ketidakstabilan dan pergolakan semakin buruk, konflik semakin teruk, katanya dalam laporan impak sosioekonomi COVID-19.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin memang ada sesetengah perkara boleh diperbaiki dalam diri anda, maklumlah tiada manusia biasa yang sempurna dalam dunia ini. Tetapi kalau si dia kerapkali mencuba mengubah anda menjadi Mr. Perfect di matanya dan menyebabkan anda tidak selesa, maka mungkin dia bukanlah calon sesuai untuk anda.
Wanita yang terbaik adalah mereka yang boleh menyesuaikan diri dengan ketidaksempurnaan atau perubahan diri anda. Mungkin anda ingin menyimpan sedikit jambang atau membiar janggut tumbuh di dagu ataupun telah ‘tertambah’ sedikit berat badan, namun si dia masih tetap menyayangi anda seadanya.
DIA YAKIN DENGAN TUBUH BADAN SENDIRI
Ramai wanita yang merungut mahu diet dan kuruskan badan seumpama seorang supermodel. Setiap kali tahun baru, mereka pun memasang azam untuk mengurangkan berat badan. Masuk tahun ini, mungkin sudah 8 tahun azam itu masih belum tercapai. Carilah pasangan yang confident, selesa dengan diri sendiri dan tidak obses untuk berdiet sehingga makan nasi saja setiap hari.
DIA SEORANG PENDENGAR SETIA
Kadangkala ada sesetengah orang perempuan lebih suka bercakap daripada mendengar. Asyik cerita pasal diri sendiri sahaja. Letihlah, penatlah, mengantuklah. Tak pernah tanya langsung pun pasal anda.
Kalau anda mempunyai pasangan yang sanggup bertanya, mendengar cerita dan keluh-kesah anda, maka anda seorang yang bertuah. Dia juga tidak pandai-pandai ‘mengajar’ anda dan hanya akan memberi nasihat kalau anda minta. Awesome kalau dapat wanita macam ini!
DIA SANGAT ‘CLICK’ DENGAN ANDA
Apabila anda bersembang dengannya, anda berdua sering mempunyai pandangan dan penilaian yang sama terhadap perkara-perkara umum dalam kehidupan. Misalnya anda berkongsi pendapat yang sama tentang kepentingan pendidikan sivik dalam masyarakat dan pandangan mengenai adab perhubungan dengan orang lain.
Pendek kata, sembanglah apa-apa topik sekalipun, hatta bidang politik, ekonomi, sosial ataupun kerohanian, anda berdua mempunyai wavelength yang sama. Bayangkanlah betapa harmoninya hidup berdua sehingga ke akhir hayat.
DIA BERSIKAP TERBUKA TENTANG DIRINYA
Anda perlu jaga baik-baik teman wanita yang tidak berahsia dengan anda. Anda tahu latar belakang keluarga dan cerita zaman kanak-kanaknya, anda tahu segala masalah hidupnya, anda tahu setiap perkara yang merisaukannya dan anda juga tahu setiap obsesi dirinya sepanjang kehidupan.
Dia menceritakan segala-galanya kerana dia menginginkan anda menyayangi dirinya seadanya. Bukan ibarat muka berjerawat tetapi dilindungi oleh bedak setebal 4 inci. Itu dusta namanya. Jika dari awal perhubungan lagi si dia bersikap terbuka tentang setiap perkara, insyaAllah hubungan anda berdua boleh kekal lama.
ANDA SENTIASA TERHIBUR DAN SERONOK BERSAMANYA
Anda sentiasa terhibur dan have fun apabila bersama dengannya. Anda juga menghargai setiap lawak bodohnya, meme atau video lucu yang dikongsi dan boleh ketawa berdekah-dekah tentang perkara kelakar yang sama.
DIA TIDAK CLINGY DAN SIBUK NAK JADI BELANGKAS
Dipendekkan cerita, dia tak merungut kalau anda busy dan perlu siapkan banyak perkara. Dia membiarkan sahaja anda punya waktu peribadi dan tak kuat cemburu buta.
DIA SUKA BERJUMPA AHLI KELUARGA DAN RAKAN ANDA
Dia tak kisah ikut giliran balik beraya ke kampung anda kerana dia faham tanggungjawab anda sebagai anak lelaki. Wanita yang cool juga boleh menerima rakan-rakan anda dan lebih cool jika boleh turut serta melepak minum teh tarik bersama anda dan rakan-rakan.
DIA TAK KUAT MEMBEBEL
Perkara terakhir ini selalunya yang paling ditakuti dan digeruni oleh orang lelaki. Pasangan wanita yang awesome adalah mereka yang tidak suka mencari kesalahan, boleh mengabaikan benda remeh-temeh dan tak kuat berleter. Kalau dapat kahwin dengan perempuan macam ini, alangkah bahagianya hidup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin itu yang membuatkan anda tertanya-tanya. Umat Islam di negara kita dan seluruh dunia sekarang sedang menjalani ibadah puasa. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkat ini cukup dinantikan oleh kita semua.
Inilah masanya untuk kita memperbanyakkan ibadah dan berbuat amal dengan bersedekah dan membantu insan yang dalam kesusahan.
Namun ada juga yang ‘culas’ dan tidak berpuasa. Setiap tahun pasti kita mendengar berita tentang penangkapan mereka yang tidak berpuasa. Selain tidak berpuasa dengan makan atau minum, merokok juga merupakan ujian terbesar.
Jadi tidak hairanlah dalam berita terbaru dari Melaka melaporkan sesiapa yang membawa atau terbawa rokok sebelum jam dua petang sepanjang bulan Ramadan akan diberikan notis.
Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan mengeluarkan notis kepada mana-mana individu yang didapati melakukan perkara tersebut.
Jelas Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat, pendekatan ini dilihat sebagai tindak balas selepas jabatan itu menjumpai dua individu yang membawa rokok pada siang hari dalam Operasi Plastik Hitam Bersendawa.
Tambahnya lagi, dua individu yang merupakan warga emas telah ditemui di lokasi berbeza itu memberikan alasan terbawa rokok kerana memakai seluar yang sama malam tadi.
“Ketika diperiksa, memang individu berkenaan beritahu tidak menghisap rokok tetapi ada bau, logik ke kalau bau rokok malam tadi masih tak hilang. “Kita bukan nak saman tetapi pendekatan itu diambil supaya perbuatan tidak diulang.
Kita pun tidaklah sampai nak mandikan mereka seperti jenazah kerana tiada bukti lagi mereka bersalah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi dijalankan di sekitar daerah Melaka Tengah, Klebang di sini pada Ahad lalu.
Begitu juga dengan pengguna vape atau rokok elektrik anda juga perlu lebih peka dan berwaspada. Sekiranya ditangkap menggunakan produk itupada siang hari atau secara langsung tidak puasa mereka akan berhadapan dengan saman dan juga tazkirah.
Bagi kesalahan tersebut mereka boleh didenda tidak melebihi RM500 bagi kesalahan pertama di bawah Seksyen49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Jadi kepada anda yang ingin berjalan-jalan di Melaka, periksalah seluar tu dahulu sebelum melangkah keluar dari hotel atau rumah. Manalah tahu anda tidak sengaja pula tidak sedar terbawa kotak rokok.
Semoga ibadah puasa kita semua dapat berjalan dengan sempurna. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sedar tak sedar saja sekejap je umur kita meningkat usia. Dalam kehidupan kita terlalu banyak momen manis yang tidak dapat di rakam dan di kongsikan tahu-tahu dah nak dekat umur 30 tahun. Bahkan,ada rencana dan target di usia 20 tahunan kerap meleset dan belum juga tercapai meski pun usia sudah masuk angka tiga .
Satu kajian telah dilakukan oleh satu laman web Quara yang bertanya satu persoalan kepada mereka yang berusia 50-an. Pertanyannya apakah yang sepatutnya mereka akan lakukan pada usia 30 tahun agar dapat menikmati hidup di usia tua.
Kebanyakan mereka memberikan jawapan yang sama seperti di bawah ini. Jadi bagi anda yang berusia 30 tahun tak kira wanita atau lelaki ambil nasihat ini kerana ia memang ada benarnya. Ayuh!
1. Menyimpan Wang
Walau pun sikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini karier selalunya sudah stabil, jadi jangan bazirkan wang gaji dengan perkara tak berfaedah. Anda dah matang.
2. Eratkan hubungan bersama keluarga
Walau pun ada sikap adik beradik yang anda tak suka tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberi sokongan.
3. Jangan tangguh impian
Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya sila buat sekarang. Usia dah 30 ok. Jangan berkata nantilah, nanti itu adalah sekarang. Begitu juga impian ke Makkah untuk menunaikan haji, lakukan ketika muda, waktu tubuh sihat dan bertenaga.
4. Berhenti makan benda mengarut
Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan. Belajar kurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan pada usia tua.
5. Bersukan
Mulakan gaya hidup sihat. Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi seperti berbasikal, zumba atau sekadar joging. Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah anda sukar untuk kembali kurus.
6. Jangan merokok
Ia mahal, bau busuk dan memang penyebab kepada masalah kesihatan. Tolong buang tabiat ini. Makin lama anda dengan tabiat ini makin berisiko kesihatan anda.
7. Jaga Kulit
Sinaran matahari secara terus pada kulit antara punca kedutan Sila pakai krim pelindung matahari jika anda tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia.
8. Melancong
Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang anda boleh dan mampu. Ibarat kata jauh perjalanan luar pemandangan, melancong mampu mengubah cara pemikiran malah sikap diri.
9. Hargai teman
Seharusnya ketika ini anda sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargai mereka dan teruskan silaturahim. Sentiasa berhubungan walau tidak bersua dengan mereka kerana inilah teman anda ketika tua nanti.
10. Beli rumah
Sebaik keadaan kewangan stabil pada usia 30-an beli kediaman sendiri agar anda ada tempat yang selesa untuk pulang selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang pun sudah hampir selesai.
Perkara terakhir ini sengaja tidak dimasukkan dalam senarai kerana tak perlu tunggu usia 30 tahun untuk melakukannya. Dalami agama, kembali ke pangkal jalan Pencipta kita kerana ajal dan maut mungkin datang sebelum usia 50 tahun.
Sumber: Brightside.me
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.