Di sebalik COVID-19, Hafiz Mahamad, seorang ushawan muda ada berkongsi beberapa posting mengenai cerita cintanya bersama isteri, Syafiqah Aina di sosial medianya.
Menurutnya dia menjadikan isterinya kekasih hati pada 2013. Isterinya ada meminta break pada bulan kedua mereka bercinta kerana dia merasakan Hafiz berubah. Namun Hafiz tidak melepaskannya kerana dia sudah ubah dirinya menjadi lebih baik.
Malah yang mencuri hatinya apabila isterinya itu berketerampilan Muslimah.
“Aku suka tengok dia pakai baju baju Muslimah, ni time aku request, kita dating malam ni awak pakai baju ‘muslimah’.
“Dia tunaikan malam tu, bila aku tengok aku terus cair. Demi Allah buat pertama kali aku rasa macam nak terus kahwin” Katanya melalui social medianya.
Ucapanya itu cukup menyentuh hati, dan cukup bermakna buat isterinya. Malah posting tersebut telah mendapat 11k likes, 3.3k comments dan 15k share.
Tak nak cakap banyak, anda tengok sendiri bagaimana dia lalui kehidupan ini dengan isterinya semala 9 tahun…
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ayah Hebat Ini Hasilkan Beg Tali Rafia Untuk Anaknya Kerana Kesempitan Hidup
Beberapa hari lalu sambutan Hari Bapa telah diraikan di seluruh dunia. Bak kata orang pengorbanans eorang ayah itu tiada sempadannnya.
Sanggup melakukan apa sahaja demi mencari rezeki buat isteri dan anak-anak. Malah ada yang sanggup berlapar, bekerja di tengah panas serta menghadap apa jua cabaran di tempat kerja demi anak-anak.
Tiada ibu bapa yang tak ingin melihat anak-anak mereka dapatkan yang terbaik dalam hodup mereka. Disebabkan itulah ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi keselesaan anak-anak bergantung dengan kemampuan mereka.
BACA: Berbuka & Solat Atar Jalan Tar, Pengorbanan Ahli Bomba Buat Ramai Rasa Terharu
REKAAN KREATIF & UNIK
Itulah yang ditunjukkan oleh seorang bapa kepada anaknya di Kemboja. Menurut satu posting di Facebook dalam Bahasa Khmer yang dikongsi oleh pengguna bernama Sophous Suon menampilkan seorang kanak-kanak dengan sebuah beg sekolah yang cukup unik.
Perkonghsian yang disertakan dengan beberapa keping foto itu menunjukkan kanak-kanak tersebut menggalas sebuah beg yang diperbuat daripada tali rafia berwarna biru!
Beg berwarna biru disertakan dengan tali berwarna hitam dan buckle pengetat ini mencuri perhatian warganet di negara tersebut dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Menurut perkongsian itu lagi, beg istimewa ini mempunyai ketahanan yang cukup untuk membawa kelengkapan seorang pelajar seperti beg dan alat tulis.
Beg tersebut dipercayai telah dihasilkan oleh bapa pelajar tersebut kerana tidak mampu untuk membelinya. Usaha yang ditunjukkan oleh bapa pelajar ini ternyata membuat ramaiw arganet berasa terharu dan kagum.
Walaupum tidak berkemampuan namun dia berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anaknya. Malah ramaijuga warga tempatan melahirkan keinginan untuk membantu pelajar ini.
Bertuah kau dik dapar seorang bapa yang bukan sahaja kreatif tapi sanggup memberikan yang terbaik demi pendidikan anaknya.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran yang terbaik buat ktia semua yang mungkin hidup lebih senang di sini. Bersyukurlah kerana majoriti daripada kita tak perlu untuk berdepan dengan segala kesusahan seperti yang dialami oleh pelajar ini dan keluarganya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Harry Styles Keluarkan T-Shirt Covid-19 Dengan Hasil Jualannya Disumbangkan Kepada WHO Fund
Golongan selebriti terutamanya artis seperti pelakon dan penyanyi merupakan insan-insan yang sentiasa mendapat perhatian daripada orang ramai.
Suka atau tidak itulah pengaruh yang di bawa oleh mereka terutamanya pada masa kini menerusi laman media sosial. Jadi tidak hairanlah walapun tidak dapat keluar rumah sepanjang tempoh kuarantin ramai yang menghiburkan peminat dengan pelbagai kandungan atas talian serta sesi bual bicara secara live.
Pada 7 April lalu, penyanyi popular dari United Kingdom, Harry Styles tampil menerusi video live sempena World Health Day.
Penyanyi suatu ketika dahulu menjadi kegilaan remaja semasa bersama One Direction mengumumkan dia telah membuat rekaan t-shirt yang akan dijual bagi mengutip dana membantu World Health Organization Covid-19 Solidarity Response Fund yang turut disokong oleh UN Foundation.
Jelas Harry, rekaan t-shirt yang memaparkan kata-kata “Stay Home. Stay Safe. Protect Each Other” boleh didapati di laman sesawang rasminya. T-shirt tersebut juga mempunyai teks “This T-shirt Fights Covid-19. Treat People With Kindness” di bahagian belakang.
T-shirt istimewa ini dijual pada harga USD26 (RM113) dan 100 peratus jumlah kutipan akan disalurkan secara terus kepada tabung berkenaan.
Di laman sesawang jualan t-shirt tersebut, Harry Styles berkata, “jualan t-shirt ini adalah usaha untuk membantu melawan COVID-19. 100% keuntungan akan didermakan kepada COVID-19 Solidarity Response Fund untuk World Health Organization, yang disokong oleh UN Foundation”.
“Pada waktu begini adalah sangat penting untuk kita semua ingat akan kuasa solidariti orang ramai. Jika anda mampu membantu, tolong sumbangkan apa yang termampu,” jelasnya.
Syabas Harry Styles!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lama Mendiamkan Diri, Rupanya Arja Lee Kini Bergelar Pensyarah & Berjaya Genggam Master
Buat mereka yang setia mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan pasti mengenali sosok badan tegap berwajah kacak ini. Kelibatnya di skrin mungkin agak jarang dilihat namun Arja Lee atau nama sebenarnya, Azaharudin Ramli masih segar di bibir peminat.
Info menerusi laman media sosialnya mendapati, Arja Lee sebenarnya menyambung pelajarannya. Dan beberapa hari lalu dia telah menghadiri Majlis Konvokesyen, Universiti Perguruan Sultan Idris.
Aktor kacak ini merupakan penerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pendidikan Persembahan. Jelasnya, dia mengakui perasaan agak bercampur baur saat namanya dipanggil untuk menerima ijazah.
DEBAR BERBEZA
Melihat ahli keluarganya bersorak telah membuatkan dirinya hilang rasa gemuruh yang dirasakan pada ketika itu. Memetik laporan Media Hiburan, Arja Lee berkata, “Debarnya sungguh berbeza kali ini. Tak dapat saya nak gambarkan perasaan dan apa yang bermain di fikiran pada waktu ini. Amat berbeza.
“Apabila nama disebut hinggalah terdengar jeritan penuh kasih sayang dari ahli keluarga tercinta di depan mata menjadi penawar di kala gugup setelah menerima ijazah di atas pentas,” jelasnya lagi.
“Kini aku bergelar Graduan Ijazah Sarjana,” tulisnya menerusi hantara di Instagram.
Selain itu, Arja Lee juga sekarang bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan sejak tahun lalu lagi. Tidak hairanlah kelibatnya di industri lakonan memang agak sepi sejak kebelakangan ini.
Jelasnya menerusi satu temu bual bersama Mstar, Arja berkata dia tidak lagi mahu terlibat dalam dunia glamor sebagai selebriti. Apa yang dia mahukan sekarang ialah kehidupan yang lebih tenang tanpa sebarang kontroversi di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.
“Alhamdulillah saya selesa dengan kehidupan saya sekarang… ada pekerjaan tetap dan paling penting ada pendapatan bulanan yang tak perlu saya risau setiap bulan.
“Dekat sini saya mahu menjalani hidup tenang dan bebas daripada sebarang kontroversi sebagai seorang selebriti.
“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan tinggalkan bidang seni buat masa ini bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai seorang pensyarah yang turut memerlukan komitmen tinggi,” tambahnya lagi.
Semoga Arja Lee terus cekal dan gigih sebagai seorang tenega pengajar buat anak bangsa. Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Arja Lee!
Kredit: IG Arja Lee, Media Hiburan & Mstar
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI