Jenama COS cukup dikenali dengan rekaannya yang bersifat minimalis, authentic dan juga menampilkans entuhan yang lebih moden.

Pada musim perayaan Krismas dan musim percutian sempena Tahun Baru, COS memperkenalkan koleksi istimewa iaitu Gift Guide.

Koleksi yang rata-rata menampilkan rekaan eksklusif bersifat timeless ini merupakan seleksi sesuai dijadikan hadiah bukan sahaja untuk lelaki tetapi juga kepada wanita dan kanak-kanak.

IKLAN

COS Gift Guide, Koleksi Istimewa Musim Perayaan Buat Seisi Keluarga COS Gift Guide, Koleksi Istimewa Musim Perayaan Buat Seisi Keluarga

Selain pakaian pelbagai seleksi aksesori dan pakaian musim sejuk menjadi antara pilihan menarik menerusi koleksi COS Gift Guide.

IKLAN

Tampil dengan tema warna yang tidak terlalu ‘loud’ serta memilih warna-warna bumi seperti hitam, emas, putih, kelabu, merah, krim, beige, silver dan juga hijau khaki inilah koleksi yang cukup lengkap meliputi keperluan seisi keluarga.

IKLAN

COS Gift Guide, Koleksi Istimewa Musim Perayaan Buat Seisi Keluarga

Anda boleh terokai sendiri koleksi menarik dari COS ini di outlet-nya terletak di Pavillion, Kuala Lumpur dan juga laman sesawang mereka.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI