Hobi & Minat

Coros Pace 3, Jam Sukan GPS Ringan & Sarat Ciri Sokongan Kecergasan Terkini [Review]

Share

Buat pelari aktif atau santai memiliki jam pintar GPS merupakan satu keperluan yang sangat penting. Coros Pace 3 hadir sebagai salah satu pesaing utama dalam kategori jam larian bajet – bagi MASKULIN layak menjadi salah satu jam larian terbaik tahun ini.

Pandang pertama jam terbaru dari COROS ini, MASKULIN merasakan ia cukup ringan. Tampil dengan berat hanya 39g dengan tali silikon, ia merupakan jam yang bukan sahaja ringan tetapi berkuasa. Selain itu ia menawarkan pelbagai sokongan data prestasi larian.

Jam yang hadir dengan warna merah menyerlah ini menawarkan penjejak data yang baik. Ia merekodkan data menjejak panjang langkah, irama, zon kadar jantung, ketinggian dan banyak lagi dengan penyampaian data jelas dan mudah diakses.

Dari apa yang MASKULIN dapati, terdapat peningkatan ketara dari versi terdahulu iaitu Pace 2. Model terbaru ini ada penambahan ciri seperti storan muzik, susunan sensor belakang yang direka semula.

Manakala fungsi skrin sesentuh juga boleh dihidupkan dan dimatikan selain serta sokongan teknologi navigasi satelit lebih baik.

Adakah Coros Pace 3 sebuah jam sukan GPS yang sempurna? Sejujurnya ia tidaklah sempurna. Namun, ia boleh dikategorikan sangat baik dengan harga dipasarkan sesuai dengan potensi kemampuannya.

Reka bentuk yang sederhana ini adalah disengajakan, memenuhi keperluan pelari di tengah-tengah perlumbaan atau mereka yang mencari pilihan bajet.

Walaupun sedikit kekurangan dari ciri gaya hidup, ia adalah jam larian yang mantap pada harga RM999, menjadikannya pilihan yang berbaloi untuk larian jalan raya.

REKA BENTUK

Coros Pace 3 menampilkan reka bentuk minimalis dengan sarung dan bezel berwarna merah, dilengkapi skrin LCD kaca mineral.

Skrinnya cukup terang untuk kebanyakan keadaan, tetapi agak sukar dilihat dalam cahaya matahari langsung. Menariknya, skrin sesentuhnya boleh ditetapkan dari hanya navigasi ke sentiasa hidup.

Tali yang tersedia dalam pilihan silikon atau nilon. Namun secara peribadi MASKULIN merasakan silikon lebih selesa.

Coros Pace 3 juga menekankan peranannya sebagai jam larian, yang sesuai dengan jangka hayat bateri yang panjang untuk memantau senaman, tidur, dan pemulihan.

Reka bentuk perisian adalah mudah dan cekap. Butang bawah di sebelah kanan jam mengakses menu senaman dan tetapan sistem.

Sementara mahkota digital menggulung pilihan dan tumpukan widget yang memaparkan statistik penting seperti langkah dan kecergasan larian.

Kesederhanaan ini juga diterapkan dalam aplikasi Coros, yang menawarkan tab “Progress” untuk statistik penting, kalendar latihan, dan metrik pemulihan, tab “Activities” untuk ulasan latihan terperinci, dan tab “Explore” untuk laluan GPS.

CIRI UTAMA

Aspek paling menarik pada jam ini ilah ia sarat dengan ciri yang pasti disukai pelari. Susunan sensor belakang yang direka menyediakan metrik kadar jantung lanjutan, termasuk variabiliti kadar jantung dan pengukuran BPM.

Ketika melakukan larian atau latihan, sensor ini membantu mengira kuasa aerobik dan anaerobik, zon kadar jantung, irama, langkah, ketinggian dan jarak. Data ini terperinci tetapi mudah diakses, menjadikannya mesra pengguna.

Penjejakan tidur menyumbang kepada metrik pemulihan tetapi kekurangan panduan untuk memperbaiki tidur.

Bagi nasihat tidur yang lebih komprehensif, jam Fitbit atau Samsung Galaxy Watch 6 mungkin lebih baik.

Jam ini juga menawarkan ujian kecergasan dan widget “running fitness” yang menjaringkan larian terbaru, memberi motivasi kepada pengguna untuk meningkatkan prestasi mereka.

PRESTASI

MASKULIN menguji sendiri menggunakan Coros Pace 3 dalam beberapa larian dan mendapati ia memberikan ketepatan dan keluasan metrik yang cukup mengagumkan.

Metrik seperti irama, panjang langkah dan kuasa larian di pergelangan tangan seperti ini ternyata amat berharga untuk seseorang pelari itu menganalisis prestasi dari semasa ke semasa.

BACA: 5 Perkara Menarik Berlaku Selepas Bangun Tidur Jam 5 Pagi Setiap Hari Selama Seminggu

Dari segi jangka hayat bateri pula, Coros Pace 3 ternyata cukup luar biasa. Selepas MASKULIN menggunakannya selama 9 hari penggunaan GPS secara santai, bateri masih mempunyai 60%, menyokong tuntutan 24 hari dalam mod Smartwatch dan sehingga 38 jam dalam mod GPS.

Jangka hayat batwri seperti ini bolehlah MASKULIN kategorikan sebagai sangat baik – terutamanya pada harga ini. Sekali gus menjadikan Coros Pace 3 antara jam paling dalam prestasi bateri di pasara.

Secara keseluruhannya, MASKULIN cukup berpuasa hari menggunakan jam ini dalam tempoh beberapa hari yang lalu.

Walaupun Coros Pace 3 terdapat sedikit kekurangan dalam aspek ciri pintar, namun ia masih cemerlang sebagai jam larian dengan menawarkan tahap prestasi mengagumkan dan nilai yang hebat untuk pelari aktif atau separa aktif.

Untuk maklumat lanjur anda boleh layari laman sesawang rasmi COROS Malaysia di sini.

RATING MASKULIN – 4/5

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim