Buat pelari aktif atau santai memiliki jam pintar GPS merupakan satu keperluan yang sangat penting. Coros Pace 3 hadir sebagai salah satu pesaing utama dalam kategori jam larian bajet – bagi MASKULIN layak menjadi salah satu jam larian terbaik tahun ini.
Pandang pertama jam terbaru dari COROS ini, MASKULIN merasakan ia cukup ringan. Tampil dengan berat hanya 39g dengan tali silikon, ia merupakan jam yang bukan sahaja ringan tetapi berkuasa. Selain itu ia menawarkan pelbagai sokongan data prestasi larian.
Jam yang hadir dengan warna merah menyerlah ini menawarkan penjejak data yang baik. Ia merekodkan data menjejak panjang langkah, irama, zon kadar jantung, ketinggian dan banyak lagi dengan penyampaian data jelas dan mudah diakses.
Dari apa yang MASKULIN dapati, terdapat peningkatan ketara dari versi terdahulu iaitu Pace 2. Model terbaru ini ada penambahan ciri seperti storan muzik, susunan sensor belakang yang direka semula.
Manakala fungsi skrin sesentuh juga boleh dihidupkan dan dimatikan selain serta sokongan teknologi navigasi satelit lebih baik.
Adakah Coros Pace 3 sebuah jam sukan GPS yang sempurna? Sejujurnya ia tidaklah sempurna. Namun, ia boleh dikategorikan sangat baik dengan harga dipasarkan sesuai dengan potensi kemampuannya.
Reka bentuk yang sederhana ini adalah disengajakan, memenuhi keperluan pelari di tengah-tengah perlumbaan atau mereka yang mencari pilihan bajet.
Walaupun sedikit kekurangan dari ciri gaya hidup, ia adalah jam larian yang mantap pada harga RM999, menjadikannya pilihan yang berbaloi untuk larian jalan raya.
REKA BENTUK
Coros Pace 3 menampilkan reka bentuk minimalis dengan sarung dan bezel berwarna merah, dilengkapi skrin LCD kaca mineral.
Ads
Skrinnya cukup terang untuk kebanyakan keadaan, tetapi agak sukar dilihat dalam cahaya matahari langsung. Menariknya, skrin sesentuhnya boleh ditetapkan dari hanya navigasi ke sentiasa hidup.
Tali yang tersedia dalam pilihan silikon atau nilon. Namun secara peribadi MASKULIN merasakan silikon lebih selesa.
Coros Pace 3 juga menekankan peranannya sebagai jam larian, yang sesuai dengan jangka hayat bateri yang panjang untuk memantau senaman, tidur, dan pemulihan.
Reka bentuk perisian adalah mudah dan cekap. Butang bawah di sebelah kanan jam mengakses menu senaman dan tetapan sistem.
Sementara mahkota digital menggulung pilihan dan tumpukan widget yang memaparkan statistik penting seperti langkah dan kecergasan larian.
Kesederhanaan ini juga diterapkan dalam aplikasi Coros, yang menawarkan tab “Progress” untuk statistik penting, kalendar latihan, dan metrik pemulihan, tab “Activities” untuk ulasan latihan terperinci, dan tab “Explore” untuk laluan GPS.
Ads
CIRI UTAMA
Aspek paling menarik pada jam ini ilah ia sarat dengan ciri yang pasti disukai pelari. Susunan sensor belakang yang direka menyediakan metrik kadar jantung lanjutan, termasuk variabiliti kadar jantung dan pengukuran BPM.
Ketika melakukan larian atau latihan, sensor ini membantu mengira kuasa aerobik dan anaerobik, zon kadar jantung, irama, langkah, ketinggian dan jarak. Data ini terperinci tetapi mudah diakses, menjadikannya mesra pengguna.
Penjejakan tidur menyumbang kepada metrik pemulihan tetapi kekurangan panduan untuk memperbaiki tidur.
Bagi nasihat tidur yang lebih komprehensif, jam Fitbit atau Samsung Galaxy Watch 6 mungkin lebih baik.
Jam ini juga menawarkan ujian kecergasan dan widget “running fitness” yang menjaringkan larian terbaru, memberi motivasi kepada pengguna untuk meningkatkan prestasi mereka.
PRESTASI
MASKULIN menguji sendiri menggunakan Coros Pace 3 dalam beberapa larian dan mendapati ia memberikan ketepatan dan keluasan metrik yang cukup mengagumkan.
Ads
Metrik seperti irama, panjang langkah dan kuasa larian di pergelangan tangan seperti ini ternyata amat berharga untuk seseorang pelari itu menganalisis prestasi dari semasa ke semasa.
Dari segi jangka hayat bateri pula, Coros Pace 3 ternyata cukup luar biasa. Selepas MASKULIN menggunakannya selama 9 hari penggunaan GPS secara santai, bateri masih mempunyai 60%, menyokong tuntutan 24 hari dalam mod Smartwatch dan sehingga 38 jam dalam mod GPS.
Jangka hayat batwri seperti ini bolehlah MASKULIN kategorikan sebagai sangat baik – terutamanya pada harga ini. Sekali gus menjadikan Coros Pace 3 antara jam paling dalam prestasi bateri di pasara.
Secara keseluruhannya, MASKULIN cukup berpuasa hari menggunakan jam ini dalam tempoh beberapa hari yang lalu.
Walaupun Coros Pace 3 terdapat sedikit kekurangan dalam aspek ciri pintar, namun ia masih cemerlang sebagai jam larian dengan menawarkan tahap prestasi mengagumkan dan nilai yang hebat untuk pelari aktif atau separa aktif.
Untuk maklumat lanjur anda boleh layari laman sesawang rasmi COROS Malaysia di sini.
RATING MASKULIN – 4/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila bercakap tentang menganjurkan parti, muzik dan suasana yang memukau menjadi elemen paling penting untuk memastikan tetamu terhibur.
Sama ada untuk parti di rumah, pantai, atau acara besar, peranti audio yang sesuai mampu mencipta pengalaman unik yang memikat semua.
Jika anda lelaki yang cukup suka dengan kualiti audio dan visual pastinya mahu melihat parti atau majlis kendalian anda lebih menarik, bukan?
Berikut MASKULIN kongsikan lima peranti audio yang boleh menghidupkan suasana parti anda menjadi lebih meriah dan bermakna.
1. JBL PartyBox Stage 320
JBL PartyBox Stage 320 adalah peranti wajib untuk mana-mana parti, sama ada di dalam rumah atau luar. Dengan bunyi JBL Pro Sound yang bertenaga, bass yang memukau, dan lampu dinamik seperti bintang berkelipan, suasana parti pasti meriah.
Kelebihan utamanya adalah reka bentuk mudah alih dengan roda kukuh dan pemegang teleskopik. Walaupun terkena hujan, peranti ini tetap berfungsi kerana reka bentuk kalis percikannya. Bateri tahan sehingga 18 jam membolehkan anda berpesta tanpa henti, malah anda boleh menyambung beberapa pembesar suara secara tanpa wayar untuk pengalaman audio yang lebih hebat.
JBL PartyBox Stage 320 dilengkapi dengan dua woofer 6.5 inci yang menghasilkan bass yang dalam dan mantap, sesuai untuk genre muzik seperti EDM, hip-hop, atau pop.
Tambahan pula, tweeter dome 25mm memastikan nada tinggi yang jelas, menghasilkan bunyi seimbang walaupun dalam kelantangan maksimum.
2. JBL PartyLight Stick
Untuk meningkatkan suasana visual parti, JBL PartyLight Stick adalah pelengkap sempurna kepada mana-mana JBL PartyBox.
Ia menyajikan pencahayaan 360° yang menyelaras dengan bunyi dan irama muzik, memberikan pengalaman sinematik yang menakjubkan.
Ciri terbaiknya adalah kemampuan untuk:
Choreographed Lightshow menggunakan aplikasi JBL PartyBox, yang menghubungkan pelbagai PartyLight Stick dalam satu rangkaian cahaya yang berirama.
Pengesan muzik terbina dalam, menjadikan pencahayaan lebih interaktif dan menyeluruh.
Jika anda ingin menjadikan ruang parti lebih imersif, JBL PartyLight Stick adalah jawapannya.
3. Sony XB43 EXTRA BASS Portable Speaker
Bagi peminat bass yang mendalam, Sony XB43 EXTRA BASS adalah pilihan terbaik. Dengan sistem speaker dua hala, anda boleh menikmati pengalaman audio yang jelas dan kaya.
Speaker ini dilengkapi dengan teknologi EXTRA BASS™, yang meningkatkan bunyi bass dengan ketepatan dan kekuatan, menjadikan setiap lagu terasa hidup dan bertenaga. Ia kalis air dan debu (IP67), menjadikannya sesuai untuk parti luar.
4. Ultimate Ears MEGABOOM 3
Jika anda mencari speaker mudah alih yang tahan lasak, UE MEGABOOM 3 menawarkan bunyi 360° dengan bass yang memukau. Ia juga hadir dengan butang “Magic Button” untuk memudahkan kawalan muzik anda.
Ia menawarkan audio 360°, yang bermaksud bunyi akan memenuhi setiap sudut ruang parti anda. Bassnya mendalam dan jelas tanpa menjejaskan kejelasan vokal, memberikan keseimbangan sempurna untuk semua jenis muzik.
5. Razer Leviathan V2 Pro
Bagi acara indoor yang lebih eksklusif, Razer Leviathan V2 Pro membawa suasana parti ke tahap premium dengan teknologi Beamforming 3D audio. Ia menghasilkan bunyi surround yang mengasyikkan untuk pengalaman audio berkualiti tinggi.
Direka dengan teknologi Beamforming 3D Audio, soundbar ini mencipta bunyi surround yang seolah-olah membawa anda masuk ke dalam dunia audio yang imersif.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini boleh memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada anda peminat produk Apple atau tidak, tidak dinafikan setiap pembaharuan dilakukan mereka pasti menjadi tumpuan ramai. Terbaru, Apple melancarkan kemas kini yang cukup dinantikan, iOS 18.
Seperti dijangka ramai pemerhati industri, iOS 18 hadir dengan elemen AI yang unik dari Apple.
Dipertontontkan menerusi WWDC 2024 keynote, sistem operasi terbaru ini tidak akan hanya dikenang sebagai pembaharuan tetapi kerana fungsi Siri yang dipertingkatkan. Ramai menjangkakan kemampuan bantuan AI yang sangat mengagumkan.
Kemas kini terbaru Apple membawa pelbagai ciri inovatif yang direka untuk menjadikan iPhone anda lebih boleh diubahsuai, selamat, dan menyeronokkan. Paling mengujakan ialah Apple memperkenalkan Apple Intelligence yang diintegrarikan dengan ChatGPT!
Namun sebelum kita lebih teruja dengan AI, MASKULIN kongsikan beberapa ciri-ciri baharu yang turut disertakan di iOS18.
Home Screen
Kini, anda boleh menggerakkan ikon aplikasi dan widget anda sesuka hati di Home Screen atau skrin utama. Tidak lagi terikat kepada grid! Anda juga boleh memberi ikon anda pelbagai warna dan menyelaraskannya dengan wallpaper anda.
Control Center
Di Control Center ia hadir dengan wajah baharu yang lebih bergaya. Dengan lebih banyak halaman kawalan yang boleh anda sapu, dan keupayaan untuk memilih dan menyesuaikan kawalan yang anda mahu. Sekali gus menjadikan iPhone berfungsi mengikut cara anda.
Lock Screen
Penyesuaian adalah kunci dengan iOS 18. Kini anda boleh menukar pintasan di Lock Screen skrin anda untuk membuka aplikasi kegemaran. Buka lagi hanya lampu suluh dan kamera. Secara ringkas iPhone anda, cara anda.
Sembunyi Aplikasi
Privasi adalah perkara penting, dan iOS 18 menyediakannya. Anda boleh mengunci aplikasi di belakang kata laluan atau Face ID, menyembunyikan aplikasi yang anda tidak mahu orang lain lihat, dan mengawal akses aplikasi kepada kenalan anda.
Mesej
Ekspresikan diri anda seperti tidak pernah sebelum ini! Bertindak balas kepada mesej dengan mana-mana emoji atau stiker, jadualkan mesej untuk dihantar kemudian, dan jadikan mesej anda lebih menonjol dengan pemformatan tebal, italic, atau bergaris bawah.
Mail
Kekal teratur dengan mudah menggunakan aplikasi Mail, yang akan menyusun e-mel anda secara automatik ke dalam kategori seperti surat berita dan mesej peribadi. Anda juga boleh mendapatkan gambaran ringkas sejarah e-mel anda dengan kenalan tertentu.
Maps
Apple Maps kini termasuk laluan berjalan kaki dan mendaki dengan akses luar talian, sesuai untuk meneroka tempat baharu tanpa bimbang kehilangan isyarat.
Wallet
Menghantar wang kepada rakan kini semudah mengetuk iPhone anda bersama-sama. Apple Pay juga kini berfungsi dengan mata ganjaran, dan tiket digital mempunyai penampilan baharu yang segar.
Journal
Aplikasi Journal mempunyai ciri-ciri baharu untuk membantu anda mengimbas kembali catatan lama dan menjejaki kemajuan anda dari masa ke masa.
Nikmati permainan yang lebih lancar dan pantas dengan Game Mode, memastikan anda boleh bermain tanpa gangguan.
Photos
Aplikasi Photos mempunyai penampilan baharu dan beberapa ciri berguna untuk membantu anda mengatur dan menikmati gambar anda dengan lebih baik.
MASKULIN menjangkakan iOS 18 bakal tersedia pada pertengahan September, bersempena pelancaran model iPhone baharu. Ia sepatutnya serasi dengan iPhone dari 2019 dan seterusnya.
Adakah anda teruja untuk mengemaskini kepada iOS18?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hujung minggu lalu, MASKULIN telah berbesar hati memenuhi jemputan untuk mengikuti liputan acara ulang tahun ke-40 Casio G-SHOCK yang sarat dengan pelbagai persembahan serta pengenalan model-model terbarunya di samping kehadiran nama-nama besar jenama tersebut.
Salah satu model jam terbaharu dari G-Shock yang paling menarik perhatian kami ialah hasil kolaborasi ekslusif mereka bersama artis yang kini sedang meningkat naik berasal dari Indonesia, Rich Brian.
Mengangkat ‘toughness’ atau ketahanan sebagai elemen utama jenamanya, G-SHOCK meneruskan legasi 40 tahun sejak pertama kali diperkenalkan pada 1983 dengan aspirasi anak muda yang hadir dengan latar belakang unik seperti Rich Brian.
G-SHOCK berkolaborasi dengan Rich Brian, rakan label terkemuka di 88rising bagi menginterpretasikan semula jam pilihannya. Jadi pakah model G-SHOCK yang menarik buat Rich Brian? Pilihan peribadinya untuk koleksi yang cukup menarik ini ialah GA-2100 yang terkenal dengan daya tahan lasaknya.
Lebih menarik inspirasi dari reka bentuk dan estetika jam lain dalam warisan G-SHOCK, dikenali dengan bezel oktagonal dan reka bentuk minimalis. Nostalgia dibina di atas kerangka masa.
Reinterpretasi Brian ini diilhamkan dari sebuah gitar membuatnya jatuh cinta kepada muzik ketika zaman kanak-kanak di Indonesia. Warna asas hijau laut yang mencolok dipadankan dengan aksen merah jambu salmon, menyinggung kenangan gitar yang menjadi obsesinya semasa kanak-kanak.
Bagi menyempurnakan keterampilan jam G-SHOCK ini tampil lebih istimewa, tandatangan Brian menghiasi bahagian belakang case, hampir seperti sebuah penghormatan buat artis muda sepertinya dari Casio G-SHOCK itu sendiri.
Dalam suatu cara, reinterprestasi ini berfungsi sebagai peringatan akan asal-usulnya dan usaha tanpa henti dalam mencapai keahlian seni. Apa yang dilihat tidak pernah sama dengan apa yang diperoleh dengan Brian.
G-SHOCK x RICH BRIAN ini bakal diperkenalkan di pasaran tempatan pada harga MYR 675 dan boleh diperolehi secara dalam talian menerusi https://gshock.casio.com/my/g-news/new-releases/2023/rich-brian/, serta di semua kedai G-SHOCK dan beberapa kedai pengedar utama bermula 15 Disember 2023.
Buat peminat dan pengumpul G-SHOCK, ini merupakan koleksi pastinya menarik perhatian anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Nama MCKK baru-baru ini menjadi bualan dek kes buli yang berlaku. Namun tahukah anda? Sekolah yang pernah digelar Eton of The East ini banyak melahirkan pemimpin dalam pelbagai bidang. Ini antara mereka yang popular dan berjaya. #Maskulin#LelakiMaskulin#MCKK♬ The Champion – Lux-Inspira
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.