Ini bukan perkara yang kita semua boleh ambil ringan dan main-main lagi. Ya, kita perlu bertenang dan meletakkan kepercayaan kepada kemampuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sehingga kini telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.
Coronavirus kini menjadi topik bualan hangat dan merupakan satu perkataan yang sangat digeruni. Di peringkat global kes jangkitan terhadap virus yang berasal dari Wuhan, China ini telah merebak pada skala yang membimbangkan.
Antara negara terbaru yang paling teruk terjejas ialah Itali yang menyaksikan kes kematian kedua tertinggi selepas China iaitu seramai 826 orang.
Melihatkan senario terkini badan kesihatan dunia iaitu World Health Organization (WHO) telah mengumumkan bahawa Coronavirus sebagai pandemik.
Memetik laporan BBC, Ketua WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kes yang berlaku di luar China telah meningkat sebanyak 13 kali ganda sejak dua minggu lalu. Dan beliau melahirkan kerisauan terhadap tahap tindakan banyak negara yang agak perlahan.
Secara definisinya pandemik bermaksud penyakit yang merebak ke beberapa negara di dunia dalam tempoh waktu yang sama.
Jelas Dr Tedros lagi, label pandemik yang diletakkan oleh WHO tidak bermakna segala nasihat dan prosedur yang disyorkan oleh mereka telah berubah.
Beliau menyeru pihak pemerintah global untuk bertindak lebih pantas dan agresif bagi mengawal penularan virus tersebut.
“Beberapa negara telah membuktikan bahawa virus ini boleh dikekang dan di kawal. Cabaran kebanyakan negara adalah berdepan dengan jumlah komuniti yang besar atau transmisi komuniti di mana langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan dengan lebih pantas”.
Kita hadapi cabaran ini bersama-sama dengan melakukan apa yang patut dan melindungi orang awam di seluruh dunia. Ia boleh dilakukan,” jelasnya yang turut menggesa beberapa buah negara untuk mengambil labgkah lebih drastik untuk mencegah penyebaran Coronavirus.
Sebagai orang awam kita pasti pernah mendengar ketiga-tiga istilah endemik, epidemik dan pandemik. Namun besar kemungkinan anda sendiri tidak pasti apakah maksud setiap istilah tersebut dan serta perbezaannya.
Ikuti penjelasan yang turut dikongsi oleh KKM di laman media sosial.
ENDEMIK
(Ed-demik = di dalam – daerah/orang)
Kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar yang stabuil dan rendah.
Contoh: demam denggi di Malaysia
EPIDEMIK
(Epi-demik = di kalangan – daerah/orang)
Kejadian penyakit yang naik secara mendadak melebihi kadar biasa dan dilihat dalam komuniti dalam tempoh masa tertentu. Juga dikenali dengan istilah ‘wabak’.
Conoth: Kajadian polio di Sabah (2019)/
PANDEMIK
(Pan-demik = semia-daerah/orang)
Kejadian wabak besar-besaran di senatero dunia atau global. Ia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang sangat besar. Kebiasaannya melibatkan jangkitanmpenyakit baharu (Novel).
Contoh: Tragedi ‘Black Death’ yang berlaki di antara kururn ke-14 ke kurun ke-17 melibatkan kematian 2/3 dunia (peyakit hawar/Yersina pestis).
Anda boleh ikuti perkembangan jumlah kes dan kematian peringkat global secara live di laman sesawang berikut:
https://www.worldometers.info/coronavirus/
https://infographics.channelnewsasia.com/covid-19/map.html