Apa agaknya jika isteri kita tiba-tiba meninggal dunia? Mampukah kita uruskan anak-anak sebaik mana isteri kita pernah lakukan semasa hayatnya?
Bila kali terakhir kita sebagai lelaki teliti tubuh anak? Ada kudis ka, panau ka, lebam ka, kuku tak potong ka, kuku sampai hitam ka?
Diakui.. lelaki memang sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan isteri menjadi individu hebat yang mampu memantau kesemua itu biarpun dia juga bekerja.
Menerusi sebuah coretan individu yang dikenali sebagai Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang merupakan seorang lelaki, suami serta ayah, pengalamannya merawat seorang anak kecil yang sakit perut dan mendakwa ayahnya tak pandai masa mengundang perasaan hiba ramai orang termasuk lelaki.
Berikut adalah coretan penuh yang boleh dibaca :
Ternyata perkongsian daripada Dr. Kamarul mengundang rasa hiba sekali gus membuka mata ramai orang bahawa pentingnya untuk bersiap sedia dalam sebarang kemungkinan.
Dan ini antara komen wargamaya yang berkongsi perasaan menerusi penulisan yang telah dikongsikan sejak semalam :
Jadi itulah serba-sedikit kisah meruntun hati yang terjadi dalam masyarakat kita. Si ayah sibuk kerana kerjaya dan anak, entah bila kali terakhir kita cakna tentangnya.
Kredit : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan