Ramai orang yang berdepan masalah kemurungan suka memandamkan rasa. Malah ada juga yang berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain, apatah lagi berkongsi masalah yang mereka alami.
Jadi bagaimanakah kita dapat membantu mereka? Kajian terbaru menunjukkan status Facebook yang dimuat naik oleh pesakit kemurungan mempunyai karakteristik tersendiri.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh Public Health Malaysia tentang perkara ini. Menerusi posting tersebut, mereka menggelarkan situasi ini sebagai ‘tangisan digital’. Rupanya kajian menunjukkan seseorang yang murung akan sering gunakan perkataan dan bentuk ayat tertentu.
BACA:
Jom ikuti secara lanjut perkongsian tersebut.
Tangisan Digital
Tanpa disedari, ramai individu di luar sana sebenarnya sedang “menangis” untuk mengharapkan bantuan.
Pengkaji telah menganalisa status Facebook yang telah dimuat naik oleh pesakit kemurungan.
Keputusan mendapati, pesakit pesakit ini sebenarnya telah mula menunjukkan tanda tanda “tangisan digital’ lebih awal.
✅ Mereka menggunakan perkataan kata ganti diri pertama ( Aku, Saya, Diriku)
✅ Mereka sering mengadu mengalami gejala fizikal seperti ” Penat, Sakit, Letih, Pedih, Perit)
✅ Mereka menggunakan perkataan seperti (Bimbang, Takut)
✅ Status luahan yang lebih panjang dari biasa..
.
Jika ada rakan anda yang mula menggunakan perkataan perkataan ini dalam status mereka, ajak mereka berbual, hulurkan bantuan… jangan anda membawang dan membahan mereka pula.
Sumber
Facebook language predicts depression in medical records
Johannes C. Eichstaedt, Robert J. Smith, Raina M. Merchant, Lyle H. Ungar, Patrick Crutchley, Daniel Preoţiuc-Pietro, David A. Asch, H. Andrew Schwartz
Jadi jika anda ada rakan-rakan yang sering menggunakan perkataan-perkataan serta gaya penulisan seperti yang dinyatakan di atas, bantulah mereka. Peranan anda sebagai ahli keluarga atau kawan baik benar-benar diperlukan.
Siapa tahu dengan pertolongan walaupun ringkas boleh menyelamatkan mereka.