Fesyen

Converse Run Star Trainer, Siluet Baharu Inspirasi Rekaan Klasik

Share

Dalam dunia fesyen yang sentiasa berubah, Converse sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mampu melakukan adaptasi.

Terbaru, mereka hadir dengan rekaan yang cukup menarik apabila memperkenalkan siluet kasut terbaru mereka, Run Star Trainer.

Berbekalkan inspirasi dari pelbagai sukan seperti berlari, lawan pedang, bola tampar dan gusti, Converse membawakan elemen retro ke dalam dunia fesyen moden penuh gaya dan keunikan.

Run Star Trainer merupakan hasil sintesis komponen DNA Converse yang diolah semula untuk memberi nafas baru kepada kasut sukan.

Dengan menggabungkan hampir 20 siluet warisan yang pada asalnya direka untuk sukan seperti karate, bola sepak dan lompat kijang, Converse berjaya mencipta sesuatu yang mengagumkan.

Corak tapak luar yang diilhamkan dari Chuck Taylor All Star dan logo bintang dari Run Star Hike, yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2019, menjadikan kasut ini simbol kehebatan dan warisan Converse yang tidak boleh dinafikan.

Gabungan Seni Moden dan Tradisional

Menariknya, Run Star Trainer juga mengambil inspirasi dari seni moden melalui pelbagai medium seperti tembikar.

Kasut ini bukan sahaja menonjolkan reka bentuk yang unik, tetapi juga memberikan dimensi yang kaya melalui penggunaan bahan seperti nilon, suede, dan kulit.

Pilihan warna yang berani seperti Golden Wren, Biru, Merah, Egret dan Hitam menambah lagi keistimewaan kasut ini. Lantas menjadikannya sebagai pilihan ideal buat mereka yang ingin tampil berbeza dan bergaya.

Selain itu, eksplorasi gaya sentiasa menjadi nadi mereka. Jenama ini tidak pernah berhenti mencuba dan bereksperimen dengan warna, kesesuaian, bahan dan perkadaran.

Run Star Trainer menjadi bukti kepada bagaimana Converse terus meneroka batasan fesyen dan sukan untuk mencipta sesuatu yang lebih baik.

GABUNGAN WARISAN

Direka dengan pandangan segar mengenai kesesuaian, bentuk, dan kedudukan, kasut ini menjanjikan keselesaan dan gaya yang sukar ditandingi.

Dengan pelancaran global pada 18 Jun 2024, Run Star Trainer kini tersedia di Converse.my dan Converse The Exchange TRX.

Bagi peminat Converse dan mereka yang menghargai gabungan warisan dan inovasi moden, kasut ini pasti akan menjadi tambahan yang sempurna kepada koleksi fesyen mereka.

BACA: 10 Baju Polo Terbaik Lelaki Di Pasaran, Pilihan Gaya Wajib Ada!

Run Star Trainer bukan sekadar kasut; ia adalah manifestasi perjalanan dan evolusi jenama Converse.

Dari inspirasi sukan tradisional hingga seni moden, kasut ini merangkumi semua elemen yang menjadikan Converse satu jenama yang ikonik.

Jadi, bersedialah untuk melangkah dengan penuh gaya dan keyakinan bersama Run Star Trainer – di mana warisan bertemu dengan inovasi moden.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim