Converse Perkenalkan Iterasi Terbaru Model Chuck Taylor Menerusi Siri CX

Share

Tidak dapat dinafikan Converse merupakan kasut atau sneakers yang mempunyai signifikasi cukup besar dalam dunia muzik dan juga budaya popular.

Sebut sahaja tentang jenama Converse pasti kita akan terus terbayang akan model kasutnya yang sangat popular dan cukup ikonik iaitu Chuck Taylor dan juga One Star.

Namun selepas beberapa dekad Converse kini ingin mencuba sesuatu yang baru. Jenama berasal dari Massachussetts kini keluar dari kepompong identiti tradisinya dengan memperkenalkan model terbaru dengan siri koleksi Converse CX.

TEKNOLOGI INOVATIF

Converse CX merupakan kasut yang direka berasaskan gaya hidup dan juga inovasi penggunaan efektif hasil daripada inovasi Chuck Taylor lalu menghasilkan tiga silhoutte terbaru iaitu All-Star Disrupt CX, Chuck Taylor Disrupt CX dan Chuck Taylor All Star CX.

Ketiga-tiga model dari siri CX ini menepati kriteria ‘3F’ diperkenalkan Converse iaitu form, fit dan fucntion.

Penghasilan model terbaru Converse yang memenuhi krtiteria 3F dfapat dicapai dengan menggunakan bahan terbaru.

MATERIAL & REKAAN TERKINI

Pertama sekali, model CX menggunakan kanvas boleh regang yang memberikan sensasi seperti stoking dan memberikan ketahanan dalam jangka masa panjang.

Penggunaan sistem cushioning juga dipertingkat dengan menggabungkan alas kasut PU dan tapak kasut dari foam Phylon.Dan akhir sekali rekaan luaran tapak kasutnya yang memberikan dimensi baru untuk kestabilan dan fleksibiliti.

Kesemua model terbaru dari siri Converse CX ini dijangka berada di pasaran penghujung bulan ini di lokasi terpilih.

Published by
Farizul Izwany