Dunia fesyen dan seni sering kali bertemu di persimpangan kreativiti, dan kali ini, Converse Malaysia mengambil inisiatif untuk menjadikan persimpangan ini lebih bermakna melalui aktivasi “Creative Exploration”.
Berlangsung di bawah kempen global ‘LOVE, CHUCK’, program ini bukan sekadar satu pameran seni, tetapi satu usaha kolaboratif yang menyatukan industri fesyen, akademik, dan komuniti seni tempatan.
Dirasmikan 28 Februari lalu, Balai Seni Negara akan menjadi saksi kepada pelancaran rasmi Creative Exploration, satu kolaborasi dinamik antara Converse Malaysia, Balai Seni Negara, serta institusi pengajian tinggi ternama seperti UiTM dan MIA.
Turut hadir memberikan sokongan, ialah tetamu kehormat, YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar, Setiausaha Politik Kanan YAB Perdana Menteri Malaysia. Pelancaran ini menandakan satu langkah ke hadapan dalam menyokong bakat seni muda tempatan.
Seni dan Fesyen, Kombinasi Unggul
Kasut Chuck Taylor bukan sekadar sepasang kasut biasa. Ia adalah kanvas kosong yang membuka peluang kepada ekspresi tanpa batasan.
Menerusi inisiatif Creative Exploration, pelajar-pelajar seni dari UiTM dan MIA akan diberi peluang untuk menjadikan kasut ikonik ini sebagai medium ekspresi seni mereka.
Hasil karya mereka bakal dipamerkan di Art Depot, Balai Seni Negara bermula 28 Februari hingga 12 April 2025. Karya-karya ini akan dipilih untuk dipamerkan di beberapa butik utama Converse sekitar Lembah Klang.
Ads
Menurut Ketua Pengajian Seni Reka dari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM, Dr. Shaliza binti Mohd Shariff, “Creative Exploration ini adalah satu contoh kegiatan yang kami raikan.
“Ia adalah satu peluang yang unik dan menarik untuk pelajar-pelajar kami mengembang sayap dan bakat mereka. Ada banyak lagi yang boleh kita terokai dan cuba melalui aktivasi-aktivasi seperti ini, dan kami berharap yang kerjasama ini tak akan berakhir di sini saja,” jelasnya lagi.
Platform Generasi Seni Muda
Bagi pelajar yang menyertai program ini, ia bukan sekadar satu pengalaman akademik. Mereka diberikan peluang untuk melihat bagaimana hasil seni mereka boleh diterjemahkan ke dalam dunia fesyen komersil.
Selain itu, program ini juga membuka ruang kepada mereka untuk membina jaringan dengan penggiat seni, pihak industri, dan juga institusi seni berpengaruh seperti Balai Seni Negara.
Ads
Bagi Balai Seni Negara sendiri, aktivasi seperti ini adalah peluang untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemangkin seni kontemporari Malaysia.
Dengan memberikan ruang kepada bakat muda, ia secara tidak langsung membantu membentuk ekosistem seni yang lebih berdaya saing dan inovatif.
Masa Depan Kolaborasi Seni dan Fesyen
Creative Exploration bukan sekadar projek jangka pendek. Ia dirancang sebagai satu inisiatif mampan yang dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan.
Dengan kejayaan awal ini, tidak mustahil kita akan melihat lebih banyak kolaborasi seumpama ini yang memperkasakan seni kreatif tempatan dalam konteks yang lebih luas.
Bagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri hasil kreativiti luar biasa ini, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pameran Creative Exploration di Art Depot, Balai Seni Negara bermula 28 Februari hingga 12 April 2025.
Dengan gabungan seni, fesyen, dan ekspresi kreatif, pameran ini menjanjikan pengalaman yang bukan sahaja menginspirasikan tetapi juga membuka mata terhadap potensi besar bakat seni tempatan kita.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Trend rambut lelaki lantas berubah dari satu gaya ke satu gaya yang lain, malah ada gaya yang pelik namun masih mendapat sambutan.
Jadi jom kita kenali, maksud tersirat sifat seseorang lelaki menerusii gaya rambut yang gemar digayakan.
1. Rambut Panjang
Seorang lelaki yang berjiwa klasik, mereka mempunyai kelebihan yang halus, kreatif dan bijak menyusun karakter diri agar bersesuaian dengan sifat orang di sekelilingnya.
2. Rambut Kerinting
Mereka adalah antara individu yang menyeronokkan, peramah dan mudah bergaul. Mereka juga sangat cekap dan kreatif dalam menyelesaikan tugasan harian. Selain itu, lelaki berambut kerinting juga rata-ratanya gemar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lasak dan adakalanya dilabel sebagai “sexy looking guy” oleh para gadis.
3. Fesyen Belah Tengah
Merupakan jenis lelaki yang tidak pernah mengenal erti kalah. Mereka akan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya. Sifat mereka juga unik jika hendak dibandingkan dengan lelaki-lelaki bahkan tidak semua orang mampu menjadi tekun seperti mereka.
4. Rambut ‘Pacak’
Mereka adalah golongan lelaki yang paling pandai menyimpan memori terindah, romantis dan halus jiwanya bahkan, mereka sentiasa dahagakan perhatian dan gemar mencari publisiti atau dalam bahasa pasarnya disebut sebagai “mencapap”.
5. Separa Panjang Sambil Rambut Depan Ditolak Ke Tepi
Seperti Jack dalam filem “Titanic”, inilah lelaki comel pilihan ramai. Mereka adalah golongan jejaka yang paling romantis namun paling lama mengambil masa untuk bersiap! Mereka juga mampu menguruskan diri dengan baik dan sering menjadi tumpuan ramai wanita.
6. Potongan “Fade”
Nipis di bahagian sisi, ia menjadi stail pilihan lelaki yang berkeyakinan tinggi serta mempunyai bentuk badan sasa, mereka juga lazimnya suka menyimpan janggut agar sifat ‘kejantanan’ diri lebih menyerlah! Faedah lain untuk berhubungan dengan lelaki sebegini adalah mereka merupakan insan yang paling setia. Kalau sekali dah cakap sayang, memang sayanglah maknanya.
7. Botak
Bijak dan suka memikirkan tentang masa hadapan. Mereka bercita-cita tinggi dan tidak pernah gagal untuk membuat keputusan yang paling tepat dalam hidupnya. Insan yang menggemari stail rambut ini juga tidka suka berhadapan dengan benda-benda remeh, tak kisah apa yang orang hendak katakan diri mereka malah sangat setia kepada pasangan.
8. Man Bun
Lelaki yang bersifat moden, metroseksual dan tahu mengikut trend. Mereka adalah insan yang berkeyakinan tinggi dan tidak takut untuk menerima kritikan. Personaliti mereka juga menarik! Banyak yang perlu diselongkar untuk mengetahui lebih lagi tentang diri mereka ini.
9. Belah Tepi
Bijak, sedikit pemalu dan cepat cemas apabila berhadapan dengan situasi genting. Meskipun begitu, mereka senang bergaul dan mudah buat orang di keliling ‘jatuh hati’ dengannya.
10. Garisan Rambut Bentuk ‘M’
Potongan rambut yang menyerlahkan garisan rambut bentuk ‘M’ ini adalah pilihan lelaki yang macho. Namun begitu, mereka adalah lelaki yang berhati lembut, mudah tersentuh dan sangat cemburu. Karisma mereka tinggi dan mahukan kekasih atau wanita pujaan hatinya memberi perhatian yang sepenuhnya kepada mereka malah kadang-kala mereka ini pandai melawak!
Sumber: Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi penggemar gaya fesyen elegan lelaki di Lembah Klang, nama LORD’s mungkin sudah tidak asing lagi bagi anda. Sejak ditubuhkan pada tahun 1974, LORD’s telah menjadi pilihan bagi ramai golongan VIP dan juga selebriti tempatan.
Sesuai perkembangan semasa, LORD’s juga sentiasa menawarkan rekaan yang lebih segar, terkini dan mengikuti trend terkini namun dalam masa yang sama mempunyai sentuhan elegan, klasik serta keunikan rekaannya tersendiri.
Terbaru, LORD’s menampilkan buat pertama kalinya Crusie Collection yang tampil dengan rekaan lebih santai dan bertema kaya dengan warna. Ia merupakan koleksi terbaru mereka yang hadir dengan nuasa lebih kepada gaya smart kasual dengan pendekatan fesyen formal.
Menurut LORD’s, koleksi istimewa ini mengambil inspirasi daripada gaya santai dan warna-warni Havana Cuba. Setiap pakaian dan outfit yang ditonjolkan direka dengan penuh teliti di samping memberikan keselesaan buat pemakainya.
Potongan setiap rekaan pakaiannya juga direka dengan potongan yang lebih relaks dengan unstructured jacket dan seluar Gurkha menjadi tumpuan utama. Penampilan poket militari pada jaket pula serta pelbagai gaya seluar Gurkha menjadikan koleksi ini sebagai satu hasil seni yang cukup mempesonakan.
Fabrik yang digunakan juga berkualiti tinggi dengan menampilkan Italian-made linen dari Solbiati Linen by Loro Piana Fabrics dan kain kapas khaki dari Huddersfiled Textiles. Gabungan material linen untuk sut, chino bagi seluar dan cotton printed untuk jaket dipadankan menjadi seleksi premium bersama t-shirt polo cotton dan baju kasual Havana.
Koleksi penuh dari LORD’S yang menawarkan pelbagai warna ini kini boleh didapati di outlet mereka untuk pra-pesanan menerusi servis Made to Measure dan Bespoke. Ia juga bakal didapati untuk Ready To Wear bermula pada bulan Disember 2021 di outlet mereka di The Gardens dan Parkson Elite Pavilion KL.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.