Dikenali sebagai salah satu jenama yang cukup sinonim dengan dunia muzik, seni, fesyen dan gerakan sub-budaya, Converse kini tampil memperkasakan karyawan-karyawan serta seniman di rantau Asia Tenggara.
Menerusi kempennya yang terbaru, ‘Create Next’ ia digerakkan dengan matlamat bagi memperkasakan belia komuniti-komuniti kreatif dan seniman-seniman sub-budaya untuk lebih berkarya dalam bidan muzik, seni lukis, sukan, dan fesyen.
Berpusat di Asia Tenggara, kempen ini mengetengahkan belia-belia kreatif serantau dalam satu gerakan budaya yang bersepadu.
Program ini juga dilihat sebagai kesinambungan tradisi jenama Converse yang sudah lebih seabad mendukung budaya ekspresi diri, menghubungkan ahli-ahli muzik, seniman-seniman, atlit-atlit, serta pemimpi-pemimpi dan pemikir-pemikir muda serata dunia dan budaya untuk terus-menerus berkarya.
‘Create Next’ menyaksikan Converse berkolaborasi bersama-sama dengan ahli muzik, penari, pemain luncur dan juga seniman visual serta sinematografi dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Vietnam and Filipina.
Ia juga dilihat sebagai usaha merangsang dan memberikan inspirasi kepada Gen Z dengan bakat, kerja, dan pencapaian mereka.
Selain itu, kempen ini juga dilhat Converse sebagai satu satu seruan kepada generasi seterusnya untuk menggegarkan status quo dengan mereka cipta, membuat penemuan dan meluahkan diri mereka sambil meneroka gaya sendiri.
Melalui semangat baharu ini, Converse berharap dapat merangsang belia-belia kita untuk menjadi lebih kreatif dan menghasilkan karya-karya yang inovatif, memecah acuan, dan segar.
Kempen ini terdiri dari pelbagai aktivasi di setiap negara yang terlibat, sebuah filem pendek 60-saat, dan sebuah jeyarawara.
Jeyarawara ini menampilkan persembahan-persembahan muzik yang telah dijadualkan di beberapa lokasi yang popular di kalangan belia-belia dan komuniti-komuniti kreatif sekitar setiap negara yang terlibat. Converse Indonesia juga akan turut menjayakan konsert muzik Converse yang julung-julung kali di Indonesia pada akhir 2023.
Sebahagian besar kempen ini akan diterbitkan di Singapura, dengan bimbingan seniman sinematografi tempatan Marcus Chow Li Ming yang juga seorang Converse All Star. Penerbitan akan dijalankan di beberapa lokasi popular untuk Gen Z Asia Tenggara, dan akan menampilkan budaya-budaya dan belia-belia kreatif unik dari setiap negara.
Malaysia akan diwakili oleh seniman-seniman seni lukis muda yang berkarya dalam studio mandiri mereka sendiri. Singapura akan menampilkan sebuah lokasi penuh mural yang popular untuk belia-belia berhimpun; sebuah lokasi yang dimana budaya jalanan Singapura bermula.
Vietnam ditampilkan melalui babak-babak di pasar Ben Thanh yang bertempat di bandaraya Ho Chi Minh, simbol dan jiwa Saigon. Filipina pula mengetengahkan Poblacion Makati, sebuah ruang seni dan muzik yang menjadi latar filem pendek ini.
Antara artis-artis yang berkolaborasi dalam kempen ini termasuk:
• Seniman seni visual dan seni halus, Sofia Harun – Malaysia
• Kugiran, Late Night Frequency – Malaysia
• Peluncur, Camy – Malaysia
• Seniman kek, Charmwasabi- Malaysia
• Ahli muzik, Rizkia Laras (@rizia.laras) – Indonesia
• Rapper, Cito Gakso (@citogakso) – Indonesia
• Peluncur, Calgo (@_calgo) – Indonesia
• Penari, Nandita Nada (@nanditanada) – Indonesia
• Penari, Shamey (@shxmeelix) – Singapore
• Ahli muzik dan penari, Pay (@payxabengg) – Vietnam
• Ahli muzik dan penari, Ken San Jose (@kensanjose) – Filipina
Kempen ini akan dilancarkan Oktober ini di semua saluran Youtube Converse serta platform-platform media sosial negara-negara terlibat.