Push up atau tekan tubi adalah senaman yang sejak dari dulu hingga sekarang merupakan disiplin wajib dilakukan penggemar senaman. Malah ia merupakan bentuk senaman wajib dilakukan dan dipraktikkan di mana-mana organisasi badan beruniform.
Malah sejak di bangku sekolah kita diajar oleh guru pendidikan jasmani untuk melakukan senaman tekan tubi bagi menguatkan otot tangan dan perut. Tapi tahukah anda sehingga sekarang masih ramai yang menggunakan teknik salah ketika tekan tubi?
Lebih mengharukan lagi apabila teknik salah yang dilakukan itu boleh menjadi penyumbang kepada kecederaan.
Jadi apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan push up?
IKLAN
Jarak tangan terlalu lebar
Ini antara teknik yang salah! Banyak sumber mengatakan jarak kedudukan tangan semasa melakukan push up boleh mempengaruhi kesannya. Jarak tangan yang sempit (narrow grip push up/diamond push up) akan lebih menekankan kontraksi otot tricep dan jarak tangan yang lebar pula lebih menekankan kontraksi otot dada.
Akan tetapi jika jarak tangan yang terlalu lebar ia akan membahayakan anda karena terasa sangat berat lalu boleh sebabkan kecederaan.
IKLAN
Siku dibuka terlalu lebar
Semasa melakukan push up anda tak perlu membuka siku terlalu lebar. Senaman push up yang baik boleh diamati dari atas maka dan badan anda akan terlihat seperti anak panah. Dengan kata lain siku akan membentuk sudut 30 darjah terhadap tubuh.
IKLAN
Tidak melakukan secara penuh
Corak gerakan push up yang sebetulnya ialah dilakukan secara penuh atau one full repetition. One full repetition bermula dari bawah pada saat siku menekuk dan dada hampir menyentuh tanah.
Seterusnya angkat badan anda ke siku lurus. Ramai yang lakukan dengan hanya mengangkat tubuh sehingga siku tidak sampai lurus. Dan bila menurunkan tubuh pun banyak yang tak sampai ke bawah.
Kedudukan badan salah
Ketika melakukan push up tubuh anda harus lurus dan tidak boleh menekuk. Kebanyakan orang melakukan push up dengan badan mereka tidak ikut turun mengikuti kepala mereka sehingga yang terlihat naik turun hanya kepala saja dan terlihat seperti push up lumba-lumba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dugaan paling besar untuk orang yang sedang mengamalkan diet ialah menahan diri daripada makan makanan yang digemarinya.
Apatah lagi jika anda seorang yang memang suka makan atau dalam erti kata lain foodholics! Sebagai seorang pencinta pelbagai jenis makanan dugaan dan cabaran yang anda hadapi adalah berkali ganda lebih hebat berbanding orang lain.
Tapi adakah benar anda harus tinggalkan secara sepenuhnya makanan kegemaran anda selama ini? Sebenarnya ada cara yang anda boleh lakukan untuk terus menikmati makanan tersebut tetapi dengan syarat anda harus patuh dengan petua dan langkah di bawah.
Makan awal
Makan setiap 3 atau 4 jam. Ini adalah cara terbaik untuk anda kawal nafsu makan. Ini kerana apabila anda kerap makan (tapi dalam jumlah sedikit) setiap 3 ke 4 jam, secara tak langsung ia tak beri ruang untuk anda berasa lapar.
Kerap Minum Air
Air kosong boleh mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman manis. Malah, air kosong ini tidak mengandungi sebarang gula dan tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah. Minum masak dengan kerap agar anda kurang rasa lapar. Serius, ini sangat membantu.
Kunyah- kunyah secara sihat
Jenis yang kuat makan ni, mesti suka makan depan TV, bukan? Jadi, jika anda gemar mengunyah & makan ketika menonton TV pada lewat malam, sediakan snek yang sihat di rumah. Contohnya adan boleh gantikan snek makanan ringan dengan baby carrot. Bukan sahaja ranggup tetapi rendah kalori.
Jangan Mulakan Dengan Pencuci Mulut
Elakkan pencuci mulut ini sebagai permulaan hidangan, kerana gula dari pencuci mulut akan meningkatkan lagi selera makan anda. Sentiasa lah bermula dengan makanan yang lebih mengenyangkan (berserat & protein)
Kurang Kasih Sayang
Berapa banyak karektor dalam filem yang mengaitkan ais krim dan coklat setiap kali menghadapi kekecewaan dalam bercinta? Terlalu banyak, kan? Jadi carilah seorang kekasih dan cintai dengan sebaiknya agar dapat menstabilkan hormon dan emosi anda.
Kongsi makanan anda
Teringin merupakan perkataan yang paling susah nak elak. jadi, untuk menikmati makanan seperti donat, goreng pisang atau kerepek anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan. Amalkan pengambilan separuh,supaya anda tidak makan banyak. Dengan ini, dalam pada masa yang sama anda masih boleh menikmatinya tanpa perlu memakan dalam kadar yang banyak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kalau nak cepat kurus dalam masa sebulan pastikan anda ikuti panduan ini dalam misi untuk cepat kurus dan buang lemak. Yang penting, anda kena ada kesungguhan untuk berubah kepada fizikal yang lebih sihat dan mengagumkan.
Bukan lagi rahsia, 10 tip ini pasti boleh buat orang gemuk cepat kurus dalam masa sebulan. Apa lagi, jom mulakan hari ini!
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Minum 8 gelas air sebagaimana yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
Kajian menunjukkan kekurangan kalsium di dalam tubuh boleh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmeal.
Masukkan snek di antara waktu makan dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ini bermakna perut anda memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan mengambil makanan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Oleh itu pilihlah jenis snek yang mempunyai kandungan fiber dan protien yang tinggi seperti buah-buahan kering, biskut berfiber tinggi, yogurt dan kekacang. Anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya tiga makanan utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam) dan dua hingga tiga snek sehari.
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama! Pastikan anda cuba mengekalkan rutin tidur yang konsisten di mana waktu tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
Stres meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang terbaik untuk membantu anda mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain mendapatkan sedikit cahaya matahari, ia juga akan menaikkan kadar jantung anda dan anda dapat menghirup udara yang segar.
Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori, manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
Suplemen vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
Sekiranya anda suka mengambil makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin yang terkandung di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kedua dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau atau teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sesetengah yang percaya bahawa rasa dahaga tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.
Ada juga yang berpendapat warna air kencing juga boleh menandakan sama ada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna air kencing anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik, manakala warna urine yang agak kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.
Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambil kirakalori atau diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air tanpa perlu meminum air, anda juga boleh mendapatkan bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.
Dr Robert Young, seorang pengarang buku-buku perubatan alternatif yang menggalakkan pemakanan alkali, mencadangkan bahawa kita harus minum 1 liter air untuk setiap berat badan 22.7 kg atau 50 lb. Beliau mengukhususkan bahawa air di sini tidak termasuk kopi atau minuman ringan.
Jadi jom kita main kira-kira. Sekiranya berat badan terkini anda 55 kg (atau 120 paun), jadi setiap hari anda perlu mengambil kira-kira 2.4 liter air. Jumlah 2.4 liter jika disukat mengikut cawan, ia bersamaan dengan 250 ml, maka anda perlu minum sekurang-kurangnya 10 cawan air dalam satu hari.
Jadi, cuba bayangkan jika anda atau kawan yang mempunyai berat badan berlebihan sehingga 100kg (atau 220paun)? Ini bermakna dia perlu minum sebanyak 4.4 liter air. Wah! banyak betul, kan.
Buah pinggang tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut. Tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada air kencing. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.
Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar cecair terus ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, pitam, pengsan dan boleh mengakibatkan kematian.
Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, iaitu ia bukan semata-mata air kosong.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“3 rakyat Malaysia cipta teknologi pengecasan tanpa wayar di angkasa, bulan”, itulah tajuk utama laporan media tempatan yang membawa nama mereka menjadi sebutan dan meraih perhatian MASKULIN kali ini.