
Material kulit terang dan pakaian knitwear mendominasi pentas peragaan yang ditampilkan oleh Stuart Vevers sempena pengenalan COACH Spring/Summer 2020 Collection.
Jenama mewah COACH tampil menerusi seksyen terbaru New York’s High Line pada Selasa lalu dengan koleksi lelaki dan wanita. Menurut Pengarah Kreatif COACH, Stuart Vevers rekaan koleksi kali ini ditonjolkan untuk meraikan bandar New York yang menjadi nadi utama rekaan kali ini.

BACA: Justin Timberlake Antara Selebriti Meriahkan OMEGA Masters Celebrity 2019!
Selain pakaian sudah semestinya koleksi beg mereka yang paling ditunggu-tunggu oleh penggemar jenama ini. Sebanyak 78 buah beg dengan setiap satunya mewakili perkembangaan rekaan COACH sepanjang sejarah 78 tahun jenamanya.
Membawa warna-warna yang terang serta attitude New Wave, rekaan COACH pada kali ini jelas tampil lebih ilustrasi pop energetik.
Antara selebriti yang paling menjadi tumpuan hadir pada persembahan koleksi ini ialah Micahel B. Jordan, duta menswear COACH.
Manakala tidak ketinggalan dua orang selebriti dari Malaysia iaitu Joe Flizzow dan Fazura yang diterbangkan khas untuk turut serta menyaksikan persembahan koleksi ini.
Kedua-dua selebriti popular tanah air tersebut turut serta dalam pelbagai persembahan COACH yang lain sepanjang NYFW 2019.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Baiki Kasut Tertanggal Tapak, Pilih Gam Jenis Ini Baru Betul!

Kalau tapak kasut kegemaran anda dah start tanggal, jangan terus fikir nak buang. Dalam artikel ini kita akan tunjuk cara pilih gam yang tepat untuk kasut anda.
Jom kita selamatkan kasut kesayangan dan duit anda dengan cara yang berbaloi!
Caranya boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Muhammad Faris Abdullah.
DIY baiki kasut tertanggal tapak
Hari ni saya ingin berkongsi tips gam kasut. Kasut anak saya dah lama tanggal. Sebab apa saya gam kasut sendiri dan tak hantar ke cobbler?
Sebab tukang kasut busy katanya kena tunggu sebulan siap banyak order. Saya juga suka DIY tukang sendiri je. Gam je pun bukan suruh bina rumah.
Tapi gam kasut kena ada cara dan teknik. Salah pakai gam kasut tak tahan lama sekejap je tanggal. Gam kasut pakai gam jenis Contact Adhesive (CA).
Gam ini dia berbeza dengan gam super glue 3 second. Gam CA ini macam “getah”. Sesuai untuk gam kasut. Gam super glue dia keras tak sesuai mudah tanggal.
Bahan: Gam Dunlop Kuning. Nak pakai yang putih pun ok ada yang kata putih lagi bagus. Atau nak pakai gam kasut search je kat Shoppee “shoes glue” pun sesuai cara pakainya sama.
Cara gam
1) Bersihkan tapak permukaan kasut jangan ada pasir atau kotoran. Pastikan kering jangan basah. Jangan berminyak.
2) Sapukan gam pada kedua dua bahagian kasut. Tapak dan Kasut. Kalau ada berus lagi bagus saya pakai kayu je. Pastikan sapu pada kedua dua bahagian jangan sebelah saja nanti tak jadi! Berbeza dengan gam 3 second kalau pakai gam 3 second dia letak di satu bahagian saja.
3) REHATKAN KASUT SELAMA 30 MINIT! BIAR GAM KERING. JANGAN TERUS SAMBUNG NANTI TAK JADI! GAM KALAU BASAH DIA BERSINAR. KALAU DAH KERING NAMPAK DIA KERING.
4) Selepas gam kering (30 minit), gabungkan kedua-dua permukaan.
5) Biarkan selama 24 jam sebelum dipakai. Jangan pakai sebelum 24 jam biar dia kering dan kuat.
6) Selepas 24 jam baru kasut ready untuk dipakai boleh tahan 6-12 Bulan bergantung kepada penggunaan.
Ngam. Ingat gam kasut tak sama dengan gam superglue. Gam superglue keras dan mudah tanggal. Gam kasut ini Contact Adhesive. Kenyal elastik dan kalis air. Gam kalau tak habis boleh simpan dalam store jangan pergi sedut pulak!
Semoga bermanfaat.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Sumber: Muhammad Faris Abdullah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
7 Tawaran Online Sempena Ramadhan Untuk Seisi Keluarga. Barulah Betul-Betul Raya

Puasa tahun ni macam terlalu sibuk aje kan? Mungkin bagi anda masih awal lagi untuk memikirkan tentang pakaian dan perkakas raya. Namun, jika anda terlalu sibuk sepanjang Ramadhan ni, mungkin anda boleh scroll telefon anda dan pilih barangan raya untuk persiapan pagi raya nanti. Ini antara Online Shooping Website yang boleh anda lihat untuk beli barang raya. Boleh beli untuk isteri dan anak-anak. Mudah dan cepat:
Aladdin Street
- Sekiranya anda seorang pemegang kad Maybank, kami ada berita baik untuk anda. Dapatkan diskaun tambahan RM10 apabila anda membuat bayaran dengan Maybankard anda dan gunakan kod diskaun MBBRAYA. Sah dengan perbelanjaan minimum RM50. Berakhir 30 Jun.
Ezbuy
- Gaya Raya – Nikmati pengurangan flash sales sehingga 50% ke atas barangan fesyen Muslimah seperti jubah, selendang, dan lebih lagi. Berakhir 17 Mei.
FashionValet
- #fvraya2018 – Raikan gaya Lebaran dengan jenama designer seperti Emel, POPLOOK, aere, dan banyak lagi. Jika anda mengikuti perkembangan Vivy Yusof dan suaminya Fadza, maka anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat 2 orang ini memperagakan produk bawah naugan mereka. Jangan lepaskan peluang ok!
Lazada
- Nikmat Dikongsi Bersama! Jimat atas barangan runcit, keperluan rohani dan banyak lagi. Jangan terlepas tawaran eksklusif seperti penghantaran percuma dan jualan kilat dari 22 Mei hingga 1 Jun 2018.
Shopee
- Cahaya Raya Bersama Shopee – Berseronoklahdi bulan Ramadan dengan produk wajib dengan diskaun besar sehingga 90% diskaun ekstra RM12 dengan kod RAMH01. Berakhir 17 Jun.
Jangan lupa datang ke Karnival Karangkraf yang akan berlangsung pada 1-3 Jun 2018! Dengar cerita dapat Duit Raya!!!!!
Teezbee
- Hari Raya Storewide Sale – Belilah baju Raya rompers yang “customized” untuk si kecil dengan hanya RM35. Jangan lepaskan koleksi Raya mereka juga!
Zalora
- #zaloraya2018 – Zalora bergabung dengan berpuluh-puluh pereka tempatan serta antarabangsa untuk membawa kepada anda pakaian yang paling eksklusif untuk Raya 2018. Berjimatlah sehingga 70% diskaun ke atas pakaian yang terpilih juga. Pada 16 May sahaja, nikmati diskaun tambahan 25% ke atas item istimewa terpilih Ramadan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Pomade Paling Senang Nak Dicuci Selepas Dipakai

PENAMPILAN RAMBUT YANG KEMAS DAN MENARIK TIDAK HANYA MILIK WANITA. DALAM MAJORITI TAYANGAN IKLAN, DRAMA JUGA FILEM, GAYA RAMBUT LELAKI DITAMPILKAN PENUH KEMAS DAN SEGAK YANG MENYERLAHKAN LAGI DAYA MASKULIN.
BAGI KAUM ADAM, RAMBUT YANG BERSIH DAN BEBAS KELEMUMUR SEMEMANGNYA MENJADI ASET BERHARGA UNTUK MEREKA. IA JUGA DIKATAKAN SERING BERTINDAK SEBAGAI DAYA TARIKAN LELAKI UNTUK MEMIKAT HATI WANITA IDAMAN.
Selain bersyampu dan merapikan rambut, penggunaan produk untuk membentuk rambut juga menjadi satu kemestian bagi lelaki moden. Pomade adalah sejenis minyak rambut yang diperbuat daripada zat minyak atau lilin yang digunakan untuk pengayaan rambut. Pomade membuat rambut kamu lebih licin dan kilat. Nampak seperti basah tetapi tidak. Ia memberi ketahanan kepada rambut ketika kamu mengayakan stail rambut kamu itu. Kalau kamu nak tahu, pomade zaman sekarang berbeza dengan Pomade zaman dulu. Dulu gunakan lemak beruang atau khinzir sebagai bahan asas. Pada zaman sekarang mereka menggunakan Lanolin, Beeswax dan Petroleum Jelly. Pomade terkenal di kalangan lelaki kerana dapat membuat rambut menjadi keras! Kita boleh lihat pelbagai jenama pomade yang sedia ada ketika ini. Siap ada perisa buah-buahan lagi. Seperti kita tahu, pomade kini dijual dengan harga yang agak tinggi (mahal juga sebenarnya) tetapi kamu harus tahu juga kelebihan dan keburukan memakainya.
Kelebihan
- Membuat rambut seperti baru lepas mandi (kira nampak fresh la bila orang tengok tu).
- Membuat rambut duduk dalam keadaan rapi dan tidak mudah di tiup angin.
- Mudah untuk kamu mengayakan rambut mengikut cita rasa kamu sendiri.
KAMI LISTKAN BEBERAPA JENIS POMADE YANG SANGAT BAGUS, MURAH DAN TAHAN LAMA!
HIPSTER POMADE (VANILLA)
RM35.00
SUAVECITO POMADE – Original Hold
RM55.00
Suavecito pomade (ORIGINAL HOLD) Suavecito pomade adalah pomade berasaskan air yang mempunyai bau yang hebat dan mampu menjaga rambut anda rapi sepanjang hari. Suavecito pomade boleh dibasuh dengan air. Sabun atau syampu tidak diperlukan untuk membersihkan pomade. Tiada bahan kimia!
Gunakan pada rambut yang lembap, letakkan sedikit di telapak tangan anda gosokkan telapak tangan dan jari anda untuk memanaskan produk. Sapukan secara merata ke rambut anda. Sikat rambut anda ke dalam gaya yang diingini.
SUAVECITO PREMIUM BLENDS HAIR POMADE
RM75.00
Dicipta dari campuran kualiti terbaik berasaskan air berasaskan pomade dan berasaskan berasaskan minyak. Tidak boleh merosakkan rambut pengguna atau kulit kepala. Pomade ini boleh bertahan sepanjang hari dan pengguna tidak akan merasa renyah dan kekal selesa. Mudah dibasuh dan tahan lama, tidak berminayk. Dicipta untuk kepala yang sihat dari bahan semula jadi seperti Minyak Kelapa, Minyak Jojoba dan Minyak Lavender Tiada aroma buatan, warna atau bahan kimia.
JS SLOANE POMADE – HEAVYWEIGHT BRILLIANTINE
RM75.00
Disyorkan untuk menggunakan pada rambut kering untuk rasa yang lebih mudah diurus dan sepanjang hari menyegarkan. Letakkan brilliantine kecil ke telapak tangan, gosok sekali dengan kuat, kemudian keluarkan tangan ke atas rambut dari depan ke belakang. Ini boleh diulang pada sisi untuk melihat licin tambahan. Anda juga boleh menambah beberapa titis air di tangan untuk kelihatan licin, menyikat rambut ke dalam gaya yang diingini.
MAGNUM POMADE
RM40.00
Gosok sebilangan kecil sama rata melalui rambut lembap dan gaya yang dikehendaki. Untuk restyling, tambah sedikit air untuk mengaktifkan semula pomade. Mudah dibasuh dengan air
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI