
Adakah anda pernah mengalami situasi di mana anda sudah minum air banyak-banyak ketika sahur, tetapi seawal jam 9 atau 10 pagi sudah terasa haus?
Jangan risau, anda tidak keseorangan! Menurut Coach Oci, terdapat enam sebab utama mengapa rasa dahaga cepat menyerang walaupun sudah minum air yang mencukupi.

Terlalu Banyak Minum Air Manis
Minuman manis seperti teh ais, sirap atau jus buah memang sedap, tetapi kandungan gula yang tinggi boleh membuatkan badan lebih cepat kering.
Sebaiknya, kurangkan pengambilan air manis dan lebihkan air putih semasa sahur. Pilih air kosong atau infused water yang lebih menyegarkan.
Bersenam Berlebihan Selepas Sahur
Bersenam memang bagus untuk kesihatan, tetapi jika melakukan senaman berintensiti tinggi selepas sahur, badan akan kehilangan banyak air melalui peluh.
Ini menyebabkan anda mudah haus walaupun sudah minum air dengan banyak.
Jika ingin bersenam, pilih senaman ringan seperti stretching atau berjalan kaki supaya badan tidak kehilangan terlalu banyak cecair.
Pengambilan Makanan Tinggi Garam
Makanan berkuah seperti sup, mi segera atau makanan proses yang tinggi kandungan garam boleh menyebabkan dehidrasi.
Garam berlebihan membuatkan badan menahan air dan memberi isyarat kepada otak untuk minum lebih banyak.

Minuman Berkafein
Kopi dan teh adalah minuman kegemaran ramai, tetapi kandungan kafein yang tinggi boleh merangsang badan untuk membuang air kecil lebih kerap.
Ini menyebabkan badan kehilangan lebih banyak air dalam tempoh yang singkat.
BACA LAGI : Cara Bakar Kalori dengan Mudah Tanpa Perlu ke Gim!
Makanan Terlalu Pedas
Makanan pedas semasa sahur mungkin boleh meningkatkan selera makan, tetapi ia juga boleh menyebabkan badan cepat kehilangan air melalui peluh dan mempercepatkan rasa haus.
Jika suka makan pedas, pastikan anda menyeimbangkan dengan banyak minum air kosong.
Minum Air Terlalu Banyak Dalam Tempoh Singkat
Ramai yang beranggapan minum air banyak dalam satu masa ketika sahur dapat mengelakkan dahaga, tetapi sebenarnya ia boleh menyebabkan badan cepat membuang air melalui kencing.
Sebaiknya, minum air secara berperingkat sepanjang malam sebelum tidur dan ketika sahur.
Minum segelas air setiap jam bermula dari berbuka sehingga sahur untuk memastikan badan terhidrat dengan baik.
Dengan mengenal pasti punca-punca ini, anda boleh merancang sahur dengan lebih bijak untuk kekal bertenaga dan kurang rasa haus sepanjang hari.
Jangan lupa, amalkan pemakanan seimbang dan minum air secukupnya agar puasa anda berjalan lancar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI