Ramai yang menyangka sakit lutut boleh menghalang seseorang daripada bersenam. Sebenarnya ada banyak senaman efektif dan sesuai boleh diamalkan jika anda sakit lutut.

Selain berat badan berlebihan, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan anda alami sakit lutut, antaranya trauma dari kemalangan dan faktor genetik.

Coach Kholis Kongsi 3 Senaman Efektif, Sesuai Untuk Si Badan Besar Yang Sakit Lutut Cuba!

Coach Kholis Kongsi 3 Senaman Efektif, Sesuai Untuk Si Badan Besar Yang Sakit Lutut Cuba!

Menurut Jurulatih Kercergasan bernama Coach Kholis, ada pesertanya yang hilang semangat apabila berdepan dengan masalah sakit lutut sehingga mereka tidak boleh bersenam langsung. Dengan pengalamannya hampir 7 tahun dalam bidang kecergasan, Coach Kholis cuba untuk memastikan mereka dapat bersenam tanpa menambahkan lagi kecederaan yang di alami.

IKLAN

Untuk anda yang bermasalah dengan sakit lutut, Coach Kholis tidak menggalakkan sebarang aktiviti yang berimpak tinggi contohnya pergerakan yang memerlukan mereka untuk melompat atau berlari kerana ia dikhuatiri akan menambahkan bebanan terhadap lutut mereka.

“Saya akan memastikan peserta yang mengalami sakit lutut tahu senaman sesuai untuk mereka dan tidak terlalu memaksa diri mereka sehingga mendatangkan lebih kemudaratan. Saya juga menggalakkan peserta untuk berpegang pada konsep ‘listen to your body’ untuk memastikan mereka tidak ‘overtrained’ sehingga mendatangkan stres,” ujar Coach Kholis.

IKLAN

Ini kerana dalam usaha untuk menurunkan berat badan, menjaga pemakanan amatlah penting. Mengikut kajian, 70% usaha untuk menurunkan berat badan datangnya daripada pemakanan dan hanya 30% datangnya daripada senaman.

Jadi kepada anda yang mengalami kekangan masa untuk bersenam kerana pelbagai penyakit, jangan patah semangat kerana anda masih lagi boleh mengawal pemakanan. Sebaik sahaja berat badan sudah turun dan sakit lutut semakin berkurang, anda boleh mulakan aktiviti senaman secara berperingkat.

IKLAN

Coach Kholis Kongsi 3 Senaman Efektif, Sesuai Untuk Si Badan Besar Yang Sakit Lutut Cuba!

Bagi mengetahui cara yang sesuai untuk menurunkan berat badan, sebaiknya rujuk kepada menu Pinggan Sihat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Berikut ialah kadar pembahagian kelas makanan:

  • ½ drpd pinggan dipenuhi dengan fiber (contohnya: sayur-sayuran hijau)
  • ¼ drpd pinggan dipenuhi dengan sumber protein (contohnya: ayam, ikan & daging)
  • ¼ drpd pinggan dipenuhi dengan sumber karbohidrat (contohnya: nasi, pasta & kentang)

Selain mengikut menu Pinggan Sihat, elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi.

Senaman dengan kadar impak rendah untuk yang sakit lutut

  1. ‘Brisk walk’. ‘Brisk walk’ sesuai untuk mereka yang mengalami sakit lutut. Anda boleh berjalan secara santai di sekitar taman atau tasik berdekatan kawasan perumahan anda. Tingkatkan kadar kelajuan bergantung kepada kemampuan anda.
  2. Berenang. Berenang ialah salah satu aktiviti senaman yang sesuai untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mengelakkan bebanan berat badan diletakkan di lutut bila bersenam.
  3. Berbasikal. Berbasikal juga merupakan salah satu senaman yang rendah impak, mereka yang minat berbasikal boleh menjadikan sukan ini salah satu aktiviti senaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI