Coach Ini Kongsi Tip Super Jimat, Makan Kacang Kuda Untuk Bantu Anda Kurus!

Share

Siapa sangka kacang kuda yang anda sering lihat di kawasan Rehat & Rawat (R&R) atau kebanyakan pasar malam, rupa-rupanya menjadi sebahagian daripada diet sihat. Jika anda dalam misi menurunkan berat badan, jadikan kacang kuda sebagai daripada makanan diet yang boleh anda manfaatkan untuk kurus.

Seorang coach yang dikenali sebagai Syai Aizat berkongsikan tentang khasiat kacang kuda untuk kurus bersama resipi merebus kacang kuda. Jangan lupa senaraikan kacang kuda ini dalam menu diet harian anda.

KACANG KUDA BANTU UNTUK KURUS

Wow!!!! berita baik buat si penggemar kacang kuda ni.

Antara manfaat kacang kuda adalah:

1. Membantu Mengawal Paras Gula dalam Darah

Kacang kuda, seperti kacang-kacang yang lain merupakan satu bentuk karbohidrat kompleks yang tubuh badan dapat hadam secara perlahan-lahan dan digunakan untuk tenaga.

2. Meningkatkan rasa kenyang dan membantu mengurangkan berat badan

Kacang kuda sangat kaya dan tinggi dengan protein dan serat yang membantu menjadikan anda rasa kenyang dan mengelakkan anda daripada mengamalkan pemanakan snek yang tidak sihat.

Ianya turut membantu untuk mengawal paras gula dalam darah kita sekaligus mengekalkan tenaga kita.

3. Membantu proses pencernaan disebabkan kandungan serat yang tinggi

Kacang kuda merupakan salah satu daripada 20 makanan yang boleh disenaraikan sebagai tinggi kandungan seratnya.. Hakikatnya, kurang daripada 5 % daripada warga malaysia mendapatkan diet yang disarankan setiap hari.

Serat berfungsi memberikan proses pencernaan yang sihat dengan cara membuang dengan segera makanan melalui laluan pencernaan serta membantu mengurangkan simptom sembelit.

4. Memberikan vitamin dan mineral yang diperlukan

Khasiat kacang kuda juga mampu meningkatkan paras zat besi, zink, folat, phosphorus dan Vitamin B.

Semua itu sangat penting bagi golongan vegetarian yang sudah pasti akan kekurangan nutrien-nutiren ini disebabkan oleh tidak mahu mengambil produk daripada haiwan.

5. Sumber utama protein berasaskan tumbuhan

Protein adalah makro nutrien yang penting dalam memainkan peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi dalam badan, daripada organ-organ penting, otot-otot, tisu-tisu dan tahap hormon juga. .

Mengambil protein yang cukup secara sihat membantu anda melambatkan proses penuaan.

Saya share cara nak rebus kacang rebus. Mana tahu ada yang tak tahu caranya.

BAHANNYA:

1. Kacang kuda dibasuh dan direndam hingga kembang.
2. Sedikit garam.
3. Air secukupnya untuk merebus.

CARA-CARANYA:

Basuh kacang kuda,tuang air secukupnya. Masak guna api sederhana, apabila mendidih kecilkan api dan renehkan. Sekiranya semasa merebus airnya kurang, sila tambah lagi. Masukkan sedikit garam dan tunggu sehingga empuk.

Kacang rebus cara di atas lulus untuk membantu anda kurus tau bukannya yang dah disalut sambal yer.

Sila tag dan share tentang info manfaat kacang kuda ini.

Published by
Roselinda