Sakitnya mata bila tengok lengan berlemak dan menggelebeh. Lebih memburukkan penampilan apabila anda sarungkan t-shirt atau kemeja lengan pendek, nampak bergayut-gayut lemak di lengan.
Bagaimana nak sadokan lengan dan mengatasi lengan berlemak serta menggelebeh ini? Perkongsian dari laman web Coach Tengku Asmadi boleh membantu anda mendapatkan lengan mantap sekali gus membuang lemak-lemak degil itu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba!
Antara lemak yang paling sukar untuk dihapuskan adalah di kawasan sekitar lengan. Kali ini saya kongsikan 8 tips kecilkan lengan berlemak agar dapat body macam supermodel itu pun kalau buat apa tips saya beri ?
Cuba anda bayangkan apabila baju baru yang anda beli itu tidak dapat digayakan dengan sempurna dek kerana lengan yang besar. Badan saiz M tetapi lengan pula bersaiz L. Masalah bukan?
Oleh itu, ini saya sediakan tips ringkas bagaimana anda boleh hapuskan lemak di lengan secara efisien.
1. Kawal kalori anda
Untuk mengecilkan lengan, anda harus tahu saiz pengambilan kalori yang sepatutnya. Cuba kira kuantiti kalori yang anda ambil. Bagaimanapun, fokus kepada kualiti makanan dan bukannya kepada kuantiti makanan. Mengurangkan lemak di lengan sebenarnya lebih mudah berbanding di bahagian badan yang lain seperti perut dan pinggul. Amalkan diet sihat okay?
Tahukah anda bahawa 70% bahagian lengan adalah terdiri daripada air? Dan selebihnya adalah otot. Jika anda mahu mengurangkan lemak di lengan, anda harus tahu mengawal kadar pengambilan air dan hidrasi badan anda. Anda harus minum 8 hingga 12 gelas air sehari kerana dengan meminum air cukup, anda sebenarnya dapat mengeluarkan toksin daripada badan.
Bersenamlah. Ada pelbagai jenis senaman lengan yang boleh anda lakukan. Pastikan anda lakukan senaman yang bersesuaian dengan jantina anda. Kebiasaannya senaman yang anda boleh lakukan adalah dengan mengangkat botol mineral yang size 500ml ke atas dan lakukan secara berulang, bermula dengan kiraan 10 dahulu dan tambah bila dah selesa. Buat kedua-dua belah lengan kalau buat satu aje kan lain pulak sado sebelah ?
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, kawal cara pemakanan anda. Cuba ambil makanan yang mempunyai zat protein (ikan, daging yang tidak berminyak) serta karbohidrat (sayuran dan buah-buahan).
Siapa kata anda tidak akan ada masa untuk lakukan senaman jika masa anda hanya tertumpu untuk berada di pejabat? Meskipun anda duduk di meja pejabat sepanjang hari, sekali-sekala, lakukanlah regangan lengan. Setidak-tidaknya, ia dapat menghapuskan lemak lengan anda. Jangan malas untuk menggerakkan lengan anda! Dalam masa yang sama, ia turut bisa melancarkan aliran darah ke seluruh badan.
Tahukah anda jika anda menari selama 30 minit sehari anda sebenarnya dapat menghapuskan lemak di lengan? Menari dapat penggalakkan pergerakkan lengan anda tanpa anda sedari, bahkan ia juga tidak menyakitkan kerana anda sedang berseronok kala melakukannya ?
Ada pakar senaman yang berpendapat bahawa kaedah senaman lompatan “jumping jack” ini dapat menghapuskan lemak di lengan. Dalam masa yang sama, senaman lompatan ini turut bisa menguatkan otot-otot di badan.
Kedua-dua perbuatan atau senaman ini sememangnya memerlukan pergerakan tangan. Tekanan yang diberikan kepada bahagian tangan, lengan dan bahu secara tidak langsung bisa merangsang pembakaran lemak.
Jadi, apa anda tunggu lagi? Manfaat kesemua langkah ini untuk buang lemak berlebihan di bahagian lengan. Say no more to flabby arms! Tetapi harus diingatkan supaya anda perlu rajin. Jangan malas lakukan senaman serta tahan nafsu daripada makan makanan berkalori penuh.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti ramai perokok mahu berhenti merokok, tetapi bagi perokok tegar adalah sangat sukar bagi mereka untuk berhenti merokok. Ini kerana nikotin sudah menjadi sebati dalam tubuh badan.
Ini ada beberapa tip yang boleh diamalkan dan cuba secara semulajadi ini untuk mengurangkan ketagihan nikotin malah boleh menghilangkan terus ketagihan tersebut jika anda amalkannya dengan disiplin.
1. Halia
Salah satu simptom berhenti merokok adalah loya. Halia dipercayai dapat mengurangkan rasa loya. Hanya masukkan beberapa hirisan halia ke dalam teh atau air suam dan minum. Ia juga akan membuat anda tidak rasa untuk merokok.
2. Ginseng
Jika anda ingin memerangi keinginan merokok, maka ginseng mungkin boleh membantu anda. Anda boleh masukkan kira-kira satu sudu serbuk ginseng pada jus, bijirin, oat atau sup anda. Lebih baik mengambilnya pada waktu pagi kerana ia boleh melawan keinginan merokok sepanjang hari. Jika anda mendapati bahawa ia tidak mencukupi untuk melawan keinginan merokok anda, maka anda boleh meningkatkan dos atau mengambilnya dengan lebih kerap.
3. Jus anggur
Perkara yang penting untuk menghilangkan ketagihan adalah dengan menyingkirkan toksin daripada badan anda. Nikotin adalah salah satu daripada toksin ini, dan sebaik sahaja ia disingkirkan sepenuhnya, anda tidak sepatutnya mengalami sebarang ketagihan. Meningkatkan pengambilan air adalah cara baik untuk melakukannya, ia lebih cepat jika anda meminum jus anggur setiap hari. Asid dalam jus adalah detoksif semulajadi dan mereka akan meremajakan sistem anda dan membersihkan toksin dengan lebih cepat.
4. Vitamin
Multivitamin, terutama yang mengandungi Vitamin A, C, dan E sangat baik untuk membaiki badan anda dan memberikannya nutrien penting yang diperlukan untuk mengeluarkan toksin. Vitamin mengembalikan semula sistem anda dan memberi anda kekuatan untuk melawan ketagihan merokok.
5. Air
Sebab mengapa nikotin menyebabkan anda ketagihan adalah kerana ia meresap ke dalam tubuh badan anda dan menjadi toksin. Ia masuk ke dalam sistem anda dan sangat sukar untuk disingkirkan. Air adalah penyahtoksik semulajadi. Ia akan membersihkan sistem anda dengan lebih baik. Tubuh badan anda memerlukan air untuk mengatasi kesan berbahaya tembakau dan nikotin.
Ketika anda meninggalkan tabiat merokok, tubuh anda akan sembuh dengan sendirinya dan mula menyahtoksifikasi, tetapi air memberi rangsangan tambahan, dan mempercepat proses, membantu anda melawan ketagihan merokok.
Jadi selamat mencuba kami ucapkan dan moga tubuh badan anda semakin sihat.
Sumber: vapingdaily
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada enam manfaat yang diperoleh daripada buah eksotik ini.
Antipenuaan
Antioksidan menjadi antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Kehadirannya membantu menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.
Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.
Menghalang kanser
Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.
Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.
Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.
Kesihatan kardiovaskular
Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga mungkin boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.
Diabetes
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.
Di dalam kajian sama turut menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.
Penghadaman
Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.
Meningkatkan sistem imun
Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain.
Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.
Bagi mendapatkan manfaat buah naga kepada kesihatan tubuh, boleh cuba nikmati jus minuman yang menyegarkan ini. Caranya juga mudah dan tidak memerlukan kos besar untuk mengamalkan pengambilan diet yang menyihatkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KEKEJANGAN OTOT IALAH KONTRAKSI OTOT YANG KUAT DI LUAR KAWALAN. KONTRAKSI OTOT INI AKAN BERTERUSAN DAN BIASANYA TERJADI SECARA TIBA-TIBA.
Keadaan itu menimbulkan rasa sakit kuat yang mengganggu pergerakan anggota berkenaan. Kekejangan otot sering berlaku ketika bersukan dan menjalani aktiviti fizikal terutama dalam kalangan atlet.
PUNCA KEKEJANGAN DISEBABKAN PENGUMPULAN ASID LAKTIK DAN BAHAN TOKSIK SECARA BERLEBIHAN. PADA MASA SAMA, IA MENGAKIBATKAN KANDUNGAN OKSIGEN DAN NUTRIEN DI DALAM OTOT SEMAKIN BERKURANGAN.
KEKEJANGAN OTOT SELEPAS BERSENAM
– Kontraksi otot luar kawal yang menyakitkan berlaku semasa atau selepas bersenam.
– Kelesuan yang melampau iaitu kehausan otot berpunca daripada aktiviti yang melebihi tahap kemampuan.
– Fasa memanaskan dan menyejukkan badan yang tidak mencukupi.
– Hanya berlaku pada otot yang digunakan secara berlebihan daripada kemampuan.
Contoh kekejangan otot yang agak parah berlaku ketika bersenam.
KEKEJANGAN OTOT AKIBAT KELETIHAN
– Ia biasa berlaku dalam kalangan atlet yang banyak kehilangan elektrolit selepas berpeluh.
KEKEJANGAN OTOT AKIBAT CUACA PANAS
– Ia berlaku disebabkan kehilangan sejumlah besar kuantiti air dan garam di dalam badan terutama selepas bersenam pada suhu yang panas.
– Selalunya bermula di kaki tetapi boleh membabitkan bahagian yang lain.
FAKTOR KEKEJANGAN OTOT BERLAKU DISEBABKAN BERSENAM
Umur – Individu yang berusia lebih cenderung mengalami kekejangan otot disebabkan otot badan yang mula kendur dan mengecil. Anggota badan mudah letih ketika aktiviti fizikal.
Atlet – Atlet acara jarak jauh mudah mengalami kekejangan terutama apabila cuaca panas. Kecederaan yang dialami ketika menjalani latihan pada awal musim boleh juga menjadi punca.
Dehidrasi – Kurang pengambilan air tetapi berpeluh secara berlebihan boleh meningkatkan risiko kekejangan otot.
Obesiti – Otot yang menampung berat badan berlebihan sering mengalami kekejangan terutama pada bahagian kaki kerana kekurangan daya tahan.
Intensiti dan tempoh senaman yang berlebihan – Senaman berintensiti tinggi yang dilakukan secara berlebihan menjadi punca berlakunya kekejangan otot.
Teknik regangan otot yang salah – Regangan otot yang dilakukan secara sambil lewa sebelum memulakan senaman boleh mengakibatkan otot menjadi kejang.
PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN KETIKA KEKEJANGAN OTOT:
Berhenti dan berehat di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik.
Minum air yang mencukupi. Elak minum air berkafein yang akan merangsang anda membuang air kecil.
Letak ais pada otot bagi mengurangkan intensiti sakit.
Urutan ringan akan membantu mengurangkan kekejangan.
Lakukan regangan secara perlahan sehingga simptom berkurangan.
Kekejangan otot disebabkan senaman boleh dikurangkan melalui beberapa cara.
Bersedia sepenuhnya dari segi fizikal sebelum memulakan aktiviti.
Lakukan regangan mencukupi ke atas otot yang cenderung mengalami kekejangan.
Pastikan pengambilan nutrisi dan air mencukupi.
Mulakan aktiviti dengan tempoh dan intensiti yang optimum.
Pastikan minum air pada kadar awal sekiranya berlaku dehirasi.
Kurangkan berat badan berlebihan.
Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.