Nak turunkan berat badan, 20% terletak pada senaman dan selebihnya bergantung pada cara pemakanan harian anda. Penat bersenam tapi tak amalkan eat clean. Sudahnya anda konplem berat tak mahu turun.
Bagi memastikan misi menurunkan berat anda tercapai, ikuti perkongsian eat clean daripada Coach Yatie Nadzli ini. Paling menarik, anda tidak perlu lagi catu makan nasi untuk turunkan berat badan kerana perkongsian ini lengkap dengan 40 tip makan nasi secara eat clean.
Semoga azam anda untuk menurunkan berat badan pada tahun ini berjaya. Jom kita ikuti perkongsian beliau.
EAT CLEAN adalah perkara yang paling penting dalam proses turun berat badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.
80% kejayaaan turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching saya focus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.
APA ITU EAT CLEAN?
✔️ Makan whole food bukan proses food. Maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. Makan nasi bukan bihun, mee.
✔️ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
✔️ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
?? Semua makanan bergoreng
?? Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
?? Semua jenis air manis
?? Processed food nugget, hotdog
?? Fast food KFC, MCD, PIZZA
?? SEMUA jenis sos dan kicap
?? Kerepek, kekacang yang bersalut
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yang selama ini jadi makanan ruji kita.
EAT CLEAN MENGEMPISKAN PERUT!
Ya sangat betul! Selama ni puas buat senaman dan makan macam2 ubat kurus untuk kempis perut tapi tak berkesan?
Semua berbalik pada makanan kita, minuman kita.
Jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
-Coach Yatie Nadzli-
Online Weight Loss Coaching
Kredit gambar: #teamcoachyatie dan #14dayseatcleanchallenge #teammekngoh
Ramai sebenarnya lelaki di luar sana yang menghidap masalah perut buncit. Anda mungkin sudah kawal cara pemakanan anda, tapi berat badan anda masih turun naik. Sebenarnya, anda sedang menghadapi krisis gemuk air. Disini kami tanyakan kepada Kevin Zahri bagaimana anda nak memastikan buncit yang anda hadapi ini adalah gemuk air.
Bangun tidur terus rasa gemuk?
Pernah tak anda bangun sahaja dari tidur terus rasa gemuk? Lemak perlukan masa untuk kumpul menjadi gemuk.Jadi jika anda bangun dari tidur dan berasa lebih gemuk, kemungkinan besar ia bukanlah lemak. Ia adalah air. Air mampu turun naik dengan ketara setiap hari. Maka jika berat berubah dalam semalaman, anda tidak perlu terlalu bimbang.
Macam mana boleh dapat lemak air?
Bila anda dah start tanya pasal ni, tiba masa untuk anda fikir, apa yang anda makan dalam masa seminggu. Mungkin anda makan hidangan yang mengandungi garam tinggi? Atau anda mengikuti pelan diet rendah karbohidrat tapi tiba-tiba anda mengambil karbohidrat dengan banyuak secara ketara? Sebab-sebab inilah akan menyebabkan pengumpulan cecair lebihan dalam tisu badan, atau gemuk air. Sebab tu perut anda buncit kedepan!
Tapi saya makan secara sihat, bersenam pun hari-hari
Badan manusia ni pun perlukan rehat juga. Kalau anda seorang yang balik kerja terus ke gym hari-hari, sistem badan anda akan mogok. Ambil masa dua ke tiga hari untuk berehat. Jangan stress ye.
Memang bahagian perut je ke?
Lemak air ini biasanya akan lebih ketara pada bahagian perut. Jika hari ini perut anda kempis, tapi buncit pada keesokkan harinya, maka ia disebabka kandungan air dalam badan anda. Jika bahagian tersebut seperti lembik, ia juga adalah petanda kandungan air terdapat di bawah kulit anda, jadi tak perlu bimbang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahniah atas kejayaan program BDB Rafting Kulim 2017, program terakhir untuk siri kedua Triple Challenge 2017. Dua acara sebelum ini ialah Climb & Run Langkawi dan Extreme Jitra 2017 turut menempa kejayaan yang sama.
Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff, berkata acara kali ini lebih mencabar apabila kesemua 25 pasukan yang bertanding terpaksa menempuh arus deras sejauh 600 meter di Sungai Sedim Kulim Kedah.
Katanya, penganjuran sukan air ini adalah yang pertama kali diadakan dan ia dilihat sangat menarik dan ekstrem. Peserta dibahagikan kepada dua pasukan iaitu pasukan yang terdiri sepenuhnya ahli lelaki dan satu pasukan terdiri dari pasukan campuran lelaki dan wanita.
Acara sukan lasak ini turut dirasai sendiri rakan media juga para petugas BDB sendiri sebelum hari pertandingan berlangsung, kesemuanya rasa sangat teruja apatah lagi buat mereka yang baru pertama kali melakukan sukan air ini.
Juara pertandingan bagi kategori lelaki dimenangi oleh pasukan One Trilion dan bagi kategori campuran pula dimenangi oleh pasukan Radak Adventure. Masing-masing membawa hadiah berupa wang tunai bernilai RM1000.
Senarai pemenang
Pasukan Lelaki
1.One Trilion
2.JPS
3. Libang @ Huru Hara
4. Budak Guides
5. Kembara Murni
Pasukan Campuran
1.Radak Adventure
2.BGA
3. KSRS
4.Nomad Adventure
5.Tembuakar Borneo
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah bertanya pada diri kenapa mudah marah atau baran? Sesungguhnya, orang yang betul-betul kuat adalah orang yang boleh menahan marahnya apabila berhadapan dengan ujian dan cabaran dalam kehidupan.
Sebelum mendidik hati supaya tidak cepat marah, kita perlu tahu punca kenapa mudah marah supaya sifat tersebut dapat dibendung dan dirawati dengan segera. Jom kita muhasabah diri kita sendiri.
KENAPA MUDAH MARAH?
1) Sukar Mengawal Emosi
Bagi mereka yang mudah marah adalah kerana mereka susah untuk mengawal emosi dan membiarkan perasaan marah menyelubungi diri. Orang yang mudah marah ni akan diperbodoh-bodohkan atau dimain-mainkan oleh orang lain.
2) Kurang Sabar
Hati yang kurang sabar selalu cepat melenting apabila dicabar tahap kesabarannya. Oleh itu, kita hendaklah latih diri dan hati supaya lebih bersabar serta berfikir dengan cara yang rasional apabila berhadapan dengan masalah supaya tidak melakukan tidakan yang terburu-buru demi memuaskan hati yang sedang marah. Sebenarnya, orang yang kurang sabar juga akan mudah menghidapi suatu penyakit yang kronik.
3) Ego, Bangga Diri, Riak dan Merasa Diri Lebih Hebat
Bagi mereka yang sebegini akan mudah rasa tercabar apabila dirinya dipersenda-sendakan. Hal ini kerana mereka akan rasa kalah dan tidak dihormati. Selain itu, orang yang mempunyai sifat ego, bangga diri dan riak akan merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain. Oleh sebab itu, mereka akan mudah marah sebab tidak mahu dipandang rendah dan benci apabila tidak dihormati serta berasa terhina apabila berjumpa dengan orang lebih hebat daripadanya. Marah jenis ini biasanya wujud dalam bentuk emosi yang tidak puas hati terhadap orang lain.
4) Berfikiran Negatif
Orang jenis ini ialah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu, suka bersangka buruk pada orang lain serta mudah bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Orang jenis ini akan mudah marah kerana dihatinya tiada wujud istilah maaf. Dia tidak mahu memberi maaf dan malu untuk meminta maaf kerana merasakan dia sahaja yang betul. Walaupun kadang-kadang dalam hati kecilnya mengaku akan kelemahan diri tetapi disebabkan ego, dia tidak akan minta maaf walaupun berada di pihak yang salah.
5) Berdendam
Jika seseorang itu menyimpan perasaan dendam atau irihati kepada seseorang, dia akan cepat naik darah atau marah walaupun hanya disebabkan oleh kesilapan yang sedikit.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.