Nak turunkan berat badan, 20% terletak pada senaman dan selebihnya bergantung pada cara pemakanan harian anda. Penat bersenam tapi tak amalkan eat clean. Sudahnya anda konplem berat tak mahu turun.
Bagi memastikan misi menurunkan berat anda tercapai, ikuti perkongsian eat clean daripada Coach Yatie Nadzli ini. Paling menarik, anda tidak perlu lagi catu makan nasi untuk turunkan berat badan kerana perkongsian ini lengkap dengan 40 tip makan nasi secara eat clean.
Semoga azam anda untuk menurunkan berat badan pada tahun ini berjaya. Jom kita ikuti perkongsian beliau.
BACA: Wanita Ini Kongsi Waktu Makan Yang Betul Untuk Nak Diet & Maintain Kurus!
EAT CLEAN adalah perkara yang paling penting dalam proses turun berat badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.
80% kejayaaan turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching saya focus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.
APA ITU EAT CLEAN?
✔️ Makan whole food bukan proses food. Maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. Makan nasi bukan bihun, mee.
✔️ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
✔️ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
✔️ Makan 4-5x sehari ikut keperluan kalori badan.
?? Semua makanan bergoreng
?? Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
?? Semua jenis air manis
?? Processed food nugget, hotdog
?? Fast food KFC, MCD, PIZZA
?? SEMUA jenis sos dan kicap
?? Kerepek, kekacang yang bersalut
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yang selama ini jadi makanan ruji kita.
Ya sangat betul! Selama ni puas buat senaman dan makan macam2 ubat kurus untuk kempis perut tapi tak berkesan?
Semua berbalik pada makanan kita, minuman kita.
Jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
-Coach Yatie Nadzli-
Online Weight Loss Coaching
Kredit gambar: #teamcoachyatie dan #14dayseatcleanchallenge #teammekngoh
BACA: Yang Serius Nak Diet, Baca Coach Ini Kongsi 12 Idea Mudah & Jimat Nak Pilih Makanan!
Salmon grilled tanpa minyak, sayur rebus, nasi perang, sambal cili tanpa belacan.
Nasi kat pinggan lain. Paling senang nak makan sayur, tak perlu masak.
Ayam bakar dan ulam.
Sup telur.
Ikan rebus dan ulam Nasi kat pinggan sebelah.
Tips makan kat luar, ambil ikan masak lemak tanpa kuah tanpa sambal belacan.
Sup ikan merah.
Ikan jaket bakar.
Sambal gesek salmon.
Sambal gesek salmon.
Sambal gesel ikan kembung. Nanti saya share resipi. Senang sangattt!
Salmon grilled tanpa minyak.
Sambal gesek lagi. Perghhh.
Kerabu ayam.
Ayam bakar dan terung bakar.
Sup tauhu.
Ikan singgang.
BACA: Coach Ini Kongsi Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Diet & Waktu Terbaik Nak Makan!