Honda Malaysia mengumumkan ketibaan model Honda Civic Type R ke pasaran tempatan. Model yang diiktiraf sebagai kenderaan pacuan roda depan (FWD) terpantas dunia dengan catatan rekod 7 minit 43.90 saat di Litar Nurburgring, Jerman itu kini dibuka tempatan bermula 1 Oktober di pusat Honda Sport terpilih.
Civic Type R serba baharu berkenaan mengaplikasikan konsep teknologi terkini yang membolehkan ia mencipta rekod baharu bagi model produksi FWD. Pembaharuan signifikan yang dilakukan oleh Civic Type R antaranya penambahbaikan bahagian aerodinamik yang menawarkan prestasi lebih baik dan kestabilan yang cemerlang.
Dibangunkan dengan rangka badan yang lebih kukuh, Civic Type R menggunakan enjin 2.0 liter VTEC pengecas turbo. Enjin itu menghamburkan kuasa 310PS dan tork maksimum 400Nm. Ia kemudian digabungkan dengan transmisi manual 6-kelajuan yang menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan berprestasi.
Pihak Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) Honda menghasilkan transmisi manual yang mampu menukar gear dengan tepat. Hot hatch itu dipadankan dengan tiga mod pemanduan iaitu Comfort, Sport dan +R. Ketiga-tiga mod tersebut akan menala bahagian Adaptive Damper System (ADS), Drive-by-Wire throttle (DBW), Electronic Power Steering (EPS), Vehicle Stability Assist (VSA), kawalan traksi dan sistem brek. Setiap mod pemanduan menawarkan kestabilan pengendalian dan pemanduan.
Sementara, penggunaan sistem ekzos tiga cara menawarkan rasa sporty menerusi bunyi ekzos yang garang ketika memecut. Bahkan pada kelajuan medium, ekzos turut menghasilkan bunyi berkuasa manakala pada julat putaran tinggi ia mengurangkan bunyi yang tidak menyenangkan.
Pengalaman mengambil selekoh juga menjadi lebih baik menerusi rim aloi aluminium 20 inci yang direka untuk kelajuan dan pemanduan agresif. Keyakinan membrek diserahkan kepada brek Brembo berprestasi tinggi.
Honda Civic Type R untuk pasaran Malaysia diimport dari Kilang Honda Swindon, United Kingdom manakala bahagian enjin dihasilkan di Anna, Ohio (Honda of America Manufacturing Inc).
Untuk makluman, Civic Type R kini berada di Litar Antarabangsa Sepang pada acara Formula Satu Malaysia Grand Prix bermula sehingga 1 Oktober 2017. Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat model hot hatch tersebut dengan lebih dekat.
BERIKUT SENARAI PUSAT JUALAN HONDA SPORT:
1 | Autoworld Asid Asn Bhd (Central) |
2 | Botanic Auto Mall Sdn Bhd (Central) |
3 | Kah Motor Co Sdn Bhd- Selayang |
4 | Global Amity Sdn Bhd (Bangi) |
5 | Sri Utama Auto Sdn Bhd (Central) |
6 | USJ Car Express Sdn Bhd (Central) |
7 | MH Prestige Auto Sdn Bhd (Central) |
8 | Peringgit Sri Motor Sdn Bhd (Central) |
9 | Tenaga Setia Resources Sdn Bhd (Central) |
10 | The Millenium Auto Carriage (Central) |
11 | Chuan Thye Motor Sdn Bhd (Pantai Timur) |
12 | Starikat Tan Eng Ann Sdn Bhd (Pantai Timur) |
13 | Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd |
14 | Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd (Utara) |
15 | Formula Venture Sdn Bhd (Utara) |
16 | Kah Motor Co Sdn Bhd-Sg Pinang |
17 | Lee Motor SP Sdn Bhd (Utara) |
18 | Yooi Cars Sdn Bhd (Utara) |
19 | Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd (Seremban) |
20 | Syarikat Motor GS Tay Sdn Bhd (Selatan) |
21 | Yong Ming Motor Sdn Bhd (Selatan) |
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI