Ciuman Suami Satu Terapi Buat Isteri Tersayang, Barulah Tak Marah-Marah Kalau kena Buat Kerja Rumah

Share

Kucupan seorang lelaki kepada pasangannya sebenarnya terselit rahsia yang perlu difahami. Ia mempunyai makna tertentu dan pasti menyeronokkan andai dapat menyingkap makna di sebaliknya. Di sebelik makna ciuman itu, ia menggambarkan sikap si jejaka terhadap pasangannya. Ayuh semak 6 rahsia ciuman lelaki pada bahagian tubuh wanita yang pastinya mempunyai maksud terbeza.

1. Ciuman Pada Tangan

  • Ciuman di belakang tangan wanita membawa tanda si lelaki menghormati anda.
  • Jarang berlaku kepada lelaki terhadap pasangan wanitanya kerana ia lebih kepada anak dan ibu.
  • Namun jika berlaku, ia membawa maksud lelaki berkenaan benar-benar menyanjung pasangannya sebagai seorang yang sangat istimewa dalam hidupnya.

2. Ciuman Pada Dahi

  • Ia membawa tanda begitu kasihnya lelaki terhadap pasangan wanitanya.
  • Saat dahi dikucup, wanita tersebut dapat merasakan getaran kasih si lelaki.
  • Selalunya dilakukan suami terhadap isteri.

3. Ciuman Di Pipi

  • Ciuman di pipi wanita oleh pasangan lelakinya membawa tanda si dia sangat sayang pada wanita tersebut.
  • Ciuman ini sering dilakukan suami kepada isteri dalam suasana ceria.
  • Kadangkala sebelum pergi dan pulang kerja, si suami akan mudah menghadiahkan ciuman di pipi menandakan si dia merindui isterinya.

4. Ciuman Di Bibir

  • Ciuman pada bibir wanita memberi makna si lelaki sedang menghadiahkan ciuman cinta.
  • Bagi sesetengah lelaki, tidak perlu mengungkapkan rasa cinta kerana ciuman di bibir wanita yang disayangi itu sudah memadai.

5. Ciuman Dari Belakang

  • Sesekali diberi kejutan oleh si suami yang memeluk anda dari belakang dan mengucup leher pasti membahagiakan.
  • Ia membawa maksud si suami sedang merindui anda dan mahu anda memahami kemahuannya itu.

6. Ciuman Di Telinga

  • Kecupan di telinga memberi tanda pujian yang bersifat intim.
  • Selalunya ia akan disusuli dengan bisikan lembut dan sebuah dakapan mesra.

Kenali sifat suami anda melalui cara ciumannya.

a.). Mata Tertutup
Lelaki jenis ini terdorong kepada suka berfantasi tatkala beliau mencium isterinya. Lelaki ini juga adalah jenis lelaki yang romantik dan mudah menjadi mesra dalam perhubungan.
b). Mata Terbuka
Lelaki jenis ini pula akan berhati-hati dalam meluahkan emosinya. Lelaki jenis ini mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan.
c). Cium dengan kuat
Lelaki jenis ini cuba menutup kelemahannya dengan mendominasi atau mengongkong apa yang akan dilakukan isterinya.
d).Cumbuan Lidah
Cumbuan jenis ini mengiringi sifat keghairahan yang tinggi.Lelaki jenis ini juga cenderung untu mengongkong isterinya apabila dia menusuk masuk lidahnya ke kerongkong si isteri.Jika si suami ini membenarkan isteri untuk memasukkan lidah ke dalam mulutnya , maka lelaki ini mempunyai sifat bertolak ansur dengan isterinya.
e). Cium sambil membelai manja
Lelaki jenis ini tahu akan kuasa seksual yang sebenarnya. Iaitu melalui kelembutan dan kehalusan. Lelaki ini penyabar dan peka tentang dan terhadap kemahuan anda. Beliau juga dapat menawarkan apa yang disukai oleh si isteri. Jenis suami ini adalah matang dari segi seks dan juga emosi.
Published by
Kim Rahim