Setiap wanita berhak mencari pasangan hidup yang sesuai dengan pilihannya. Ketahuilah bahawa kaum wanita tidak pernah mendambakan seorang lelaki yang sempurna kerana mereka juga manusia biasa.
Jika anda penuhi beberapa kriteria, sudah memadai untuk mereka jadikan pasangan hidup. Ini kerana, sebuah ikatan yang bakal dibina bukan untuk sehari dua, sebaliknya untuk kekal hingga ke akhir hayat.
Bagi mengelakkan pergaduhan hingga ke tahap perceraian, psstikan anda sebagai lelaki mempunyai serba sedikit garis panduan yang MASKULIN
cadangkan ini.Wanita amat suka jika teman istimewanya sentiasa menghargai walau apa jua yang dilakukannya. Biar kecil sesuatu perkara itu, namun jika lelaki tersebut ‘appreciate’ itu sudah buat si dia jatuh hati.
BACA: Rajin Berjoging & Banyak Minum Air Putih, Rahsia Lelaki Ini Turun 20kg Dalam Masa 4 Bulan!
Dia juga ada masa untuk bersosial bersama teman sekolah, kawan sekerja biarpun bercampur lelaki dan wanita. Percayalah jika ada kepercayaan di dalam hubungan, semuanya mudah untuk anda.
Walau sesibuk mana pun anda, sekadar text ‘buat apa?’ sudah cukup untuk membuatkan perasaan wanita berbunga-bunga. Tak percaya cuba text sekarang.
Ada segelintir lelaki yang nak berkahwin mengharapkan bakal isteri berhenti kerja. Lelaki kena tahu, ini adalah BIG TURN OFF. Walau kaya manapun anda hingga boleh menanggung isteri, apa yang dia buat sekarang adalah impiannya dan jangan sesekali anda halang. Beri sokongan adalah yang sepatutnya anda buat selagi ia tidak melanggar undang-undang.
Jika dia boleh menerima buruk dan baik anda, kenapa tidak anda sebagai lelaki bersikap terbuka untuk menerima dia seadanya. Wanita memang tidak suka dipaksa, tambahan lagi jika disuruh melakukan perkara yang melanggar prinsip hidupnya.
Jika anda tidak boleh bersama si dia ketika susah, jangan pernah bermimpi untuk berdampingan dengannya saat ketika dia sudah berjaya. Nak ke jadi lelaki yang hidup atas kesenangan wanita? Mesti tak nak kan.