Kepada jejaka diluar sana, pernahkan anda terfikir apabila anda melihat lelaki-lelaki lain yang rupa paras mereka jika nak dibandingkan dengan anda, ada lah rupa dari tiada langsung. Harta? Kadang-kadang pinjam duit dari anda pun ada. Tapi teman wanita keliling pinggang. Sedangkan anda ‘forever alone’. Mengapa ya? Apa yang mereka ada yang anda tiada?
Kebanyakkan lelaki, mereka akan memulakan topik yang ringan supaya pihak wanita mudah untuk berbual dengan mereka. Mereka tidak bertanya soalan-soalan KBKK tentang isu semasa ataupun fakta-fakta yang berat kerana kemungkinan wanita bosan lalu berlalu begitu sahaja.
Kalau anda perasan, kebanyakan mereka ini berperwatakan terbuka. Sebagai contoh, mereka yakin mereka kacak walaupun ada sesetengah mereka tidaklah kacak mana. Namun, keyakinan mereka inilah yang mampu menjadi daya penarik wanita kerana kebanyakan wanita memang sukakan lelaki yang nampak berkeyakinan. Baru nampak yakin dalam mengemudi hubungan percintaan. Jika kacak tetapi tidak yakin diri, nampak teragak-agak dalam membuat keputusan, macam mana perempuan nak yakin kan?
Jejaka sebegini kebiasaanya bijak dalam bergaya kerana mereka sentiasa mahu kelihatan sempurna dimata wanita. Bagi wanita normal, lelaki tidak perlu mengenakan pakaian mahal dari butik terkemuka. Cukuplah sekadar berpakaian kemas dan bersih. Yang penting wangi!
Yang ini bonus besar! Usikan sentiasa tidak lekang dari mulut mereka untuk menyakat wanita supaya mereka tersenyum. Ini merupakan ‘add-on’ dalam diri mereka. Barulah ada bunga-bunga dalam hubungan tu. Takkan nak bosan sahaja kan.
Perempuan memang pantang lelaki yang tidak menepati janji. Mereka mungkin boleh maafkan tapi mereka memang takkan lupakan sampai bila-bila kerana bagi mereka ini bukan ciri lelai yang bertanggungjawab.
Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri lelaki yang tidak disebut wanita. Mereka bukanlah cerewet tetapi mereka perlu memilih yang terbaik. Kita mahu makan pun mahu pilih mahu kedai mana yang sedap inikan pula pilih pasangan hidup, betul tak?