Saban bulan asyik berhutang sana-sini demi meneruskan hidup. Dan ada juga yang mempunyai pendapatan sederhana tetapi boleh hidung dengan senang dan bahagia. Jadi apakah yang menentukan seseorang itu sudah matang dalam menguruskan kewangan mereka?
Berikut petanda-petanda yang menunjukkan seseorang itu sudah matang menguruskan kewangan.
UTAMAKAH KEBAHAGIAAN BERBANDING KEMEWAHAN
Anda sudah rasa cukup asalkan diri dan keluarga bahagian. Itulah aspek paling penting dalam hidup anda. Bagi anda tidak berguna kalau rumah sebear alam tapi tiada kebahagian.
TAK BERHUTANG UNTUK BERMEWAH
Apabila sudah matang menguruskan kewangan anda sudah tidak terhegeh-hegeh untuk menayangkan kemewahan. Apatah lagi berhutang keliling pinggagh semata-mata untuk nampak mewah.
TAK PANDANG RENDAH ORANG LAIN
Sesetengah orang yang sudah berjaya dan kaya suka memandang rendah orang lain yang berpendapatan rendah. Pernahkah anda temui rakan-rakan yang mengajak anda ceburi perniagaan dengan meremehkan orang miskin? Jauhilah mereka kerana itu bukanlah petanda orang yang matang menguruskan kewangan.
LEBIH LOW PROFILE
Anda berhenti menunjukkan kemewahan dan harta-benda yang dimiliki. Ini kerana anda tahu lagi ramai orang yang kurang bernasib baik di luar sana. Tampil lebih low profile dan sederhana itu lebih baik buat anda.
TAHU BEZAKAN KEHENDAK DAN KEPRLUAN
Seseorang yang pandai uruskan kewangan akan tahu membezakan apakah itu kemahuan dan keperluan. Tidak salah jika anda ada kemahuan akan tetapi usahlah ia melebihi daripada keperluan.
TAK MUDAH TERPENGARUH
Kalau setiap masa nak ikut trend sampai bila pun tak akan habis. Anda pun sudah tidak terikut-ikut dengan orang lain berlumba-luma nak nampak paling bergaya dan mewah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI