Setiap orang mempunyai kadar metabolismayang berbeza. Tapi ramai di antara kita sebenarnya tidak tahu apakah tahap metabolisma masing-masing.
Mengetahui tahap metabolisma diri sangat penting kerana dari situ kita dapat melakukan senaman dan juga mengikuti diet pemakanan dengan baik. Ada orang mungkin selalu mengadu mereka sukar menurunkan berat badan sedangkan pelbagai cara sudah dilakukan.
Tanpa disedari mereka sebenarnya memiliki badan dengan metabolisma rendah. Jadi untuk mereka, usaha perlu dilakukan lebih kuat berbanding orang lain untuk menurunkan berat badan.
Tapi bagaimana untuk mengetahui sama ada anda mempunyai metabolisma tinggi atau rendah? Berikut merupakan beberapa petanda anda mempunyai metabolisma rendah.
Oleh kerana proses metabolisme adalah proses badan menukarkan apa yang kita makan dan minum menjadi tenaga, kadar metabolisme yang rendah akan menyebabkan kenaikan berat badan kerana badan kita melakukan proses penghasilan tenaga tadi secara lebih perlahan. Apabila itu berlaku, badan kita akan menyimpan lebih banyak lemak dalam badan.
Individu yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah juga mempunyai masalah mudah letih dan penat. Selain itu, simptom tersebut juga mampu menunjukkan berlakunya penurunan sel darah merah kerana kekurangan zat besi dan vitamin, yang akan menyebabkan kelihatan dan kadar metabolisme rendah.
Walaupun berat badan sangat bergantung kepada jumlah kalori yang diambil, dengan mengurangkan jumlah makanan yang diambil tiba-tiba akan menyebabkan kadar metabolisme badan kita menurun, kerana badan bertindak balas menyimpan kalori sebagai tenaga. Apabila metabolisme rendah, badan kita akan lebih sukar menurukan beratnya.
Hormon yang sama membantu kelembapan kulit dan kuku juga sama dengan hormon yang mengawal kadar metabolisme. Ketidakseimbangan dapat dilihat pada kesihatan kulit dan kuku. Kulit yang kering, gatal atau berminyak, serta masalah jerawat menunjukkan kadar metabolisme seseorang bermasalah.
Rambut memerlukan nutrien yang cukup untuk tumbuh semula. Jika kadar metabolisme yang rendah memberi kesan pada nutrien rambut, rambut akan mengalami masalah keguguran ataupun menjadi kering dan kusam. Apabila itu berlaku, itu juga adalah tanda kadar metabolisme yang rendah.
Ada diantara kita yang badannya mudah berasa sejuk mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Jika anda adalah salah seorang yang mempunyai simptom sedemikian, besar kemungkinan anda mempunyai kadar metabolisme lebih rendah perhatikan simptom-simptom lain dalam senarai ini, bagi menjelaskan lagi situasi anda.
Badan kita mempunyai sistem imunisasi yang sangat bergantung dengan kadar metabolisme kita.. Apabila badan kita menjadi lemah, cecair lebih mudah berkumpula pada bahagian sendiri dan otot, yang akan menyebabkan rasa tegang, lemah atau sakit pada bahagian itu.
Badan kita akan menghantar isyarat pada kita, apabila kandungan gula rendah dalam badan kita. Ini dikawal oleh kelenjar adrenal kita yang mengawasi sistem metabolisme badan kita. Apabila kelenjar adrena badan kita gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan kita rasa mahu makanan atau minuman bergula akibat rasa letih, itu petanda sistem metabolisme kita rendahl.
Kadar metabolisme yang rendah sebenarnya memberikan kesan yang besar pada kadar konsentrasi kita. Bagaimana otak kita berfungsi, daya kita bertindak balas dan membuat keputusan, semuanya bergantung dengan kadar metabolisme kita juga.
Kerap rasa sakit kepala atau pening merupakan simptom yang mungkin berpunca daripada kelenjar tiroid kita yang kurang aktif akibat rendah kadar metabolisme.
Pengeluaran tidak seimbang hormon kortisol yang mengawal kadar stres pada seseorang, disebabkan oleh kadar metabolisme yang tidak sekata juga mampu menyebabkan seseorang itu mengalami masalah migrain. Jika anda mempunyai simptom-simptom di atas, besar kemungkinan anda mempunyai masalah kadar metabolisme rendah.