Wajah Cico Harahap pernah mewarnai filem tempatan suatu ketika dahulu, namun anak kepada artis veteran Uji Rashid kini hilang sumber pendapatan akibat masalah kesihatan.
Perkara itu didedahkan penyanyi Salimey Abu Bakar yang juga sahabat baik kepada Cico Harahap.
Menerusi laporan Harian Metro, Salimey berkongsikan apa yang diluahkan Cico ketika menziarahi sahabatnya itu di Hospital Ampang.
“Cico Harahap beritahu dia tak ada sumber pendapatan sejak berdepan masalah kesihatan.
“Tiada siapa mahu mengambilnya berlakon kerana ada masalah percakapan” kongsi Salimey.
Katanya, Cico Harahap yang dirawat di hospital kerana menghidap masalah jantung hingga kakinya bengkak sudah dibenarkan pulang ke rumahnya sejak 1 Syawal lalu.
Ads
Foto: Salimey melawat Cico Harahap di hospital (Sumber: Harian Metro)
“Secara kebetulan, saya melawat keluarga mentua yang sakit di hospital sehari sebelum raya dan bertemu Cico yang turut dirawat di situ.
“Sepanjang yang saya tahu, Cico sudah lama sakit jantung dan dia dimasukkan ke hospital itu kerana kakinya bengkak.
“Cico beritahu, doktor benarkan dia pulang ke rumah di Ampang pada keesokan harinya (Rabu) untuk beraya bersama anaknya (1 Syawal),” katanya.
Ads
Foto: Tangkap layar lakonan Cico Harahap dalam filem Mistik (2003).
Rancang Mohon Bantuan Perdana Menteri
Salimey juga memberitahu yang Cico meluahkan perasaan sedih kerana tiada persatuan artis seperti Persatuan Seniman mahupun Persatuan Karyawan yang membantunya ketika ini.
Tambah Salimey lagi, dia juga merancang untuk membantu Cico mendapatkan bantuan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat ini.
Foto: Tangkap layar lakonan Cico dalam filem Puteri Impian (1997).
“Pejabat Perdana Menteri memang ada slot untuk membantu artis atau seniman yang memerlukan bantuan.
Ads
Salimey memberitahu dia pernah mengusahakan bantuan sedemikian untuk Ali XPDC menerusi Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi,
Foto: Tangkap layar lakonan Cico dalam filem Cinta Fotokopi (2005).
Untuk Cico, Salimey masih perlu membuat semakan bagi memastikan kelayakan Cico menerima bantuan tersebut.
Sopak atau dalam bahasa perubatannya vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen.
Kehadirannya dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi, yang mana sel-sel yang menghasilkan pigmen, iaitu melanosit, dirosakkan oleh auto antibody atau antibodi yang dihasilkan oleh pesakit itu sendiri.
Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok-tompok putih di atas kulit, tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya, selain boleh menukarkan rambut menjadi putih. Penyakit vitiligo ini tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal.
Kebanyakan kes yang melibatkan penyakit sopak ini sering berlaku kepada mereka yang berumur di bawah 20-an, namun, ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia atau jantina.
Walaupun sopak bukanlah suatu penyakit berjangkit ataupun penyakit yang boleh mengancam nyawa, ia juga boleh merosakkan kehidupan penghidapnya.
“Penyakit sopak ini walaupun pada dasarnya bukanlah satu penyakit yang berbahaya, tetapi ia mampu memberi kesan negatif kepada psikologi seseorang pesakit”Sekiranya penyakit ini melibatkan bahagian muka atau mana-mana bahagian yang tidak boleh ditutup, pesakit akan berasa malu dan rendah diri dengan keadaan mereka. “Tompokan putih di atas kulit juga kelihatan lebih ketara sekiranya pesakit mempunyai kulit yang gelap kerana kontras warna akan menjadi lebih jelas kelihatan.
“Untuk pengetahuan semua, penyakit sopak ini boleh menyerang beberapa kawasan badan secara serentak atau secara berperingkat-peringkat,” Kelakuan penyakit ini susah diramal kerana sesetengah pesakit mempunyai penyakit yang cepat merebak ke kawasan lain dan ada sesetengah pesakit yang mempunyai penyakit yang stabil, iaitu tompokan sopak tidak berubah menjadi lebih besar atau banyak.
Punca sebenar terjadinya sopak tidak diketahui secara sahih sehingga hari ini, bagaimanapun para doktor dan penyelidik masih terus menjalankan pelbagai kajian untuk mengesan punca atau asal-usul penyakit ini. Setakat ini apa yang boleh disimpulkan daripada hasil kajian dan penyelidikan ialah faktor genetik didapati memainkan peranan dalam penghasilan penyakit ini.
Sopak terjadi akibat daripada penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di kulit pesakit menyebabkan kemusnahan melanosit tersebut.
Kemusnahan melanosit akan menjejaskan penghasilan pigmen di kawasan yang terlibat dan menyebabkan kulit tiada pigmen (warna).
Rawatan yang sedia ada perlu diteruskan untuk jangka masa berbulan-bulan hingga bertahun-tahun dan pesakit perlu faham akan hakikat ini.
“Rawatan penyakit ini terdapat dalam beberapa bentuk bergantung kepada beberapa faktor. Faktor pesakit termasuklah keluasan permukaan kulit yang terlibat dan jenis sopak itu sendiri sama ada ia jenis stabil (tidak berubah) atau sebaliknya.
“Rawatan first line ialah dengan menggunakan krim yang mengandungi bahan immunomodulator yang akan mengurangkan atau memberhentikan kerosakan melanosit yang disebabkan oleh antibodi. Ini sekaligus memberi peluang untuk pigmen kembali mewarnai tompokan yang terlibat.
“Rawatan foto terapi iaitu rawatan yang menggunakan pancaran cahaya ultra violetjuga boleh dilakukan di hospital-hospital yang mempunyai kemudahan tersebut.
“Kini, terdapat juga rawatan laser excimer dan rawatan pembedahan yang melibatkan kaedah pemindahan sel kulit atau melanosit yang diambil dari kulit normal pesakit itu sendiri. “Namun, kaedah pemindahan sel atau kulit ini memerlukan kepakaran dan belanja yang tinggi.
“Oleh sebab itu, penggunaan kosmetik untuk menutup bahagian terlibat amat digalakkan, kerana proses untuk tompokan putih kembali ke warna asal akan mengambil masa. Penutupan kawasan putih dengan concealer dan sun block” boleh digunakan sementara menunggu pigmen itu kembali kelihatan pada mata kasar , Tompokan sopak perlu dilindungi dari terdedah kepada matahari kerana tanpa pigmen, kulit yang terlibat tiada pelindung dari kerosakan yang boleh disebabkan oleh matahari ”
Sopak bukanlah panau dan ia juga bukan albino walaupun pada peringkat awal, penyakit sopak boleh menyerupai beberapa penyakit kulit yang lain. Orang ramai yang ragu-ragu dengan tompokan putih yang ada pada mana-mana bahagian tubuh badan masing-masing agar berjumpa dengan doktor kerana rawatan yang dimulakan pada peringkat awal akan memberikan hasil yang lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebelum memulakan percintaan satu pejabat, sama ada sesebuah syarikat itu mempunyai polisi atau tidak akan larangan bercinta, pasti ada batas-batas yang perlu anda ikuti. Bukan sekadar itu, di mana anda berdua pergi juga pasti akan sentiasa diperhatikan. Maka prestasi kerja pasangan juga akan dinilai berdasarkan sejauhmana hubungan. Jadi sanggupkah anda menempuh semua itu?
Sebelum memulakan percintaan perlu fikirkan dahulu apa yang terjadi jika percintaan itu terputus di tengah jalan. Bolehkah anda berurusan secara profesional dan bertemunya setiap hari?
Jika sedang hangat bercinta, janganlah pula memperlihatkan adengan romantis di depan rakan sekerja. Berpengangan tangan atau menyuapkan makanan ke mulut mungkin boleh dilakukan di tempat lain dan bukan di pejabat. Rakan-rakan pula pasti akan rasa tidak selesa jika aksi itu yang sering anda lakukan.
Ketika bercinta mungkin segala rahsia dikongsi bersama. Namun jika putus, segala kelemahan bekas kekasih akan digunakan untuk tujuan membalas dendam bagi menghancurkan kariernya.
Bercinta satu pejabat juga akan memberi kesan terhadap prestasi kerja jika anda tidak pandai mengawalnya. Terlalu beremosi atau ‘jiwang’ akan membuatkan anda hanyut dalam situasi itu.
Faktor ego juga akan memberi kesan andai kekasih lebih tinggi jawatannya di sesebuah organisasi. Malah jika bos pula bercinta dengan pekerja lagi haru! Ada pula kes berat sebelah dan pilih kasih.
Ciri-ciri Positif
Apabila satu pejabat maka anda boleh melihat pasangan dan sentiasa menjaga akan keselamatannya.
Melakukan kerja dengan lebih tekun kerana tidak mahu pasangan dan pengurusan melihat akan hubungan cinta itu akan memberi sebarang masalah.
Apabila ciri-ciri positif ini ada, maka syarikat pula pasti tidak akan menghalang percintaan anda berdua malah untuk yang lain juga.
Pasangan akan lebih mudah diketahui dari segi perangai serta keadaan mood masing-masing.
Oleh kerana bercinta sepejabat, maka anda akan lebih difahami jika bekerja lewat masa atau dibebani dengan tugasan yang banyak.
Ini juga akan memupuk sikap tolak ansur dan lebih memahami dalam apa jua urusan untuk pasangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Karnival UDA 2024, sebuah acara tahunan yang dinanti-nantikan, kali ini akan lebih meriah dengan kehadiran Mari SeeNI sebagai Rakan Strategik Pemangkin Acara.
Kolaborasi ini tidak hanya memperkaya pengalaman pengunjung. Ia juga platform memperkukuh misi UDA Holdings Berhad dalam memperkasakan golongan usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS).
Di bawah naungan Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), karnival ini menjadi platform untuk memperkukuhkan ekonomi Bumiputera, terutamanya dalam pemilikan hartanah dan penglibatan ekonomi bandar.
Mari SeeNI, dengan penglibatan langsung jenama-jenama Ideaktiv, akan menghidupkan lima (5) Zon di Karnival UDA 2024. Zon-zon ini termasuk Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Pa & Ma, dan Jualan Pelbagai.
Setiap zon direka untuk memberikan pengalaman eksklusif yang unik, sesuai untuk seisi keluarga.
ZON PELBAGAI AKTIVITI
Sebagai contoh, Ruang Rasa akan memanjakan pengunjung dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman. Manakala Aura Wanita menawarkan pelbagai aktiviti yang memfokuskan pada kecantikan dan kesihatan wanita.
Mari SeeNI juga akan melibatkan liputan media istimewa untuk setiap zon dan jenama yang terlibat, memaksimumkan promosi melalui platform digital Ideaktiv.
Ini adalah langkah yang bijak untuk menarik lebih ramai pengunjung dan memperluaskan jangkauan acara ini. Sekali gus memajukan ekonomi serta kelestarian usahawan Bumiputera.
Karnival UDA 2024 bukan sahaja tempat untuk berhibur, tetapi juga sebuah simbol komitmen UDA dan Mari SeeNI dalam mempromosikan pemilikan hartanah serta memperkasakan ekonomi Bumiputera.
Dengan rangkaian aktiviti yang menarik dan berinformasi, pengunjung dapat menikmati pengalaman yang penuh nilai kebersamaan dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai keistimewaan Mari SeeNI di Karnival UDA 2024. Ayuh sama-sama rasai sendiri kehangatan dan kemeriahan acara tahunan ini.
Jadikan karnival ini sebagai destinasi wajib untuk seisi keluarga dan sertai dalam merayakan usaha dan pencapaian usahawan Bumiputera di Malaysia.
Jom sama-sama sertai Karnival UDA bersama Mari SeeNI di lokasi berikut!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.