
Pelakon ‘Captain America’ Chris Evans akui hidup berubah selepas memelihara anjing.
Chris Evans mendedahkan dia mempunyai tabiat kurang sihat mengambil makanan ringan di set penggambaran. Namun, tabiat itu berubah selepas memelihara anjing bernama Dodger yang mengajarnya menjaga pemakanan.

Ketika penggambaran, dia sering makan tidak menentu, tetapi Dodger mengajarnya untuk makan dengan betul. Chris memberitahu kehidupannya banyak berubah sejak memelihara Dodger pada tahun 2017.
Dodger sangat istimewa kerana memahami perasaannya dan selalu menemani Chris. Kini, Chris lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama anjingnya daripada melepak di luar dengan rakan-rakan.
Memang seronok kalau ada binatang peliharaan yang manja macam kucing dan anjing ni dekat rumah.
BACA LAGI : Kereta Lama Lebih 15 Tahun Perlu Lebih Perhatian, Terutama Enam Perkara Ini
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
TGV Malaysia Nafi Panggung Wayang Berkulat Berlaku Di Premis Mereka

Dalam beberapa hari lalu telah tular beberapa foto menunjukkan keadaan di dalam panggung wayang yang terjejas dengan kerusinya yang dipenuhi dengan kulat akibat terbiar lama kerana tidak beroperasi dalam masa yang lama.
Beberapa pihak mendakwa foto tersebut berlaku di dalam negara kita namun sampai sekarang tidak mendapat pengesahan dari mana-mana pihak.
Salah sebuah penyedia perkhidmatan premis panggung wayang terkemuka di Malaysia, TGV Cinemas telah tampil menafikan bahawa foto-foto yang tular tersebut berlaku di dalam premis mereka.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan TGV Cinemas kepada pihak media semalam, mereka telah meakukan siasatan dalaman dan mendapati bahawa foto tersebut tidak berlaku di dalam mana-mana premis panggung wayang mereka.
TGV Cinemas turut menegaskan bahawa faktor keselamatan serta keselesaan pengunjung serta pekerja mereka sentiasa menjadi keutamaan utama. Sejak dari dulu amalan kebersihan pada tahap paling tinggi telah menjadi amalam syarikat mereka.

Antaranya melakukan pembersihan panggung wayang secara menyeluruh setiap kali selepas tayangan dilakukan dan perlatan di Candy Bar mereka juga dibasuh serta dicuci setiap hari.
Walaupun tidak beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, TGV Cinemas tidak pernah mengabaikan aspek kebersihan premisnya. Malah pengurus setiap cawangan melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua kali seminggui bagi memastikan setiap kebersihan perlatan seperti kerusi, tirai, karpet dan juga skrin sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.
Segala peralatan juga disimpan dalam keadaan yang baik dengan meakukan proses sanitasi dan mengikuti piawaian kebersihan yang telah lama syarikat mereka amalkan.
Selain itu, TGV Cinemas turut mengumumkan bahawa jika dibenarkan beroperasi pada masa akan datang di kesemua 36 cawangannya mereka akan megambil langkah-langkah penjagaan seperti berikut:
1. Meletakkan hand sanitizer di kesemua premis
2. Pemeriksaan suhu badan setiap pelanggan yang ingin masuk ke premis
3. Melakukan sanitasi menyeluruh terutamanya di tempat duduk panggung wayang
4. Meletakkan penanda bagi penjarakan sosial
5. Sistem kedudukan kerusi mengamalkan penjarakan sosial
6. Menjarakkan masa di antara setiap tayangan bagi memberi masa proses sanitasi dilakukan
7. Melakukan PSA sepanjang masa di skrin
8. Para pekerjanya wajib menjalani pemeriksaan suhu badan dua kali sehari, memakai pelitup muka dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bulan Puasa Bukan Alasan Jadi Kurus Kering, Tetapi Masa Untuk Lebih Sihat Dan Sado

Ramai antara golongan lelaki yang kurus cukup teringin untuk memiliki badan yang tegap dan berisi seperti Aaron Aziz tetapi ramai antara mereka berasa seolah-olah tiada harapan untuk mereka kerana berat badan mereka terlalu kurang. Ramai yang sedang mencari kaedah bina badan untuk orang kurus yang dikatakan selamat dan berkesan.
Untuk bermula bina badan terutamanya bagi orang kurus seperti anda, anda boleh mula mengambil makanan tambahan protein iaitu whey yang menurut kajian, didapati mempunyai pelbagai khasiat tambahan khas untuk anda.
Ikuti langkah-langkah senaman ini untuk membantu orang kurus seperti anda membina badan:
Teknik senaman barbell dan dumbbell
- Berbaring dalam keadaan posisi yang selesa. Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman tangan.
- Tangan berada pada laras bahu. Tidak boleh jika melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pembentukan otot dada.
- Lentikkan badan untuk memberi lebih tumpuan pada dada anda.
- Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus ketika anda sedang mengangkat barbell.
- Lakukan dalam enam hingga lapan kali bagi membina kekuatan badan dan seandainya anda ingin memberi tumpuan kepada kekuatan otot, boleh dilakukan sebanyak lapan hingga 12 kali.
Mesin chest fly
- Duduk dalam keadaan posisi yang selesa.
- Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau tekanan pada bahagian dada.
- Kemudian halakan pemegang ke hadapan tetapi pastikan bahawa keadaan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.
- Buat secara berulang kali dalam kiraan lapan hingga 12.
- Mesin ini boleh digunakan bagi anda yang ingin untuk membentuk kelebaran dada.
Mesin incline bench press
- Berfungsi untuk membantu anda mendapatkan ketebalan dada terutamanya bahagian atas.
- Lakukan langkah sama seperti bagaimana anda mengangkat barbell dan dumbbell tadi.
Semoga dengan latihan senaman ini nanti dapat membantu anda untuk berjaya mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan di samping untuk menyelesaikan masalah bina badan untuk orang yang kurus seperti anda. Semoga berjaya dan kongsikan jika anda mendapatinya bermanfaat untuk anda dan orang sekeliling.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Apa Jadi Kalau Lelaki Kena Demam Denggi Buat Kali Kedua?

Pernah dengar tak yang doktor cakap jika seseorang itu kena demam denggi kali ke 2 selalunya dia menghadapi demam denggi yang lebih teruk. Ini adalah suatu perkara yang benar. Sebelum kita cerita bagaimana perkara itu berlaku, mari kita cerita perkara asas berkenaan demam denggi
Apakah Punca Demam Denggi?
Demam denggi adalah berpunca daripada virus denggi yang berada dalam keluarga flaviviridae dan genus flavivirus. Flavivirus ini pula dibawa dan disebarkan oleh nyamuk yang dikenali sebagai Aedes. Ada terdapat dua jenis spesies aedes iaitu Aedes aegyti dan juga Aedes albopictus.
Semuanya virus denggi tetapi serotype berbeza?
Virus denggi mempunyai 4 jenis serotype yang berbeza. Apa pula maksud serotype yang berbeza ini? Secara asasnya flavivirus mempunyai struktur yang sama daripada segi reka bentuk dan komponen di dalamnya.
Akan tetapi apa yang membezakannya adalah struktur antigen iaitu satu struktur protein yang terletak pada permukaan virus tersebut. Ia bertindak seperti kad pengenalan yang digunakan untuk pengecaman.
Ia nampak sama tetapi ia berbeza kerana ia memberi kesan kepada sistem imun seseorang manusia.
Bagaimana demam denggi kali ke 2 akan menyebabkan keadaan yang teruk?
Apabila sesuatu virus memasuki badan, sel imun akan mengecam struktur antigen tersebut dan menghasilkan antibodi untuk melawan virus tersebut. Antibodi ini akan melekat pada antigen di permukaan virus dan menyahaktifkan virus tersebut. Kemudian virus itu akan ditelan oleh sel darah putih dan diuraikan.
Begitulah yang berlaku pada jangkitan virus denggi pada kali pertama. Antibodi akan dihasilkan untuk membunuh virus tersebut dan pesakit akan kebal terhadap virus denggi yang mempunyai serotype itu sahaja.
Apabila berlakunya jangkitan denggi kali ke 2, selalunya ia akan melibatkan serotype yang lain. Badan akan menghasilkan antibodi yang sama seperti jangkitan virus denggi yang pertama. Ini kerana struktur antigen tersebut mempunyai sedikit perbezaan.
Perkara ini akan menyebabkan virus tersebut masih lagi aktif dan tidak dibunuh. Apabila antibodi tersebut melekat pada virus, ia akan memudahkan lagi sel imun untuk menelan virus tersebut. Akan tetapi, virus tersebut masih aktif menyebabkan sel imun itu pula yang dijangkiti virus membiak dalam sel imun tersebut. Perkara ini akan menyebabkan keadaan pesakit semakin teruk
Reaksi ini dipanggil sebagai Antibody-dependant Enhancement. Bermaksud antibodi dalam badan kita sendiri yang akan mempercepatkan proses pembiakan virus tersebut dan menyebabkan keadaan pesakit semakin teruk.
Sejarah Wabak Denggi di Cuba
Pada tahun 1977, kebanyakan penduduk Cuba telah dijangkiti virus denggi jenis serotype 1 (DENV-1). Pantauan serotype(jenis virus denggi) pada tahun tersebut menunjukkan lebih daripada 44% mereka yang mengalami demam denggi telah dijangkiti virus denggi jenis DENV-1. Kebanyakan pesakit hanya mengadu simptom demam denggi yang tidak serius.
Pada tahun 1981 pula, terdapat perubahan serotype virus denggi dalam komuniti. Dimana virus denggi jenis DENV-2 telah dikesan meningkat menerusi sistem pengawasan kesihatan yang dibuat. Disebabkan kebanyakkan masyarakat telah dijangkiti dengan DENV-1 sebelum ini, demam denggi yang seterusnya iaitu disebabkan DENV-2 telah menyebabkan kenaikan kes denggi yang mempunyai pelbagai komplikasi
Kes demam denggi berdarah meningkat kepada 24000 kes, 10000 kes pula adalah dengue shock syndrome dan terdapat 158 kematian disebabkan denggi pada ketika itu.
Kesimpulan:
Demam denggi kali ke 2 boleh menyebabkan keadaan pesakit yang lebih teruk dan boleh mendatangkan komplikasi seperti demam denggi berdarah.
Oleh itu, elakkan diri anda untuk pernah mendapat demam denggi kali pertama ataupun ke 2. Periksalah laman rumah anda untuk mengelakkan wujudnya tempat pembiakan nyamuk.
Jika pihak kesihatan masuk kerumah anda dan menjumpai tempat pembiakan, anda mungkin akan dikompaun sebanyak RM 500. Sakit jugak kalau kena. Jadi jagalah rumah anda, supaya orang lain tidak terkena denggi disebabkan wujudnya tempat pembiakan dirumah anda
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI