Checklist Servis Kereta Boleh Anda Lakukan Sendiri Sebelum Rentas Negeri Balik Kampung

Share

Sejak semalam negara kita heboh membiacarakan tentang kebenaran rentas negeri yang akhirnya dibenarkan bermula hari ini. Pengumuman yang dilakukan semalam oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob merupakan berita yang cukup dinantikan ramai.

Kerinduan kita terhadap ahli keluarga terutamanya kedua-dua orang tua tercinta akhirnya bakal terubat. Malah hari ini sudah ada yang telah bertolak pulang ke kampung halaman.

MASKULIN jangkakan pada hujung minggu ini aliran trafik menuju keluar dari ibu kota pasti akan meningkat berkali ganda. Seolah-olah seperti musim perayaan pula. Namun di sebalik itu ambillah langkah keselamatan terbaik. Pastikan anda lengkap dua dos vaksin dan lakukanlah ujian dengan menggunakan kit ujian kendiri sebelum bertolak pulang.

Buat anda yang merancang untuk pulang dengan kereta perlu tidak perlu tergopoh-gapah. Pertama sekali kena pastikan kondisi kenderaan berada pada tahap yang baik sebelum memulakan perjalanan jauh.

Berdepan masalah kereta rosak terutamanya di atas lebuh raya boleh menjadi mimpi negri! Oleh itu anda perlu bijak dan memeriksa kereta sebelum bertolak pulang.

Ramai yang akan memilih untuk hantar servis ke bengkel. Tapi sebenarnya untuk memeriksa komponen asas anda boleh lakukan sendiri saja. Bukan sahaja jimat kos malah boleh lakukan bila-bila masa.

Periksa penunjuk aras minyak

Sebelum memulakan perjalanan adalah lebih elok untuk anda mengisi minyak full tank. Ini akan lebih melancarkan perjalanan anda dan tak perlu bersesak di stesen minyak. Oleh itu anda kena pastikan indicator atau penunjuk aras minyak berfungsi dengan baik.

Periksa minyak enjin

Tanpa minyak enjin memang tak ‘bernyawalah’ kenderaan anda. Periksalah keadaan minyak enjin sebelum bertolak. Cara nak periksa paras minyak enjin pun bukannya susah. Cabut dipstick dan bersihkan dahulu. Kemudian celupkan semula dan tengok paras minyak enjin. Ia harus berada antara paras minimum dan maksium. Kalau kurang, tambahkan minyak enjin.

Business photo created by peoplecreations – www.freepik.com

Kondisi minyak brek

Paras minyak brek juga penting untuk keselamatan anda. Anda boleh periksa parasnya menerusi penanda pada bekas atau tabung minyak brek. Pastikan ia antara minumum dan maksimum. Jika kurang tambah minyak brek dengan berhati-hati dan tak melimpah.

Minyak power stereng

Seperti kondisi minyak enjin dan minyak brek, kandungan minyak power stereng juga perlu berada di antara minum dan maksimum. Selain itu pastikan ia berwarna keemasan dan jika terlalu gelap atau hitam itu bermakna anda perlu menukarnya.

Air radiator

Perkara yang mudah tapi ramai orang buat sambil lewa. Tak lain tak bukan ialah kandungan air untuk radiator. Kandungan air perlu berada di antara paras minimum dan maksimum.

Car photo created by standret – www.freepik.com

Wiper

Dalam perjalanan jauh anda mungkin berdepan dengan pelbagai situasi jalan raya seperti berdebu dan juga cuaca yang tak menentu. Oleh itu fungsi wiper memang sangat penting. Anda perlu pastikan air dalam bekas washer fluid sentiasa penuh. Untuk elak nozzle tersumbat anda boleh guna air suling atau mineral. Dan boleh juga tambahkan sedikit cairan permbersih cermin kereta.

Getah wiper

Mungkin anda sudah lama tak tukar wiper. Bila hujan ia tak dapat buang air hujan dengan baik kerana getahnya sudah semakin uzur. Anda juga boleh lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.

Sistem penghawa dingin

Periksa kondisi penghawa dingin kereta dengan menghidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower. Kipas pendingin harus berputar dan periksa sign glass lihat kondisinya. Ia tak boleh ada biuh udara di dalamnya. Kalau ada buih itu bermakna gas berada pada tahap rendah atau berlaku kebocoran pada paip.

Car photo created by whatwolf – www.freepik.com

Belt & kipas

Drive belt merupakan talipenggerak enjin untuk memutarkan komponen tambahan seperti pullu aircond, kipas radiator, alternator dan kompressor penghawa dingin. Jika drive belt nampak macam terjejas dan berbulu itu tandanya memang kena tukar.

Bateri

Jika anda menggunakan bateri kering boleh periksa kemampuannya dengan battery charge indicator. Jika lampu hijau bermakda ia masih baik dan jika lampu merah atau putih sahaja bermakna bateri sudah ‘kong’ dan perlu tukar baru.

Untuk bateri basah pula anda hanya perlu periksa kandungan air bateri. Jika berada di bawah paras minimum tambahkan air bateri. Tapi jangan sampai terlebih paras maksimum.

Tayar

Periksa tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Pastikan juga bunga tayar tidak botak dan masih dalam kondisi baik.

Semoga perjaanan anda selamat pergi dan balik. Terus amalkan SOP ya!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim