Pernahkah anda perasan betapa lelaki mempunyai rambut panjang sering menjadi tumpuan? Sama ada gaya rockstar, surfer boy, atau klasik gentleman, kajian menunjukkan lelaki berambut panjang memang ada daya tarikannya yang tersendiri.

Menurut beberapa pakar, wanita lebih sensitif terhadap lelaki yang ada rambut panjang kerana ia memberi aura maskulin yang lebih menyerlah.

Mereka juga lebih teliti memerhatikan rambut dan wajah lelaki berbanding lelaki itu sendiri. Ringkasnya, rambut panjang bukan sekadar gaya, ia adalah pernyataan diri.

Checklist Penjagaan Rambut Panjang Lelaki, Rahsia Tampak Maskulin & Bergaya

Tetapi, tunggu dulu! Apa gunanya rambut panjang kalau tidak dijaga dengan betul? Bukannya kelihatan menarik, malah boleh buat anda nampak selekeh.

Checklist Wajib Untuk Lelaki Berambut Panjang

1. Sesuai atau Tidak?

Sebelum simpan rambut panjang, tanya diri dulu: Sesuai ke dengan wajah dan gaya hidup anda? Tak semua orang boleh pull off rambut panjang. Jangan lupa, ada kerjaya yang tidak membenarkan rambut panjang, jadi fikir dulu sebelum biarkan rambut mengurai.

2. Jangan Syampu Hari-Hari

Syampu setiap hari? No bro! Ini akan mengeringkan rambut dan merosakkan folikel. Gunakan syampu bebas sulfat untuk elakkan rambut kehilangan minyak semula jadi yang penting untuk kesihatan rambut.

Ads

Checklist Penjagaan Rambut Panjang Lelaki, Rahsia Tampak Maskulin & Bergaya

3. Pemakanan Bernutrisi Itu Wajib

Mahu rambut yang kuat dan lebat? Jaga pemakanan. Pastikan diet kaya dengan protein, vitamin C dan biotin. Makan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, kekacang dan tofu untuk menyokong pertumbuhan rambut sihat.

4. Perapi Adalah Kawan Baik Anda

Rambut panjang tanpa perapi? Satu kesilapan besar! Perapi membantu rambut lebih lembut, mudah diurus dan mengelakkan hujung rambut bercabang.

5. Teknik Keringkan Rambut Dengan Betul

Selepas mandi, elakkan menggosok rambut dengan tuala secara kasar. Lap secara lembut dan biarkan kering secara semula jadi. Ini mengelakkan rambut mudah patah dan kusut.

Checklist Penjagaan Rambut Panjang Lelaki, Rahsia Tampak Maskulin & Bergaya

Ads

6. Trim Dari Semasa ke Semasa

Biarpun berambut panjang, tidak bermakna anda boleh biarkan tanpa trim. Potong hujung rambut yang bercabang setiap beberapa bulan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

BACA: Mengapa Rambut Lelaki Berbau? Penyelesaian Efektif untuk Kulit Kepala Bersih

7. Vitamin Rambut Itu Pelaburan Jangka Panjang

Rambut panjang lebih mudah kusam dan rapuh. Gunakan vitamin rambut atau minyak semula jadi seperti minyak zaitun dan minyak kelapa untuk memastikan rambut sentiasa kuat dan bersinar.

8. Air, Air, Air!

Dehidrasi bukan sahaja buat kulit kering, tapi juga rambut. Minum sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter air sehari untuk rambut yang sihat dan lembap.

Checklist Penjagaan Rambut Panjang Lelaki, Rahsia Tampak Maskulin & Bergaya

Ads

9. Jangan Ikat Rambut Terlalu Ketat

Elakkan mengikat rambut dengan getah yang terlalu kuat. Ini boleh menyebabkan ‘traction alopecia’ di mana rambut gugur akibat tekanan pada akar rambut. Tak mahu botak sebelum waktu, kan?

10. Senaman Kardio, Rambut Lebih Sihat

Senaman kardio seperti berlari, berjoging dan berbasikal membantu peredaran darah yang lebih baik, sekali gus merangsang pertumbuhan rambut yang sihat.

11. Tidur Cukup, Rambut Lebih Kuat

Tidur yang cukup (7-8 jam sehari) membantu proses regenerasi sel kulit kepala dan meningkatkan pengaliran darah ke folikel rambut. Ingat, rambut juga perlukan rehat.

Ingat gaya ini memang boleh buat anda lebih menarik. Tapi tanpa penjagaan yang betul, ia boleh jadi mimpi ngeri. Jadi, jaga rambut, jaga gaya dan biar ia tampil dengan penuh kelas, bukan sekadar panjang tanpa makna!

Jangan lupa subscribe dan tonton video Fitness di YouTube MASKULIN untuk lebih banyak tip gaya hidup lelaki moden!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI