TARUHAN MOPED SULUNG DARI CMC- ARIO 110

Share

Chear Global Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal CMC di Malaysia memperkenalkan moped Ario 110.

Model itu dijana oleh enjin 107cc penyejukan udara, silinder tunggal, 4-lejang yang berupaya menghasilkan kuasa 4.8kW pada 7,500rpm dan tork 7Nm pada 5,500rpm.

Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 4-kelajuan

. Menerima pengiktirafan Euro3, Ario 110 dilengkapi dengan tangki minyak bersaiz empat liter.


Selain itu, pelana Ario 110 didatangkan dengan pelana dua jahitan benang agar lebih tahan lama dan tidak ketinggalan dilengkapi dengan bakul depan. 

Ketua Pegawai Operasi Chear Global Sdn Bhd, Leong King Choon berkata moped baru dari CMC tersebut menawarkan reka bentuk terkini dan prestasi cemerlang dalam kelasnya.

“Pembangunan Ario 110 mengambil masa setahun setengah dan menjalani ujian tunggangan sejauh 15,000 kilometer.

Ario 110 menggunakan model dari syarikat induk Guangzhou Haojin lalu kami lakukan modifikasi mengikut kehendak pengguna dan keadaan di Malaysia,” katanya.

CMC Ario 110 ditawarkan dengan peredam ekzos sporty dan rim tuang untuk keselesaan tunggangan bersama tayar tubeless.

Didatangkan dengan pilihan warna merah metalik dan hitam metalik, harga jualan Ario 110 ialah RM3,988 seunit

(tidak termasuk GST).
Untuk melihat dengan lebih dekat, Ario 110 akan berada di pusat jualan bermula esok.

 

GALERI

 

Published by
webadmin