
‘Che Sayang Kitchen’ diumumkan sebagai pemenang kategori Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Malah, Anugerah Creator of the Year ini turut disampaikan oleh Khairul Aming kepada Che Sayang Kitchen, yang berjaya menewaskan beberapa pempengaruh terkenal lain seperti Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra yang dicalonkan bagi kategori sama.

Tapi siapakah sebenarnya lelaki di sebalik nama Che Sayang Kitchen yang terkenal dengan siri video masakan “2 Minit 1 Resepi” itu?
Abdul Qayyum Halid, yang lebih dikenali sebagai Che Sayang, merupakan alumni Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Beliau mula mendapat perhatian apabila aktif berkongsi video-video bertemakan masakan di TikTok.
Mulakan Perniagaan
Beliau memulakan perniagaan sambilan pada tahun 2013, ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 2014, beliau menerima tawaran melanjutkan pengajian ke universiti. Atas nasihat bapanya, beliau berhenti berniaga sambilan dan menumpukan perhatian kepada pengajiannya di UTP.
Zaman Universiti
Semasa di universiti, Abdul Qayyum, yang kini berusia 28 tahun, mencuba pelbagai jenis perniagaan, antaranya menjual roti RM1 pada tahun 2015, KamiDelivery pada tahun 2016, dan Solvypro pada tahun 2017, namun kesemuanya menemui kegagalan.
Kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas
Pada tahun 2018, beliau bergraduasi dengan ijazah kelas pertama serta menerima Anugerah Pelajar Terbaik dan Anugerah Canselor Emas. Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas pada tahun 2019, namun minatnya dalam bidang perniagaan tidak pernah pudar.
Pada tahun 2020, beliau mencuba nasib sekali lagi dalam bidang perniagaan bersama adik-adiknya dengan menjalankan perniagaan Choco Flakes, dan pada tahun 2023, beliau bersama keluarganya mengasaskan perniagaan acar ikan masin Che Sayang. Namun, kedua-dua perniagaan tersebut gagal.
Tidak berputus asa
Walaupun mengalami kegagalan, Abdul Qayyum tidak berputus asa. Pada 2 Mac 2023, beliau memulakan langkah baharu dengan memuat naik video masakan pertamanya di TikTok melalui akaun Che Sayang Kitchen. Video tersebut pada asalnya tidak bertujuan untuk berniaga, tetapi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Tidak disangka-sangka, akaun tersebut semakin dikenali dan kini mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut.

Ramai generasi muda kini bercita-cita untuk menjadi content creator, namun ada yang terpengaruh dengan pemikiran yang salah seperti “pendidikan tidak penting” atau “bad marketing is good marketing”, yang boleh merosakkan minda generasi muda. Pendidikan dan ilmu pengetahuan tetap memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan.
Content creator berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk tekanan untuk menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menarik tetapi juga bermanfaat. Meskipun ada yang beranggapan platform seperti TikTok hanya untuk hiburan, ia juga telah menjadi medium utama dalam penyampaian maklumat, termasuk dalam bidang agama. Oleh itu, content creator perlu bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam setiap kandungan yang mereka hasilkan.
Tahniah buat ‘Che Sayang Kitchen’!
BACA LAGI : PU Riz Pesan Wajib Sediakan Tempat Tinggal Kepada Bakal Isteri Sebelum Berkahwin
Sumber : Nad Masrom via TikTok
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“Pastikan Background Tidak Tarik Perhatian & Audio Jelas” – Business Owner Ini Ajar Cara Untuk Jual Produk Secara Live

Zaman serba canggih kini, ramai peniaga perlu mencari inisiatif lain untuk memasarkan perniagaan mereka. Lebih mantap bila ada yang membuat jualan online secara live terus kepada pembeli.
Namun tidak semua orang sanggup dan gugup atau malu bila berhadapan dengan kemera! Malah, lebih kasihan bila ramai juga yang tidak tahu bagaimana untuk membuat live di sosial media.
Jadi kali ini, MASKULIN bawakan Faizul Ikhwan, seorang founder Pengasas Rahsia Ceramah Memukau, speaker dan business owner untuk mengajar step by step untuk lakukan business online secara live.
Menurutnya, ada 4 step bagaimana untuk live di Facebook dan Instagram agar nampak lebih confident dan berpengaruh di online.
Step 1: Anda perlu tahu tujuan anda live? Dari situ anda tahu bagaimana sepatutnya anda live dan anda boleh gunakan kaedah yang paling tepat untuk menarik minat audience.
Step 2: Buat Talking point anda. Lebih baik anda create atau ceritakan tentang dilema yang dihadapi oleh audience anda. Selepas itu tambah kepedihan pada dilema yang dihadapi, sehingga audience anda rasa andalah individu yang paling sesuai untuk dirujuk. Anda seharusnya menjadi ‘superman’ yang membantu mereka.
Step 3: Kena buat checklist sebelum live. Terdapat 3 checklist paling penting ketika anda membuat live. Pertama pastikan audio anda jelas dan terang, kedua pastikan background anda tiada unsur-unsur menarik perhatian audience atau rasa terganggu dan yang terakhir, padamkan semua call in atau buat mood airplane pada smartphone dan divice anda supaya tidak menganggu ketika anda sedang live.
Step 4: Anda perlu tandakan Kawasan kamera pada device dan smartphone anda supaya ada titik fokus dan seperti anda sedang melihat audience secara live.
Sumber: Faizul Ikhwan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
PMX Dinobat Antara Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Dikenali dan dihormati sebagai seorang tokoh politik yang berprinsip tinggi serta memperjuangkan keadilan sosial, hak asasi manusia, dan reformasi politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah berjaya menduduki tempat ke-15 dalam senarai The World’s 500 Most Influential Muslims (Muslim Paling Berpengaruh) bagi edisi 2025, yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) dari Jordan.

Menurut laporan Malay Mail , ini merupakan peningkatan buat Anwar, yang pada tahun sebelumnya berada di tangga ke-17 dalam kategori yang sama.
Berita pengiktirafan ini turut dikongsikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kejayaan tersebut melalui aplikasi X.
Nga menyatakan bahawa Anwar adalah contoh pemimpin yang mampu memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Dalam penerbitan tersebut, Anwar disenaraikan bersama nama-nama besar lain seperti Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein, yang menduduki tempat pertama, dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul-Aziz Al-Saud (kelima), serta Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (ke-18).
Tahniah PMX!
BACA LAGI : 10 Ciri-Ciri Lelaki Takut Bini, Salah Satunya Banyak Alasan Bila Kawan Ajak Lepak
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Azizulhasni Awang Kongsi Kisah Hampir ‘Ditendang’ Kerana Sokong Gaza

Seluruh dunia kini mengecam keras tindakan dan jenayah perang yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap bumi Palestin terutamanya di Gaza yang berlaku sekarang.
Ini bukanlah kali pertama malah kekejaman daserangan tak berperikemanusiaan ini telah berlarutan selama berdekad lamanya. Lebih malang lagi kebanyakan yang menjadi mangsa ialah golongan orang tua dan juga kanak-kanak. Terbaru, serangan terhadap sebuah hospital telah mengakibatkan ratusan nyawa tidak bersalah telah terkorban.
Selain orang awam individu-individu berpengaruh seperti pemimpin, artis, selebriti dan juga ahli sukan profesional mula menyuarakan sokongan mereka terhadap Palestin dan mengecam jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis.

Namun malangnya suara-suara ini kebanyakannya disekat tertutamanya di negara-negara luar seperti di Eropah. Jaguh dan legenda lumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang berkongsi sebuah kissah bagaimana dia hampir disingkirkan dari kejohanan dan perkampungan suka ketika menyertai pertandingan besar di Eropah.
“Pada Julai 2014, saya hampir di tendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.
Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej Save Gaza di atas glove yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia,” jelas beliau melalui satu perkongsian di Facebook kendaliannya.

Menurutnya lagi, ketika kejohanan itu berlangsung, Gaza berdepan serangan yang cukup dahsyat dan dibom tentera rejim tersebut. Pada serangan itu juga menyaksikan ramai mangsa menjadi korban termasuklah wanita, kanak-kanak dan juga bayi.
“Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan. Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.
“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula. Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai freedom of speech dan juga humanitarian support,” tambannya lagi.
Azizulhasni terus menyeru rakyat Malaysia dan masyarakat dunia amnya untuk terus memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.
Teruskan memberi sokongan anda dari apa jua bentuk dan cara. Semoga Palestin akan bebas!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI