Berita

Charlie Puth Tamatkan Zaman Bujang, Kahwini ‘Childhood Bestie’

Share

Jodoh boleh hadir dalam bentuk yang tidak dijangka. Penyanyi popular Amerika Syarikat, Charlie Puth mengejutkan ramai apabila menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya Brooke Ashley Sansone yang juga ‘childhood bestie’ nya .

Selepas lebih dua tahun bercinta, penyanyi Charlie Puth, 32, akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya  pada 7 September lalu dalam majlis tertutup.

Puth berkongsi berita gembira itu hari ini dan menyatakan dirinya adalah lelaki paling terbahagia dapat memperisterikan Brooke yang bekerja sebagai penyelaras pemasaran digital itu.

 

“Ayah kami ke sekolah yang sama, dan kami berdua dibesarkan di New Jersey,” kata Brooke. “Sememangnya ada tarikan antara kami, tetapi mungkin kerana masa itu kami masih muda jadi hubungan kami tidak menjadi, sehinggalah sekarang. Jelas membuktikan bahawa masa adalah segala-galanya.”

Charlie Puth

Memilih kediaman Puth sebagai lokasi perkahwinan

Menerusi foto dikongsinya, majlis mereka diadakan di luar kediaman keluarga Puth di Montecito, California. Mereka kelihatan cukup berseri dalam busana kahwin ringkas.

Pasangan itu mulai bercinta sejak Jun 2022. Kemudian pada 5 September tahun lalu, penyanyi One Call Away itu melamar Sansone. Tiada majlis besar, Puth melamarnya secara ringkas sebelum berkongsi khabar gembira dengan keluarga tercinta mereka.

“Cuma kami berdua saja, berkongsi makanan Cina atas sofa dan momen intim yang sungguh indah. Selepas itu, kami hubungi keluarga menerusi Facetime untuk kongsi berita itu,” katanya.

Seperti Charlie, mungkin tiba masanya untuk melihat kembali hubungan yang ada di sekeliling, dan siapa tahu, mungkin jodoh kita sebenarnya adalah seseorang yang telah lama kita kenali.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber : 1

Published by
Nana