Jodoh boleh hadir dalam bentuk yang tidak dijangka. Penyanyi popular Amerika Syarikat, Charlie Puth mengejutkan ramai apabila menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya Brooke Ashley Sansone yang juga ‘childhood bestie’ nya .
Selepas lebih dua tahun bercinta, penyanyi Charlie Puth, 32, akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya pada 7 September lalu dalam majlis tertutup.
Puth berkongsi berita gembira itu hari ini dan menyatakan dirinya adalah lelaki paling terbahagia dapat memperisterikan Brooke yang bekerja sebagai penyelaras pemasaran digital itu.
“Ayah kami ke sekolah yang sama, dan kami berdua dibesarkan di New Jersey,” kata Brooke. “Sememangnya ada tarikan antara kami, tetapi mungkin kerana masa itu kami masih muda jadi hubungan kami tidak menjadi, sehinggalah sekarang. Jelas membuktikan bahawa masa adalah segala-galanya.”
Charlie Puth
Memilih kediaman Puth sebagai lokasi perkahwinan
Menerusi foto dikongsinya, majlis mereka diadakan di luar kediaman keluarga Puth di Montecito, California. Mereka kelihatan cukup berseri dalam busana kahwin ringkas.
Ads
Pasangan itu mulai bercinta sejak Jun 2022. Kemudian pada 5 September tahun lalu, penyanyi One Call Away itu melamar Sansone. Tiada majlis besar, Puth melamarnya secara ringkas sebelum berkongsi khabar gembira dengan keluarga tercinta mereka.
“Cuma kami berdua saja, berkongsi makanan Cina atas sofa dan momen intim yang sungguh indah. Selepas itu, kami hubungi keluarga menerusi Facetime untuk kongsi berita itu,” katanya.
Ads
Seperti Charlie, mungkin tiba masanya untuk melihat kembali hubungan yang ada di sekeliling, dan siapa tahu, mungkin jodoh kita sebenarnya adalah seseorang yang telah lama kita kenali.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Malaysia tanah tumpahnya darahku. Mungkin itulah semangat istimewa yang tersemat di setiap sanubari anak bangsa Malaysia pada ketika ini. Tatkala negara berdepan krisis yang cukup mencabar semakin ramaipihak tampil untuk membantu mereke yang memerlukan dan juga barisan hadapan kita berdepan ancaman COVID-19.
Beberapa hari lalu kita telah menyaksikan pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwil mengambil inisiatif menjahit pakaian perlindungan untuk pasukan perubatan. Beliau juga menyeru lebih ramai tukang jahit untuk sama-sama menaburkan bakti dengan melakukan perkara sama.
Dan terbaru, pereka fesyen duo popular Rizman Ruzaini turut megambil langkah yang lebih kurang sama bagi menghargai barisan hadapan negara.
Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil yang merupakan pengasas jenama Rizman Ruzaini pada mulanya memuat naik pengumuman di Instagram rasmi mereka untuk menghadiahkan 3 set baju rata buat pemenang paling kreatif.
Jelas mereka, pemenang dipilih daripada kalangan barisan hadapan yang memuat naik foto mereka ketika bertugas untuk negara. Bagi Rizaman Ruzaini ini adalah usaha kecil yang boleh dilakukan mereka yntuk menceriakan hati barisan hadapan negara.
Namun semalam, Rizman Ruzaini telah melakukan kejutan apabila mengumumkan kesemua wira-wira barisan hadapan yang memuat naik foto dan menyertainya merupakan pemenang.
“Terima kasih kepasa setiap wira yang mengambil bahagian dengan tagging foto anda semua. Pada awalnya kami ingin memberikan kepada 3 pemenang sahaja. Tapi kami ingin maklumkan anda semua adalah pemenang!
“Kami akan hadiahkan setiap orang dengan sepasang baju raya! Tidak banyak yang Rizaman Ruzaini boleh lakukan untuk membantu tatapi diharapkan token kecil ini boleh menceriakan anda barisan hadapan negara!”
Rata-rata follower Rizman Ruzaini tersentuh dengan sumbangan dan penghargaan yang diberikan mereka kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak wabak COVID-19 menimpa negara.
Semoga lebih banyak pereka fesyen dan dalam apa jua industri tampil ke hadapan bagi membantu mereka.
Legenda sukan basikal trek tanah air, Dato Muhammad Azizulhasni Bin Awang merupakan antara harapan negara untuk membawa pibgat di Sukan Olimpik yang sedang berlangsung di Tokyo, Jepun. Beliau yang turut diberi nama gelaran ‘The Pocket Rocketman’ cukup disegani ramai di kalangan atlet berbasikal kerana kehebatannya di atas trek.
Walaupun mempunyai fizikal lebih kecil berbanding pengayuh dari negara-negara Barat namun ia tidak menjadi penghalan kepada Azizul untuk menjadi antara yang terbaik di dunia. Pentas Olimpik kali ini cukup istimewa buat Azizul yang menggalas harapan negara terutama dalam acara kegemarannya, Keirin.
Foto: FB Azizulhasni Awang
Lebih istimewa untuk sukan Olimpik kali ini, Azizul membawakan ‘senjatanya’ yang terbaru dalam bentuk sebuah basikal berteknologi paling tinggi. Basikal yang dimaksudkan ialah WX-R Vorteq yang dihasilkan khusus untuk Azizul gunakan dalam perlumbaan Olimpik.
Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah pengamal media serta peminat sukan berbasikal memberikan tumpuan yang agak luar biasa kepada basikal ini kerana ia dianggap senagai basikal trek paling mahal pernah dihasilkan. Difahamkan WX-R Vortex bernilai GBP60,000 yang bersamaam kira-kira RM352,000!
Mungkin anda hairan apa yang membuatkan basikal ini sangat mahal? Pertama sekali Vorteq menggunakan teknologi karbon fiber yang beratio tinggi. Malah, ia merupakan satu rahsia besar mereka tentang bahan sebenar yang digunakan.
Sebelum digunakan untuk perlumbaan rasmi, basikal ini telah melalui banyak ujian berteknologi tinggi. Antara ujian yang dilakukan ialah CAD (Computer Aided Design), to FEA (Finite Element Analysis) dan CFD (Computational Fluid Dynamics).
Ia juga melalui ujian statik dan dinamik struktur di dalam terowon angin bagi mencari keseimbangan serta aerodinamik yang paling mantap pernah dihasilkan.
Berbeza dengan beberapa frameset pengeluar lain, Vorteq ditawarkan dalam bentuk ‘a la carte’ di mana ia boleh dibeli mengikut komponen. Berikut merupakan harga beberapa komponen basikal WX-R Vorteq:
Fork – RM29,300
Tayar bersama rim – RM35,200
Upper seatpost – RM17,600
Integrated handlebar/stem – RM58,660
Saddle – RM17,600
Untuk pengetahuan anda harga RM352,000 yang dinyatakan di atas adalah tidak termasuk dengan aksesori tersebut. Maka untuk keseluruhan lengkap basikal WX-R vortex ia menelan jumlah sebanyak GBP80,000 (RM469,290).
Ia juga dikeluarkan dalam dua saiz berbeza sahaja iaitu small dan medium. Tidak hairanlah ramai peminat sukan basikal trek global memberikan fokus cukup hebat kepada Azizul di Olimpik kali ini.
Semoga perjuangan Azizul di Sukan Olimpik akan menghadirkan sebutir pingat untuk negara tercinta. Selamat berjuang The Pocket Rocketman!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan di Malaysia.
Beliau adalah pemilik dan Pengarah Urusan Weststar, sebuah syarikat yang terkenal dengan kepakaran dalam industri penerbangan dan automotif.
Lelaki Melayu Terkaya, Sanggup Letak Jawatan Pangkat Mejar
Kisah kejayaan beliau bukan sahaja menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia, malah menjadi bukti bahawa dengan usaha gigih dan keberanian, kejayaan boleh dicapai walau dari mana pun kita bermula.
tan-sri-azman
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim pernah berkidmat selama 13 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia sehingga mendapat pangkat Mejar. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini memulakan kerjaya awalnya sebagai seorang anggota tentera.
Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia.
Masa itu beliau tidak memiliki AP (Approbed Permit). Jadi, tidak boleh sesuka hati untuk import kereta luar dari Malaysia.
Namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Sejak dari itu, bisnesnya semakin maju & terkenal. Tetapi, apabila kerajaan mengumumkan dasar baru, Approved permit tersebut tidak dapat digunakan dan hanya Franchise Permit (FP) sahaja yang dibenarkan.
Bukan senang nak dapatkan FP ni. Hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat menjadi pengedar. Akhirnya beliau dipilih utk menjadi salah seorang pengedar sah untuk Honda, Suzuki & Chevrolet.
Beli Helikopter Untuk Kegunaan Sendiri
Syed Azman pernah berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak dihabiskan di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.
Penubuhan Weststar
Pada tahun 2003, Tan Sri Syed Azman menubuhkan Weststar Group, sebuah syarikat yang bermula dengan penjualan kenderaan. Namun, beliau tidak berhenti di situ sahaja. Melihat potensi dalam industri penerbangan, beliau memperluaskan sayap perniagaannya dengan menubuhkan Weststar Aviation Services, yang kini menjadi salah satu penyedia perkhidmatan helikopter terbesar di Asia Tenggara.
Weststar Aviation Services menyediakan perkhidmatan helikopter untuk industri minyak dan gas, serta perkhidmatan perubatan kecemasan. Kejayaan syarikat ini telah membawa Tan Sri Syed Azman ke persada antarabangsa, menjadikan Weststar sebuah jenama yang dipercayai dan dihormati dalam industri penerbangan.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Beberapa perniagaan yang telah dijalankan oleh syarikat itu termasuk industri pertahanan, hartanah dan pembinaan, insurans, makanan dan minuman, dan ICT. Ia belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan sebagainya.
Kejayaan dan Pengiktirafan
Di bawah kepimpinan Tan Sri Syed Azman, Weststar telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau diiktiraf sebagai salah satu usahawan yang paling berjaya di Malaysia dan sering dijemput untuk berkongsi pengalaman serta pandangan beliau dalam forum-forum perniagaan.
Selain daripada kejayaan dalam perniagaan, Tan Sri Syed Azman juga dikenali sebagai seorang dermawan yang aktif dalam kegiatan kebajikan. Beliau sering menyumbang kepada pelbagai program komuniti dan pendidikan, serta membantu golongan yang memerlukan.
MASKULIN : Hebat tuan Syed! Pokok pangkal, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Paling penting, bila kaya tak perlu nak menunjuk-nunjuk dan membantulah orang yang memerlukan.