Cermin mata Mahatma Gandhi cukup ikonik dalam sejarah dunia. Namanya bukan sahaja terkenal dan disebut di bibir rakyat India. Malah ikon spiritual dan tokoh politik dikenang sebagai antara figura penting mempromosikan gerakan demonstrasi tanpa keganasan. Wajahnya dengan cermin mata cukup dikenali seantero dunia.
Maka tidak hairanlah apabila cermin mata yang dipakainya dahulu mempunyai nilai yang luar biasa tinggi. Terbaru dilaporkan bahawa cermin mata Mahatma Gandhi telah berjaya dilelong dan dijual pada harga lebih RM1.42 juta. Ia telah dilelong dalam satu majlis lelongan di East Bristol Auctions.
Menurut laporan, cermin mata daripada pemimpin tersohor itu dibeli menerusi panggilan telefon oleh seorang pengumpul dari Amerika Syarikat. Harga jualan cermin mata tersebut juga dikatakan dijual melebihi daripada harga jangkaan.
Ia juga telah memecahkan rekod baharu buat East Bristol Auctions. Cermin mata Mahatma Gandhi tersebut sebelum ini dimiliki oleh seorang warga emas dari Magotfield, UK yang mengatakan cermin mata tersebut telah diwarisi dari generasi ke generasi seterusnya dalam keluarga. Ia menjadi milik keluarganya selepas salah seorang ahli keluarga bertemu Mahatma Gandhi sekitar tahun 1920-an.
Lebih menarik lagi warga emas tersebut tidak sedar bahawa cermin mata tersebut mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi. Cermin mata itu telah disimpan di dalam laci almarisejak 50 tahun yang lalu.
Lelongan ini juga dikatakan antara yang paling tinggi dicatatkan untuk sebuah cermin mata dalam sejarah.
Sumber: BBC
Jika anda ingin mencari cermin mata hitam untuk gaya menarik, boleh dapatkan di sini!