Kaca mata bukan hanya boleh memberi nafas segar dan baru pada pakaian yang kita sedia ada, malahan ia adalah satu cara yang paling ekonomi untuk kita mengikut peredaran gaya trend terkini.
Kini lebih banyak jenama kaca mata hitam yang tidak begitu mahal terdapat di pasaran, dibandingkan dengan kategori aksesori yang lain. Sememangnya kaca mata punyai variasi pilihan rekaan dalam pelbagai bentuk saiz, tata hias dan perincian untuk semua individu.
Memadankan kaca mata dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi penampilan gaya maskulin anda agar lebih hebat, terutama untuk anda yang ingin nampak berbeza di hari raya.
Kini terdapat kaca mata yang bingkainya diperbuat daripada bahan yang paling eksklusif dan unik seperti tanduk asli dan pelbagai bahan lagi. Rekaan ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Di sini saya sertakan panduan asas bagi pemilihan sepasang cermin mata yang dapat memberi keseimbangan serta dapat menyerlahkan keistimewaan raut wajah anda.
Tip memilih sepasang cermin mata
1-Saiz penting
-Bagi memiliki cermin mata yg tampak seimbang dengan bentuk muka, pastikan bahagian atas bingkai sama ada selari dengan kening atau berada sedikit di bawah kening. Bingkai cermin mata yang berada di atas kening akan tampak seolah-olah kening anda berganda dan keadaan ini membuatkan anda tampak macam orang terkejut.
Ads
-Bahagian tepi bingkai, iaitu tangkai atau batang bingkai tidak sepatutnya nampak terlalu terkeluar daripada wajah sisi anda.
-Bahagian bawah bingkai tidak sepatutnya mencecah pipi. Kesilapan inilah yang sering berlaku. Cermin mata yang terletak terlalu rendah pada pipi membuatkan mata seperti terapung pada bahagian atas cermin. Mata anda sepatutnya berada ditengah-tengah cermin.
2-Hidung
-Hidung panjang yang kecil boleh diberikan ilusi sedikit pendek jika kita memilih cermin mata yang sesuai. Pilih reka bentuk perangkai (bridge) yang rendah.
-Bagi hidung yang pesek dan penyek, pilih bentuk perangkai yang tinggi untuk membentuk ilusi hidung yang panjang dan kecil.
Ads
3-Mata
-Jarak sepasang mata yang jauh boleh didekatkan dengan memakai cermin mata berwarna gelap dan berbingkai berat.
-Untuk memberi ilusi sepasang mata yang jauh bagi mereka yang punyai sepasang mata yang dekat, pilihlah perangkai yang cerah dan lut sinar.
4-Ringan berat cermin mata
-Jika anda berbadan rendah dan mempunyai raut wajah yang lembut, wajah anda mungkin akan tenggelam pada cermin mata yang berat. Pilihan yang tepat adalah cermin mata berbingkai kecil dengan buatan metal yang ringan atau cermin mata tanpa bingkai adalah lebih menarik.
Ads
-Tetapi jika anda berbadan besar dan mempunyai rangka yang besar, memakai cermin mata kecil tampak seperti tidak kena. Oleh itu, pilih cermin mata yang besar dengan bingkai yang berat untuk memberi keseimbangan secara keseluruhan.
1-Asingkan jeans ketika mencuci- Jangan campur adukkan jeans dengan pakaian lain ketika mencuci. Ini adalah untuk mengelak kerosakkan pada tekstur jeans tersebut. Lebih malang lagi sekiranya pakaian yang bercampur-aduk itu jenis mudah luntur warnanya. Ini dikhuatiri jeans anda berubah warna.
2-Mencuci bahagian luar dan dalam- Ketika mencuci jeans, anda perlu mencucinya bukan sahaja di bahagian luar tetapi juga di sebelah dalam. Ini penting untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri pada jeans kesayangan anda itu.
3-Elak Guna Bahan Kimia- Perlu ingat! jangan sesekali gunakan sebarang bahan kimia selain sabun pencuci biasa untuk mencuci jeans. Bahan kimia kemungkinan boleh merosakkan tekstur jeans anda. Warna asal jeans juga akan berubah sekiranya anda menggunakan bahan kimia yang salah.
4-Katakan “TIDAK” pada Mesin Pengering!- Mungkin ramai jejaka maskulin di luar sana tidak ambil peduli mengenai hal ini. Salah satu perkara yang boleh merosakkan jeans anda adalah mesin pengering. Ingat!, elak mengeringkan jeans anda menggunakan mesin pengering kerana ini akan meregang dan merosakkan helaian-helaian tekstur asal jeans atau denim anda.
5-Elak menjemur jeans di bawah terik matahari- Satu lagi perkara yang perlu dielak (sebenarnya ramai yang lakukan) adalah menjemur jeans di bawah terik cahaya matahari. Jangan sesekali jemur jeans kerana boleh menyebabkan jeans mengecut dan rosak dengan cepat. Sebaliknya, pilihlah tempat yang lebih redup.
6-Gantung dan Anginkan– Untuk mengeringkan jeans yang telah dicuci, anda boleh menggantungnya di tempat yang redup dan mempunyai pengaliran udara ysempurna. Kaedah towel dry adalah yang terbaik bagi mengeringkan jeans iaitu menggantung tanpa melipatnya.
PETUA MUDAH
-Campurkan sedikit cuka dan air sejuk untuk membilas jeans anda dan kemudian bilas dengan air bersih sekali lagi. Kaedah ini dipercayai berkesan untuk mengekalkan warna asal jeans.
-Jeans atau apa-apa sahaja yang datang dari keluarga denim, tidak perlu dicuci selalu. Ini kerana jeans yang tidak selalu dibasuh akan fit dengan saiz pemiliknya. Jika ingin mencucinya, pastikan ia sudah dipakai sekurang-kurangnya lima kali atau lebih. Tahukah anda, lebih lama tidak dicuci, lebih lembut dan cantik jeans anda. Sekiranya jeans anda adalah jenis mudah regang atau stretch jeans, anda perlu lakukan sebaliknya.
– Kebanyakan dari kita akan acapkali mengeluh apabila jeans yang di pakai terkena air laut atau air masin. Ia akan keras dan bertompok-tompok putih. Penyelesaiannya, mudah sahaja. Hanya ambil sebaldi air panas dan wapkan bahagian yang terkena air laut atau air masin tersebut.
-Jangan menggunakan pencuci jenis serbuk kerana ia akan kelihatan tompok-tompok putih apabila kering, sebaliknya gunakan pencuci jenis cecair.
Tau dak, Penang sebenarnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Selalu anda ke Penang pasti anda tidak melepaskan peluang untuk melalui jambatannya yang panjang dan makan nasi kandar kan? Tahukah anda bahawa Penang juga mempunyai tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Jika anda merancang untuk ke ke Penang untuk bercuti, jangan lupa untuk ke tempat-tempat ini.
Bukit Bendera
Masih ingat filem Ali Setan? Melalui filem ini sebenarnya anda dapat tengok keindahan bukit bendera. Namun Bukit Bendera ketika itu dan kini amatlah berbeza. Cable car yang berfungsi juga sudah canggih. Jika anda ke Penang, anda wajib naik Bukit Bendera.
The Habitat
Anda tak perlu ke Langkawi untuk menikmati jambatan gantung, di Penang pun boleh. Selain dari jambatan gerun buat mereka yang gayat, anda juga boleh melihat binatang dan kecantikkan alam hijau yang makin pupus hari ini. Sesuai untuk mereka yang gemar dengan percutian alam
Penang Escape Water park
Jika anda ke Penang bersama keluarga, jangan lupa luangkan masa sehari untuk menikmati keseronokan water park ini. Pelbagai mainan disediakan untuk anda yang gemar sukan lasak dan juga anak-anak yang suka bermain air.
Penang Avatar Secret Garden
Tempat ini sesuai dikunjungi pada waktu malam. Ini kerana dekorasinya yang unik dengan lampu-lampu neon pasti buat anda tertarik. Anda pernah tonton Avatar? Nama diambil sempena filem tersebut. Kalau anda pergi ke sini, pasti anda akan fefiling macam dalam filem Avatar.
The Top, Komtar
Jangan pandang rendah dengan bangunan mercu Penang itu tau. Jika anda ke The Top Komtar pada waktu malam, anda pasti dapat melihat keindahan Penang dengan lampu-lampu cantik pada waktu malam. Disinilah anda boleh ber selfie dengan kawan-kawan atau pasangan anda. Menarik kan?
The Camera Museum
Kalau anda seorang photographer atau suka dengan barang-barang antik, anda boleh melawat tempat ini. Disini anda boleh melihat pelbagai jenis kamera sejak ia diperkenalkan. Dalam masa yang sama, anda boleh mengamati cara kamera berfungsi sebelum DSLR dan Smart Phone diperkenalkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak semua lelaki dilahirkan dengan fizikal tinggi lampai. Walaupun tidaklah dapat kita nafikan wanita lebih suka kepada lelaki lebih tinggi namun ia tidak bermakna lelaki berbadan kecil atau kurang tinggi tidak boleh tampil bergaya dan menarik di mata wanita!
Ia sebenarnya bergantung juga kepada bagaimana anda mengenakan pakaian dan memilih fesyen yang sesuai. Terdapat beberapa trik gaya yang boleh anda ikuti dan tidak kurang juga beberapa gaya fesyen harus anda elak untuk nampak lebih menarik dan tinggi.
Dalam dunia sekarang ketinggian bukanlah segalanya kerana keyakinan diri dan kejayaan dalam kerjaya boleh menjadi penentu ukur kewibawaan seorang lelaki. Buat anda bersaiz kecil boleh iktu beberapa trik fesyen di bawah!
UKURAN LABUH BAJU
Selain seluar yang baggy anda juga perlu elak memakai baju bersaiz besar. Dan antara yang penting sekali jangan pakai t-shirt yang mempunyai labuh melebihi parasatulang pinggul. Baju yang terlalu labuh akan membuatkan kaki anda nampak lebih pendek.
PILIH WARNA MONOKROM
Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang menggunakan tema warna monokrom. Maksud monokrom di sini ialah anda memakai pakaian yang menggunakan satu warna untuk satu jenis pakaian. Contohnya jika anda pakai baju putih pastikan seluar lebih terang seperti warna hitam atau biru. Pastikan warna seluar lebih terang daripada baju.
LENGAN BAJU PENDEK
Anda ada lengan yang berotot? Usah terlalu obses untuk tayangkan otot anda kepada umum kerana lengan terlalu pendek hanya membuatkan anda nampak lebih pendek. Jika lengan anda nampak pendek, badan anda juga akan nampak sama.
JANGAN PAKAI SELUAR BESAR
Seluar jenis baggy atau mempunyai ukuran pinggang rendah perlulah anda elakkan. Menggunakan seluar baggy akan membuatkan anda nampak lebih rendah dan memendekkan garis kaki. Pastikan juga anda tak memakai seluar yang mempunyai ‘cawat’ labuh.
PAKAI BLAZER
Ya, memakai blazer yang sesuai mampu memberikan imej anda lebih tinggi. Tapi carilah blazer yang mempunyai saiz slim fit dengan badan anda. Jika anda berdiri sentiasa pastikan anda mengenakan butangnya. Ia akan memberikan gambaran slim yang menampakkan dada anda lebih bidang sekaligus lebih tinggi.
TEMPAHAN TUKANG JAHIT
Untuk pakaian tertentu seperti sut, baju melayu dan seluar kerja seeloknya ada menempahd engan tukang jahit. Ini kerana saiz seluar yang terdapat di pasaran biasanya tidak sesuai untuk anda yang rendah. Ini kerana ration saiz pinggang dan ketinggian yang disediakan biasanya tak sesuai dengan anda. Jika menempak dengan tukang jahit anda akan perolehi pakaian yang benar-benar fit dengan badan.
TERLALU BANYAK AKSESORI
Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan tidak terlalu sarat menggunakan aksesori seperti rantai, kepala tali pinggang yang besar, gelang besar dan juga kasut yang berwarna terlalu terang. Penggunaan aksesorui yang banyak hanya menampakkan anda lebih pendek. Ingat, anda harus simple dan bersahaja untuk berikan ilusi dan tampil lebih tinggi.
Jangan lupa subscribe Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.