PECAH KLAIM KERETA CERMIN

Semalam warganet terutamanya di Twitter heboh membicarakan tentang kemalangan yang melibatkan Menteri Sains, Telnologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. Kelamangan tersebut berlaku ketika beliau menunggang basikal dan terjatuh ke dalam lubang yang agak dalam di atas sebuah jalan raya persekutuan. Itu perihal jalan berlubang. Bagaimana pula jika cermin kereta kita yang pecah akibat terkena batu daripada kontraktor tukang mesin rumput?

Kita sebagai pengguna jalan raya sebenarnya ada hak untuk melakukan tuntutan. Sama ada disebabkan jalan berlubang atau cermin terkena batu akibat tukang mesin rumput, ia boleh dituntut daripada pihak bertanggungjawab.

Bayangkan anda tengah asyik memandu tiba-tiba dikejutkan cemin kereta pecah tiba-tiba akibat terkena batu. Pertama sekali anda harus bertenang dan jangan panik. Perlahankan kenderaan dan berhenti ke tepi.

Ikuti langkah berikut untuk melakukan klaim atau tuntutan.

AMBIL GAMBAR

Selepas turun dari kenderaan perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah ambil gambar kerosakan cemrin kenderaan anda. Ambil beberapa keping foto dari tiga atau empat sutu berbeza.

DAPATKAN NAMA

Anda juga jangalah turun marah-marah atau maki hamun pekerja kontraktor yang memotong rumput. Sebaliknya rapatilah mereka dengan baik. Minta maklumat seperti nama syarikat kontraktor atau majikan mereka. Ambil foto mereka sekali.

Cermin Kereta Pecah Terkena Batu Dari Kontraktor Mesin Rumput, Ini Cara Klaim!

ANDA BOLEH KLAIM

Tahukah anda bahawa setiap syarikat yang mendapat kontrak untuk melakukan penyelenggaraan seperti memotong rumpur mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.

BACA: Tekan Tak Naik Atau Turun, Masalah Tingkap Kereta Datang Dari Tiga Punca Ini

BUAT LAPORAN POLIS

Selepas mendapatkan maklumat tentang pihak kontraktor bertanggungjawab, anda boleh buat laporan polis dalam tmpoh 24 jam. Selepas selesai membuat laporan, bawa laporan polis itu ke bengkel panel insurans syarikat kontraktor untuk mendapatkan cemrin baru.

Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.

Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.

Follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI