Cermin Berkabus Masa Hujan, Ini Cara Nak ‘Settle’kannya Dengan Mudah

Share

Setiap pemandu pasti pernah mengalami masalah cermin berkabus ketika hujan lebat. Sudah berkali-kali dilap tapi cermin masih lagi kabur sehingga menyebabkan pemanduan anda kurang jelas.

Apatah lagi sekarang ini memang musim hujan dan ada ketikanya turun dengan lebat hingga langsung tak nampak jalan. Lagi panik, jika aircond kenderaan anda pula rosak.

Pastinya ini akan menambahkan lagi masalah cermin berkabus yang menghalang pandangan luar anda ketika memandu. Tentu sahaja perkara ini memberi risiko kemalangan bukan sahaja pada pemanduan anda tetapi juga untuk pengguna jalan raya yang lain.

Jangan terus memandu dalam keadaan sebegini kerana ia membahayakan nyawa anda dan orang lain. Tangani segera agar pemanduan lebih lancar dan anda tiba ke lokasi dengan selamat.

Walaupun di pasaran ada dijual produk untuk menghalang cermin kereta berwap, namun ada cara lain yang boleh ‘settle’ kan masalah ini dengan mudah.

Anda boleh lakukan cara ini sebelum memulakan pemanduan sebagai langkah pencegahan awal sekiranya hari hujan.

Foto: Charlie Deets via Unsplash

Artikel berkaitan: Ini Sebabnya Kenapa Pasang Lampu Putih HID Berbahaya Terutamanya Pada Waktu Hujan!

Artikel berkaitan: Power Window Kereta Rosak, Lihat Masalah & Cara Baikinya

1. Ubat gigi

Memang tak dinafikan ubat gigi banyak kegunaannya. Bukan hanya untuk menggosok gigi sahaja, ia juga boleh membantu menghilangkan kabus pada cermin kereta anda. Anda haya perlu sapukan ubat gigi itu sehingga rata pada bahagian dalam cermin kereta dan kemudian, lapkan dengan kain mikrofiber. Cara ini dapat mencegah kenderaan wap air daripada mengaburi cermin kereta anda.

2. Krim pencukur atau minyak rambut

Cara penggunaannya sama seperti anda menggunakan ubat gigi tadi. Jika anda menggunakan minyak rambut, pastikan anda guna jenis cecair (lutsinar) dan bukannya jenis krim ataupun gel, tidak kira apa jenama sekalipun. Dengan menggunakan bahan ini tiada lagi masalah berkabus apabila hujan lebat dan aircond kereta masalah.

3. Syampu

Sapukan sedikit syampu pada cermin tanpa air dan gosok dengan rata. Kemudian anda lap secara perlahan untuk menghilangkan kesan syampu tadi menggunakan surat khabar, tisu atau kain mikrofiber.

4. Ubi Kentang

Ubi kentang juga boleh dijadikan alternatif untuk mengatasi masalah berkabus ini. Caranya juga mudah. Anda hanya perlu ambil sebiji ubi kentang dan potong dua. Gosokkan bahagian dalam ubi kentang tadi pada bahagian dalam cermin kenderaan anda. Biarkan cermin anda kering dahulu dan lap cermin dengan tisu kering. Cara ini dapat membersihkan cermin sekali gus meninggalkan lapisan yang akan mencegah pengewapan pada tingkap kenderaan.

Selain digunakan pada cermin kenderaan, anda juga boleh menggunakan cara yang sama pada cermin mata atau visor helmet untuk mengatasi masalah cermin berkabus.

Subscribe dan tonton video Fitness di Youtube MASKULIN

 

Published by
Team Maskulin