Tak dinafikan gula antara penyebab berat badan seseorang mudah naik. Jika berhasrat untuk menurunkan berat badan, langkah awal yang anda harus ambil adalah cerai talak tiga dengan gula.
Kalau perkara ini antara boleh lakukan, tak mustahil syarat-syarat lain untuk mengurangkan berat badan boleh dicapai dengan jayanya.
Jom hidup sihat dengan hilangkan 10 kilogram selama 10 minggu seperti yang dikongsikan Coach Tengku Asmadi menerusi laman web beliau, mrtengkuasmadi.com.
Semoga anda berjaya mencapai berat badan ideal yang diimpikan.
BACA: Pelan Diet 7 Hari Untuk Yang Nak Kurus. Kalau Konsisten, 2 Bulan Boleh Turun 10-15kg!
Ramai yang mesej saya tanya madi boleh ke saya nak turunkan berat badan, Jawapan saya pasti boleh. Ini saya kongsikan tips turunkan 10kg dalam masa 10 minggu. Apa yang saya boleh beritahu ini yang anda perlu lakukan dengan kadar segera.
Cerai talak tiga takda cina buta dengan gula putih dan juga tepung putih. Ini langkah awal anda kena lakukan. Anda berani?ingat tau takda kes rujuk kembali.
Pastikan juga buang segala nugget, sosej, dan frozen food dalam rumah anda. Makanan proses ini mempunyai bahan pengawet yang bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan tetapi sangat mempengaruhi berat badan.
Segala jenis jajan macam kerepek pisang, ubi ke atau apa sahaja yang di panggil jajan sila jauhkan diri. Nampak macam makan sikit kan tetapi kita terlupa sikit-sikit lama-lama jadi bukit lemak tu.
BACA: Makan Buah GI Rendah Ikut Waktu Yang Sesuai Masa Diet Kalau Nak Cepat Kurus!
Pergi pasar tani borong segala jenis buahan dan sayuran. Tak perlu buah yang pelik-pelik. Saya sendiri bekalan buah biasanya pisang berangan, betik , mangga, jambu bata, nenas. Jangan lupa ulaman macam kacang botol, ulam raja dan lain-lain. Masa inilah nak kenal ulaman ya.
Jangan gatal-gatal pergi beli ubat kurus lak ya, mentang-mentang nak turunkan berat segera terus cari cara pintas. Jangan nak tertipu ya dengan janji-janji manis tu. Telan ubat kurus tapi makan ke lautan dalam takdanya menjadi.
Mulakan masak di rumah. Bila anda masak sendiri anda boleh kawal apa yang anda masukan dalam masakan. sama ada letak msg , gula ke atau terlebih garam. Makanan sihat ini sangat mudah dan sedap. Masa ini anda boleh jadi chef dah tak bertauliah pun takpa.
BACA: Coach Ini Kongsi 12 Idea Jimat Pilih Makanan Untuk Yang Serius Nak Diet!
Install apa-apa sahaja applikasi kat smart phone anda. banyak aplikasi yang dapat mengukur berapa langkah anda setiap hari. tetapkan sehari perlu berjalan 10,000 langkah. Jika anda gunakan iphone yang mahal ada aplikasi ‘health’ dan juga smartphone macam samsung ada juga samsung health yang dapat mengukur banyak mana anda berjalan sehari. Tetapkan sasaran.
Jangan banyak sangat fikir dan buat hidup kita complicated. Fokus dulu pada konsep suku-suku separuh. suku adalah nasi atau karbo, suku protein macam ikan/ayam/telur dan separuh sayuran dan buah-buahan. Jangan gatal-gatal nak fikir diet yang entah apa-apa, kuasai dahulu asasnya. Ini asas pun tak kukuh ada hati nak buat Intermittent fasting. Fokus dik Fokus
Jangan nak mengatal pergi subscribe makanan pengganti [ meal replacement], anda kena ingat dalam makanan pengganti tu ada macam-macam bahan yang tak pasti dan gula. nampak macam sihat kan tapi nak ke makan makanan yang datang dari kilang. Saya pilih makanan segar lagi puas hati.
BACA: 8 Kombinasi Makanan Yang Orang Diet Wajib Ambil Kalau Nak Berat Badan Turun Cara Sihat!
Jangan putus asa dan konsisten serta istiqamah dengan apa anda lakukan.Jangan hiraukan orang yang negatif. aura negatif takkan membantu anda. We are what we think. Be Positive
Air kosong tu sangat penting. Cukupkan minum dalam 2 hingga 3 liter sehari. Untuk pastikan badan anda cukup air, lihat warna air kencing anda , jika jernih itu tandanya badan anda sudah cukup air. Air bagus untuk buang toksin dalam badan dan ini adalah proses semulajadi.
Kawal portion makanan anda. Sebelum beria nak kira berapa kalori anda makan sehari, dan berapa kalori setiap makanan anda ambil, fokus dulu kepada asasnya iaitu kawal bahagian makanan anda seperti saya beritahu di atas gunakan konsep suku suku separuh. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Saya jadikan teh hijau sebagai sebahagian dari amalan pemakanan saya. Teh hijau yang berkualiti akan membantu meningkatkan metabolisme badan. Badan dah usia remaja purba ini kan kena adalah minum sesuatu tapi pilih yang semulajadi takda apa-apa campuran bahan-bahan yang pelik.
Cukuplah laa dulu kan , kalau anda buat 13 langkah ini insyaAllah bukan hanya boleh turun 10 kg dalam masa 10 minggu tetapi anda juga dapat rasai perubahan dalam pergerakan dan badan rasa sangat ringan.
Sekian dahulu bebelan
Tengku Asmadi
Abg Blender Yang Suka Makan