Tak dinafikan gula antara penyebab berat badan seseorang mudah naik. Jika berhasrat untuk menurunkan berat badan, langkah awal yang anda harus ambil adalah cerai talak tiga dengan gula.
Kalau perkara ini antara boleh lakukan, tak mustahil syarat-syarat lain untuk mengurangkan berat badan boleh dicapai dengan jayanya.
Jom hidup sihat dengan hilangkan 10 kilogram selama 10 minggu seperti yang dikongsikan Coach Tengku Asmadi menerusi laman web beliau, mrtengkuasmadi.com.
Semoga anda berjaya mencapai berat badan ideal yang diimpikan.
13 Tips Turunkan 10kg Dalam Masa 10 Minggu Pasti Boleh
Ramai yang mesej saya tanya madi boleh ke saya nak turunkan berat badan, Jawapan saya pasti boleh. Ini saya kongsikan tips turunkan 10kg dalam masa 10 minggu. Apa yang saya boleh beritahu ini yang anda perlu lakukan dengan kadar segera.
1. Cerai Talak tiga Dengan Gula
Cerai talak tiga takda cina buta dengan gula putih dan juga tepung putih. Ini langkah awal anda kena lakukan. Anda berani?ingat tau takda kes rujuk kembali.
2. Buang Process Food
Pastikan juga buang segala nugget, sosej, dan frozen food dalam rumah anda. Makanan proses ini mempunyai bahan pengawet yang bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan tetapi sangat mempengaruhi berat badan.
3. Elakkan Jajan, Kerepek
Segala jenis jajan macam kerepek pisang, ubi ke atau apa sahaja yang di panggil jajan sila jauhkan diri. Nampak macam makan sikit kan tetapi kita terlupa sikit-sikit lama-lama jadi bukit lemak tu.
Pergi pasar tani borong segala jenis buahan dan sayuran. Tak perlu buah yang pelik-pelik. Saya sendiri bekalan buah biasanya pisang berangan, betik , mangga, jambu bata, nenas. Jangan lupa ulaman macam kacang botol, ulam raja dan lain-lain. Masa inilah nak kenal ulaman ya.
5. Stop Beli Ubat Kurus
Jangan gatal-gatal pergi beli ubat kurus lak ya, mentang-mentang nak turunkan berat segera terus cari cara pintas. Jangan nak tertipu ya dengan janji-janji manis tu. Telan ubat kurus tapi makan ke lautan dalam takdanya menjadi.
6. Masak Sendiri Di Rumah
Mulakan masak di rumah. Bila anda masak sendiri anda boleh kawal apa yang anda masukan dalam masakan. sama ada letak msg , gula ke atau terlebih garam. Makanan sihat ini sangat mudah dan sedap. Masa ini anda boleh jadi chef dah tak bertauliah pun takpa.
Install apa-apa sahaja applikasi kat smart phone anda. banyak aplikasi yang dapat mengukur berapa langkah anda setiap hari. tetapkan sehari perlu berjalan 10,000 langkah. Jika anda gunakan iphone yang mahal ada aplikasi ‘health’ dan juga smartphone macam samsung ada juga samsung health yang dapat mengukur banyak mana anda berjalan sehari. Tetapkan sasaran.
8. Buat Jangan Banyak Fikir
Jangan banyak sangat fikir dan buat hidup kita complicated. Fokus dulu pada konsep suku-suku separuh. suku adalah nasi atau karbo, suku protein macam ikan/ayam/telur dan separuh sayuran dan buah-buahan. Jangan gatal-gatal nak fikir diet yang entah apa-apa, kuasai dahulu asasnya. Ini asas pun tak kukuh ada hati nak buat Intermittent fasting. Fokus dik Fokus
9. No Meal Replacement
Jangan nak mengatal pergi subscribe makanan pengganti [ meal replacement], anda kena ingat dalam makanan pengganti tu ada macam-macam bahan yang tak pasti dan gula. nampak macam sihat kan tapi nak ke makan makanan yang datang dari kilang. Saya pilih makanan segar lagi puas hati.
Jangan putus asa dan konsisten serta istiqamah dengan apa anda lakukan.Jangan hiraukan orang yang negatif. aura negatif takkan membantu anda. We are what we think. Be Positive
11. Minum Air Kosong Secukupnya
Air kosong tu sangat penting. Cukupkan minum dalam 2 hingga 3 liter sehari. Untuk pastikan badan anda cukup air, lihat warna air kencing anda , jika jernih itu tandanya badan anda sudah cukup air. Air bagus untuk buang toksin dalam badan dan ini adalah proses semulajadi.
12. Kawal Portion
Kawal portion makanan anda. Sebelum beria nak kira berapa kalori anda makan sehari, dan berapa kalori setiap makanan anda ambil, fokus dulu kepada asasnya iaitu kawal bahagian makanan anda seperti saya beritahu di atas gunakan konsep suku suku separuh. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
13. Amalkan Teh Hijau
Saya jadikan teh hijau sebagai sebahagian dari amalan pemakanan saya. Teh hijau yang berkualiti akan membantu meningkatkan metabolisme badan. Badan dah usia remaja purba ini kan kena adalah minum sesuatu tapi pilih yang semulajadi takda apa-apa campuran bahan-bahan yang pelik.
Cukuplah laa dulu kan , kalau anda buat 13 langkah ini insyaAllah bukan hanya boleh turun 10 kg dalam masa 10 minggu tetapi anda juga dapat rasai perubahan dalam pergerakan dan badan rasa sangat ringan.
Sekian dahulu bebelan
Tengku Asmadi
Abg Blender Yang Suka Makan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada anda sedar atau tidak, tidak ramai pengguna gimnasium melakukan senaman untuk menbentuk kaki. Anda mungkin perasan ada lelaki yang berbadan besar tetapi kecil di bahagian kakinya seolah-olah seperti kaki ‘ayam’.
Senaman kaki adalah penting sama seperti bahagian-bahagaian lain seperti lengan, dada dan otot-otot lain, tetapi tidak ramai yang melakukannya. Otot di bahagian kaki antara yang paling besar pada tubuh badan kerana terdapatnya tulang yang panjang dan besar.
Otot kaki juga penting kerana ia menyokong tubuh badan yang berat. Ironinya, tidak ramai yang melakukan senaman kaki kerana otot kaki tidak menonjol, malah senaman kaki biasanya agak payah serta lebih memenatkan.
Hanya orang yang kuat mental sahaja akan lakukan senaman kaki kerana ia bukan saja memerlukan kekuatan fizikal malah kekuatan mental. Untuk pengetahuan anda, kekuatan kaki boleh menolak enam kali ganda berat tubuh badan.
Senaman kaki juga penting untuk keseimbangan otot yang terbentuk antara otot kaki dan badan anda.
Berikut beberapa senaman kaki mudah bagi mereka yang baru ingin melakukannya.
1. Lunge
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja, dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat.
Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan anda sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini antara paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
3. Step Up
Senaman yang mudah dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada di taman rekreasi atau pun di rumah.
Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda pijak, paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
Sekiranya terlalu rendah, ia kurang berkesan dan sekiranya terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar, cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas, dan semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas . Jangan lakukan dengan terlalu laju. -Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Deadlift
Senaman ini pula lebih efektif membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki anda menghadap penjuru, tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak dan jangan melengkung.
Selamat mencuba, lakukan senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3 hingga 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan bagi mereka yang ingin membakar lebihan lemak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Smith mendahului pusingan pembukaan kejohanan golf Klasik CIMB, hari ini.
Pemain Australia, Cameron Smith mencatat pukulan tanpa bogey untuk mendahului pusingan pembukaan kejohanan golf Klasik CIMB yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan USD7 juta (kira-kira RM29.50 juta) di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara hari ini.
Pemain berusia 24 tahun itu, melakukan lima birdie pada sembilan lubang pertama, dan menambah tiga lagi birdie pada sembilan lubang kedua untuk mencatat lapan bawah par 64.
“Pukulan saya menjadi dan banyak melakukan pukulan yang baik. Pusingan yang baik bagi saya hari ini,” ujar Smith.
Smith berkata beliau akan mengekalkan corak permainannya itu pada baki tiga lagi pusingan.
“Perancangan yang sama esok. Mengekalkan rentak permainan dan melakukan pukulan yang baik,” katanya.
Sementara itu, pemain golf profesional, Danny Chia (gambar) muncul pemain terbaik Malaysia pada pusingan pembukaan Klasik CIMB 2017.
Selepas memulakan saingan dengan melakukan dua bogey pada dua lubang pertama, Danny yang mula beralih menjadi pemain profesional pada 1996, bangkit dengan mencatat lima birdie untuk catatan dua bawah par 70.
Mengakui sedikit gementar pada permulaan sebelum kembali menemui rentak, Danny secara keseluruhannya berpuas hati dengan pencapaiannya pada hari ini.
“Saya agak gementar pada permulaan, namun kembali menemui rentak dan secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi hari ini.
“Pada lubang pertama, saya membuat pukulan yang baik namun tiba-tiba pukulan kedua saya tersasar. Seperti tidak percaya, perkara yang sama berlaku di lubang kedua,” kata pemain berusia 44 tahun itu.
Danny kini berkongsi di kedudukan ke-23 bersama-sama 13 pemain lain termasuk juara bertahan Justin Thomas dari Amerika Syarikat dan pemain ranking ketiga dunia, Hideki Matsuyama dari Jepun.
Pemain Malaysia lain yang turut beraksi pada kejohanan berkenaan, Nicolas Fung pula mencatat par 72 untuk berkongsi berada di tempat ke-44 bersama-sama 16 pemain lain.
Paling tidak selesa sewaktu bersenam mahupun jalani aktiviti di gimnasium apabila terkena wayar-wayar berselirat di bahagian kepala. Jadi kali ini Jabra Malaysia telah mengumumkan beberapa lagi siri Elite di pasaran tempatan, termasuklah versi yang lebih tahan lasak iaitu Jabra Elite Active 65t dan juga Elite 65e dan Elite 45e. Siri Elite merupakan siri yang menyokong sambungan tanpa wayar terhebat! Kini anda akan lebih stailo dan selesa di gimnasium.
Elite 45e
Direka untuk pengalaman suara dan muzik terbaik. Elite 45e adalah untuk pengguna yang mahukan gabungan pengalaman suara dan muzik yang terbaik pada headset dengan reka bentuk yang tidak menonjol dan padanan yang baik. Headset neckband lembut (dengan memory wire) ini mempunyai faktor rupa bentuk yang ringan dan penyelesaian mikrofon kotak yang unik yang membawakan komunikasi suara yang paling jelas pada mana-mana headphone stereo wayarles.
Elite 65e
Dihasilkan untuk membawakan panggilan dan muzik wayarles yang terbaik dalam kelasnya. Elite 65e memberikan dua peringkat pembatalan bunyi termasuklah penyelesaian utama oleh Jabra iaitu Active Noise Cancellation (ANC) menerusi 2 mikrofon dalam setiap earbud untuk membawakan pembatalan bunyi yang memenuhi standard dagangan. Ia juga membawakan kualiti perbualan yang luar biasa dengan teknologi tiga mikrofon yang menghasilkan zon penghalang bunyi – untuk memastikan suara anda disampaikan dengan begitu jelas sekali.
Elite Active 65t
Direka untuk pengguna aktif yang mahukan pengalaman suara dan muzik wayarles sebenar semasa sedang melakukan aktiviti senaman. Jabra Elite Active 65t adalah untuk mereka yang menginginkan ciri-ciri Elite 65t, tetapi boleh menggunakan earbuds tersebut dalam persekitaran sukan atau ketika menjalani latihan. Earbuds ini mempunyai cengkaman yang lebih baik, menerusi salutan khas, akselerometer bersepadu bagi ciri-ciri pengesanan, dan pensijilan IP56 bagi peluh, air dan habuk. Dengan Elite Active 65t, pengguna dapat mendengar muzik selama lima jam dengan sekali cas dan ia disertakan dua pengecas tambahan pada cradle.
Ciri-ciri utama rangkaian Elite
Pengalaman suara yang terbaik: teknologi mikrofon unik yang termaju dalam pasaran memastikan panggilan dan interaksi suara yang terbaik di pasaran. Ini ditambah pula dengan sokongan bagi semua pembantu maya yang utama termasuklah integrasi yang baru dengan Amazon Alexa-on-the-go.
Pengalaman muzik tersendiri: pengguna boleh menyesuaikan bunyi mengikut pilihan mereka dengan app Jabra Sound
Kepelbagaian pilihan gaya pemakaian: wayarles sebenar, neckband, neckband lembut, headband – yang sentiasa membawakan suara, muzik dan panggilan yang terbaik
Ketahanan yang tiada bandingannya: waranti dua tahun terhadap kemasukan air dan habuk**, waranti dua tahun bagi varian Active & Sport terhadap peluh dan habuk
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.