Jenama cermin mata terkenal, Ray-Ban membuka cawangan keempatnya di The Exchange TRX, menjadikannya cawangan terbesar jenama itu di Malaysia.
Kedai yang terletak di Lot 1.84.0 pusat membeli-belah itu tampil dengan rekaan dalaman bertemakan merah dan hitam yang sinonim dengan jenama itu.
Dengan keluasan 91 kaki persegi, kedai itu menampilkan pelbagai koleksi cermin matanya dengan pelbagai gaya.
Antara koleksi yang menjadi perhatian adalah seperti berikut
Ray-Ban ICONS
Koleksi ICON menampilkan cermin mata ikonik Ray-Ban seperti Aviator, Clubmaster, Wayfarer dan Round yang dinanti-nantikan. Peminat Ray-Ban boleh menantikan karya terkenal daripada bingkai logam klasik Aviator kepada bingkai asetat tebal yang menjadi ciri khas Wayfarer dan fesyen vintaj Clubmaster.
Koleksi-koleksi ini menggabungkan trend fesyen dari pelbagai dekad ke dalam sekeping cermin mata yang merupakan bukti sebenar keabadian gaya Ray-Ban.
Ray-Ban Kids
Koleksi Ray-Ban Kids menampilkan pilihan kaca mata klasik untuk kanak-kanak berumur 7-10 tahun dengan cetusan keseronokan menggunakan warna-warna cerah dan reka bentuk yang menyeronokkan.
Menggabungkan bahan kalis mainan yang ringan dan pelbagai darjah pewarnaan kanta pada kepingan dalam koleksi ini termasuk gaya kegemaran Ray-Ban seperti Wayfarer, State Street, gaya Aviator dan banyak lagi.
Scuderia Ferrari
Dihasilkan daripada kerjasama antara Ray-Ban dan pasukan perlumbaan Scuderia Ferrari, rangkaian cermin mata hitam terpilih ini diilhamkan daripada reka bentuk kereta lumba Formula 1.
Daripada gentian karbon gred aeronautik kepada getah kalis perlumbaan, pelbagai kanta terpolarisasi, dan bingkai merah tandatangan serta perisai Scuderia Ferrari, koleksi ini dicas turbo untuk penglihatan dan gaya. Koleksi itu juga termasuk gaya yang dipakai oleh Charles Leclerc dan Carlos Sainz sendiri.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pilihan Minyak Wangi Bauan Maskulin Yang ‘Lasting’ & ‘Best’ Untuk Lelaki Beli
Tidak lengkap dalam koleksi seseorang lelaki jika tidak memiliki sekurang-kurangnya sebotol minyak wangi bauan maskulin.
Selain menjadi pendamping untuk mewangikan diri, ia juga penting sebagai pelengkap gaya untuk anda tampil lebih yakin.
Untuk menyerlahkan penampilan anda, jom ushar-ushar pilihan minyak wangi bauan maskulin yang boleh anda beli.
Artikel berkaitan: Usah Lakukan Semburan Perfume Di Lokasi-Lokasi Ini!
Artikel berkaitan: Cara Semburan Perfume Agar Bau Lebih Sedap & Tahan Lama
1. BLEU DE CHANEL
Aroma yang masih lagi laris sebagai minyak wangi kegemaran lelaki yang sukakan bauan maskulin dan segar. Paduan pelbagai jenis citrus dengan aroma rempah-ratus dan nuansa kayu-kayuan menjadi base notes untuk minyak wangi ini menjadi pilihan ramai.
2. ETERNITY FOR MEN
Gabungan maskulin rempah sage pastinya menjadi pemikat untuk lelaki yang gemarkan minyak wangi ini. Ia sesuai buat anda yang meminati nuansa bunga yang menyejukkan kerana munyak wangi ini merangkumkan campuran bauan daripada bunga lili, geranium, melati dan orange blossom.
3. ACQUA DI GIO GIORGIO ARMANI
Minyak wangi ini mempunyai bauan akuatik, kayu-kayuan dan aromatik. Ia menggabungkan aroma rempah-ratus dan citrus yang disertakan dengan bauan halus geranium, sage, rosemary dan patchouli. Bagaikan membawa anda menjelajah ke Laut Mediterranean, semburan ini mampu menampilkan gaya maskulin seorang lelaki.
4. PACO RABANNE 1 MILLION INTENSE
Minyak wangi ini miliki paduan aroma pedas dan kayu-kayuan yang oriental. Diawali dengan aroma segar daripada blood mandarine, kapulaga, lada hitam dan kunyit pada fase pertama, aromanya semakin berubah menjadi bauan mawar, neroli, dan kayu manis yang akan membentuk bau yang berbeza di fase pertengahan. Ia diakhiri dengan aroma leather, orris akar, nilam dan kayu cendana pada fase terakhir.
5. BVLGARI MAN
Minyak wangi bauan maskulin ini menyerlahkan macho dan gentleman si pemakai. Ia memiliki unsur ozonic dan tonka bean yang mampu menciptakan kesan memikat dengan gabungan campuran buah-buahan yang segar daripada jeruk bergamot dan pir.
6. AIGNER BLACK
Walaupun miliki bauan yang lebih ‘jantan’ dan maskulin, campuran aroma orange dalam minyak wangi ini masih memberikan unsur yang menyegarkan dan menyenangkan. Ia sesuai menjadi pilihan lelaki yang ingin menunjukkan karakter kuat.
7. CK ONE BY CALVIN KLEIN
Minyak wangi uniseks ini tidak perlu diragui kerana ia memiliki daya tarikan yang tersendiri. Menggunakan kombinasi daripada bauan lemon, citrus, nanas, melati, mawar dan teh hijau, ia hadir dalam mood segar dan elegan buat si pemakai.
8. YSL LA NUIT L HOMME
Aroma maskulin yang menggambarkan lelaki tegas, moden, sensual, mewah dan elegan. Ia hadir dengan top notes bauan buah pelaga, bertukar pada middle notes aroma herba citrus, kayu cedar dan lavendar serta base note dengan aroma vetiver yang sangat lasting.
9. VERSACE EAU FRAICHE
Minyak wangi ini menggabungkan bauan daripada bergamot, lemon, Brazillian rosewood dan cardamom yang dipadukan dengan aroma tarragon, sage, cedar, pepper serta meninggalkan jejak bauan amber, saffron, musk, woody di akhir fase. Ia sesuai untuk lelaki yang ingin tampil dalam mood segar dan cool.
10. RALPH LAUREN POLO RED
Minyak wangi ini sesuai digunakan pada waktu malam atau ketika suasana sejuk. Ia mampu menyerlahkan gaya maskulin lelaki dengan bauan pedas daripada kulit kayu manis dan digabungkan dengan campuran daripada red grapefruit, cranberry, lemon, red sage, lavender, red wood dan coffee beans.
Subscribe dan tonton video workout di Youtube MASKULIN
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rasa-Rasanya Adik-Beradik Selebriti Ni Boleh Dapat Title ‘Brother Of The Year Tak’?
Siapa ada adik? Siapa tak suka adik mereka sendiri? Sebagai seorang abang, sememangnya kita dididik untuk menjaga kebajikan keluarga. Ramai selebriti tak kira lelaki dan perempuan mempunyai adik atau kakak atau abang dalam industri yang sama. Menarik kan? Kadang-kadang mereka memengang watak adik-beradik dalam sesebuah karya atau musuh. Tapi masing-masing melakukan tugas dengan jayanya.
Ini antara beberapa selebriti yang mempunyai adik-beradik dalam satu industri
Ziana Zain & Anuar Zain
Siapa tak kenal dengan dua individu ini yang telah mula meapak dalam industri sejak zaman 80an lagi. Kedua-duanya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan juga lakonan, masing-masing bersaing untuk rebut peluang menjadi artis yang berkaliber dalam Malaysia mahupun Asia. Vokal mereka yang tersendiri menjadikan mereka berdua ini mempunyai genre yang tersendiri dan peminat yang berbeza. Mereka ini tak pernah pulak bergaduh melibatkan media, mamun kalau dah adik-beradik pasti pernah bertikam lidah kan?
Uqasha Senrose & Nelydia Senrose
Si adik mula menapak dalam industri lakonan terlebih dahulu diikuti dengan kakak. Kalau kita tengok pada awalnya, Nelydia lebih pandai berlakon berbanding kakaknya. Namun setelah kini, mereka berdua mempunyai ciri yang tersendiri dan peminat yang tersendiri. Jika kita lihat di laman IG dua-dua selebriti ini pun kita nampak yang kedua-duanya saling support antara satu sama lain. Adik-beradik macam inilah yang kita mahukan.
Emma Maembong & Yaya Maembong & Chacha Maembong
Menerusi drama tempatan, Yaya seringkali menghiasi kaca tv, mana tidaknya yaya mempunyai gaya lakonan tersendiri dan berbakat besar. Setelah Emma memasuki dunia lakonan, bakat wanita berusia muda ini mula menjadi perhatian kerana seringkali dikaitkan dengan lakonan air mata. Disebalik wajah putih mulus yang cantik, Emma mempunyai ‘perangai’ yang unik dan sering menghiburkan kita. Ingat lagi tak 3 beradik antara Yaya, Emma dan Chacha dalam rancangan Astro Full House. Masa tu lah kita dapat saksikan gelagat mereka bertiga menjalani kehidupan sebagai adik beradik. Comel je.
Miller khan dan Isa Khan
Dua beradik ini merupakan anak Malaysia namun mereka bekerja sebagai pelakon dalam dua negara yang berbeza. Miller khan kini lebih popular di Indonesia menerusi sinetron yang pastinya mencuit hati mereka yang meminati drama dari Indonesia. Manakala Isa Khan pula kini sedang menempah nama di negara kelahiran Malaysia dalam bidang nyanyian dan lakonan. Tentulah mereka berdua ini sering bertengkar, adat adik-beradik lah kan. Isa Khan sendiri pernah menceritakan kepada Maskulin zaman kecilnya. Apa yang menariknya, ketika mereka masih kecil, mereka sudah mula minat dalam bidang lakonan dan seringkali meniru aksi-aksi dalam tv. Lucu betul adik-beradik ini.
Chirs and Liam Hemsworth
Dua pelakon Hollywood ni, kalau letak depan mata mesti susah nak buat pilihan kan? Dua beradik ini sememangnya akrab di luar media dan saling menyokong career masing-masing. Buat mereka yang tidak mengenali mereka berdua pasti confuse. Jangan confuse lah, dua-dua mempunyai personaliti yang berbeza.
Park Chanyeol dan Park Yoora
Kepada anda yang minat dengan kpop, pasti kenal dengan dua personaliti ini. Si adik merupakan seorang penyanyi kpop manakala si kakak merupakan penyampai berita. Masing-masing mempunyai career yang berbeza namun dalam satu industri. Kalau kita tengok telatah dua beradik ini di laman IG Park Chanyeol, pasti geli hati. Tambahan lagi, bila Chanyeol memberi surat bertulis kepada kakaknya sempena hari jadi si kakak. Walaupun tidak mengerti tulisanya, setelah diterjemahkan, memeng lucu. Adik-beradik ni tak kira tempat, negara dan agama, masing-masing melalui perkara yang sama
Macam filem yang bakal ditayangkan di Malaysia Brother of The Year yang mengisahkan dua beradik berbeza pendapat dan perangai tinggal di rumah yang sama. Filem ini sangat sesuai ditonton tak kira lapisan masyarakat kerana ia dekat dengan diri semua orang. Nak nak mereka yang bergelar abang dan mempunyai adik perempuan. Filem ini bukan saja lucu, malah ia juga diselitkan dengan elemen pengajaran dan pengakhiran ceritanya sila sediakan tisu sebalang! Filem Thai ini dibarisi oleh pelakon hebat Thailand iaitu Sunny Suwanemethanont, Urassaya Sperbund dan Nickhun (2PM).
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Buang Kawan-Kawan Yang Suka Fikir Negatif tu. Ini 6 Langkah Yang Perlu Anda Ambil Untuk Kekal Positif.
Dalam pada kita tak sedar, sebenarnya kadang-kadang kita sering murung dan stress. Nak tahu kenapa? Ini disebabkan pemikiran negatif yang selalu menghampiri kita. Ada banyak cara sebenarnya untuk kita sentiasa kekal positif.
- Pilih kawan
Jika anda merupakan seorang yang mudah murung dan berfikiran negatif, mungkin ini masa untuk anda mencari kawan yang boleh memberi semangat positif buat anda. Maksud di sini bukanlah anda terus memutuskan hubungan dengan rakan anda yang mempunyai sikap negatif tu, cuma rajin luangkan masa dengan rakan yang sentiasa memulakan harinya dengan “rise and shine!”
- Makan dan tidur yang cukup
Pergilah ke mana saja, makan dan tidur merupakan faktor utama seseorang kekal sihat. Minda yang sihat juga terletak pada pemakanan seseorang. Jika anda mengambil pemakanan yang seimbang, maka ia akan memudahkan untuk berfikir secara tenang. Jadi tak ada lah serabut sepanjang masa.
- Move on
Bila anda masih teringatkan kisah lama, kisah-kisah yang menyakitkan hati, fikiran anda akan diselaputi dengan fikiran negatif. Sebagai contoh, seseorang yang baru lepas dimarahi oleh majikan akan berasa sangat murung dan tidak bertenaga. Ambil langkah untuk melupakan semua masalah anda. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan anggap semua itu satu cabaran untuk anda lebih berjaya pada masa hadapan. Untuk mendapatkan fikiran seperti ini, anda haruslah move on!
- Lakukan perkara yang anda suka
Hidup hanya sekali, jadi mengapa anda harus buat perkara yang anda tak suka? Sebagai contoh kerjaya anda, jika anda tidak gembira dengan kerjaya anda, ini masanya untuk anda berhenti dan cari hala tuju hidup anda. Lakukan perkara yang anda suka, walaupun kerjaya tersebut tidak boleh menjamin masa depan panjang anda. Ini kerana jika anda melakukan satu perkerjaan yang anda tidak suka, potensi untuk anda menghidap depression sangat tinggi. Biarkan orang nak kata apa, janji anda happy.
Tak sure lah, “sekarang ni tengah happy ke tak?” apa kata anda tulis 3 perkara yang anda nak buat, 3 perubahan dunia yang anda nak lihat. Kemudian bandingkan dengan gaya hidup anda, pilih perkara yang paling sesuai dengan jiwa anda. dengan cara ni, anda akan dapat melihat kerjaya yang sesuai untuk anda.
- Bersyukur
Setiap kali bangun pagi, sentiasa ambil masa untuk tulis 3 perkara yang buat anda bersyukur sepanjang minggu atau hari sebelumnya. Jika anda betul-betul tidak punya masa, maka ketika anda sedang bersiap untuk ke pejabat, cuba ingat perkara-perkara yang meyebabkan anda bersyukur.
- Bantu kawan yang dalam kesusahan
Nak bantu macam mana ni? Misalnya kawan anda menghadapai kemurungan, atau mereka punya masalah yang tak dapat diselesaikan dengan perbuatan, maka ketika inilah anda membantu mereka. Jika anda seorang yang negetif, anda tidak mahu orang sekeliling anda rasa apa yang anda rasa. Jadi anda bertindak untuk memulihkan semangat mereka dengan memberi nasihat positif. Dalam tak sedar, anda sebenarnya sedang menasihat diri anda sendiri. Ini salah satu senam untuk anda mengubah minda anda untuk lebih positif.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI