Tidak kiralah apa jenis kereta yang anda pandu, boleh dikatakan semua kenderaan menghasilkan gegaran dari enjin.
Teknologi automotif terkini sudah semakin maju untuk mengurangkan kesan gegaran tersebut. Namun dalam tempoh jangka masa tertentu gegaran itu boleh menjadi semakin kuat.
Ini terutamanya pada kereta yang sudah berusia lima tahun ke aras. Masalah gegaran ini adalah simptom yang sudah biasa berlaku. Malah gegaran itu boleh dirasakan hingga ke stereng kereta ketika ia dipandu.
Gegaran yang tidak dikenal pasti boleh menyebabkan kerosakan serius pada mounting enjin.
Terlebih dahulu kita perlu tahu apaitu mounting enjin. Secara asasnya mounting enjin merupakan komponen
yang ‘memegang’ enjin kereta dan juga kotak gear. Kebiasaannya terdapat dua atau tiga pada bahagian enjin dan ia juga mempunyai lapisan getah yang membawa fungsi menyerap gegaran.Di antara punca utama mengapa kerosakan pada mounting enjin ini boleh rosak adalah disebabkan bahagian getahnya yang sudah keras atau kedudukan besi mounting rosak dan tercabut daripada bahagian casis enjin.
Terdapat beberapa jenis kesan dan kerosakan yang boleh berlaku kepada kereta anda sekiranya mouting rosak. Antaranya ialah;
Dalam penjagaan kereta sebelum berlakunya apa-apa kerosakan kebiasaannya kereta akan memberikan petunjuk. Begitu juga kerosakan pada bahagian engine mounting. Ia merupakan jenis kerosakan yang jarang sekali berlaku secara tiba-tiba.
Berikut merupakan tanda-tanda engine mounting kereta anda sudah rosak;
Jadi jika dapati kereta anda mempunyai petanda-petanda seperti di atas sila cepat-cepat bawa ke bengkel untuk dibaiki.
Ikuti channel YouTube MASKULIN untuk seleksi video-video yang menarik!